Soalan :
Assalamualaikum ustaz..
Saya mempunyai masalah was-was yang melampau berkaitan dengan ibadah. Saya risau masuk tandas kerana bayangkan kasut akan kotor kerana pijak lantai tandas, dan duduk bersila diperhimpunan pagi kerana membayangkan ia kotor dan seluar/kain yang dipakai tak boleh bawa dalam solat.
Saya pun dah selalu ambil wudhu' atau mandi hadas banyak kali sebab saya rasa macam saya tak sempurna, kadang-kadang rasa dah sempurna, tapi macam ade suara membisik cakap yang saya kena ambik wudhu' lagi... dan pelbagai urusan lagi. mohon pencerahan ustaz.
Jawapan :
Bismillah. Berkata Imam asSyafiie: "Kita diperintahkan agar mengukur berdasarkan apa yg zahir/nampak. Adapun yg tersembunyi itu serahkan kepada Allah". Maka utk mengelak dari waswas, berhukumlah berdasarkan apa yang nampak, jangan membuat andaian dari yang tidak nampak. Jika tidak nampak tanda najis (iaitu warna, bau dan sebagainya) maka tempat itu suci. Jika tidak berlaku pada kita sebarang perkara yg membatalkan wudhuk maka wudhuk masih kekal, tak perlu diulang. Wallahu a'lam.
Ruj: Soal jawab agama bersama Ust Ahmad Adnan Fadzil, Penasihat akademik Maahad Darul Faizin. Ilmudanulamak .blogspot .com Wallahu a'lam Jafri Abu Bakar Mahmoodi
Maahad Darul Faizin
♢Fb mahaad darul faizin
https://m.facebook.com/MaahadDarulFaizin link utk:
Untuk rakaman ceramah, livestreaming, video dakwah pendek.
like & subscribe
♢Youtube media alfaizin
https://m.youtube.com/channel/UCVKSnSTsqmdzOq_a0WUGI2A like & share
♢Fb Media AlFaizin
https://www.facebook.com/MajlisTaalimDarulFaizin ♢Fb jafri abu bakar mahmoodi
https://www.facebook.com/jafriabubakarmahmoodi ◆ Semoga segala gerak kerja dakwah Media AlFaizin berjalan lancar & diberkati Allah.. aamiinn kiki emoticon
|