Q&A fekah #8
Bab: Solat
Tertinggal tahiyyat awal
Soalan: Apa yang perlu saya buat jika saya terlupa untuk duduk tahiyyat awal, saya langsung bangun dan membaca fatihah? Perlukah saya duduk kembali?
Jawapan: Tak perlu duduk kembali. Duduk tahiyyat merupakan sunat Ab'adh. Iaitu sunat yg jika tertinggal solatnya masih sah. Hanya perlu dilakukan sujud sahwi.
Jika seseorang terlupa duduk dan membaca tahiyyat awal, maka hendaklah dia terus berdiri, membaca fatihah dan meneruskan solat hingga akhir. Sebelum memberi salam hendaklah dia sujud sahwi untuk menampung kecacatan solatnya tadi.
Namun, jika ia teringat pada waktu ia hendak bangun, ada 2 keadaan:
1. Bangun sebelum melepasi tahap ruku'. Maka ia boleh duduk kembali dan menyempurnakan tahiyyat awal. Tidak perlu sujud sahwi.
2. Bangun yang telah melewati keadaan ruku'. Hendaklah dia meneruskan berdiri, membaca fatihah dan meneruskan solat hingga akhir. Sujud sahwi sebelum memberi salam. Jika ia duduk kembali maka boleh menyebabkan batal solatnya.
Wallahu a'lam
◆ Semoga segala gerak kerja dakwah Media AlFaizin berjalan lancar & diberkati Allah.. aamiinn