Edited by lurve82 at 1-11-2015 04:29 PM
salam...ni hakak main taip2 jugak..cuma cerita ni agak struggle...sila la baca...
BAB 1
“Puan Hanis.” Jururawat memanggil nama Hanis yang sedang duduk di penjuru hujung sudut kinik Pakar Obstetrician & Gynaecologist. Hari sabtu pagi memang sentiasa penuh dengan ibu-ibu yang sedang mengandung dan ingin mengandung membuat medical check-up. Sehinggakan Hanis terpaksa mengambil nombor dahulu walaupun telah membuat temujanji.
Berat kaki Hanis melangkah ke arah pintu bilik Doktor Rahimah. Hari ini dia akan mendapat keputusan ujian darah. Berdebar rasa hati. Dia berhenti seketika dan menyedut nafas dalam. Berharap agar keputusan darahnya memihak kepadanya. Telah 3 bulan lamanya dia berulang-alik ke klinik itu. Penat, letih, kecewa usah dikira. Dengan cuti yang berbaki beberapa hari. Apa pun terjadi dia akan tetap terus berusaha.
“Assalamualaikum Doktor.” Hanis menyapa Doktor Rahimah yang tersenyum ke arahnya.
“Wa’alaikumusalam Hanis. Apa khabar? Last kita jumpa 2 minggu lepaskan? Jemput duduk,” jawab Doktor Rahimah sambil membelek buku laporan kesihatannya.
“Ye Doktor.” Terasa tidak keluar suara Hanis ketika itu. Dia lebih memikirkan keputusan ujian darahnya.
“Ini keputusan darah yang telah dikeluarkan oleh makmal. Keputusan Hanis memang sah mempunyai Polycystic Ovary Syndrome atau singkatannya PCOS. Saya dah beritahu Hanis sebelum ni kan. Sebab tanda-tanda sindrom ni ada pada Hanis,” jelas Doktor Rahimah sambil memandang ke wajah Hanis. Lemah dirasakan tubuhnya saat ini. Hampir Hanis berputus asa.
“Apa cara yang saya patut buat Doktor?” tanya Hanis mengharap pertolongan. Sedikit pertolongan agar dia dapat kekuatan dan jalan untuk memperolehi sesuatu yang sangat bernilai.
“Kalau Hanis nak cepat, tiada cara lain. Hanis perlu buat Ovarian Drilling,” balasDoktor Rahimah. Hanis melepaskan keluhan yang berat. Hanis tahu dan sedia maklum tentang prosedur Ovarian Drilling. Doktor Rahimah telah menyatakan ini adalah cara terakhir bagi dirinya. Sebelum ini Hanis telah cuba makan Clomid 2 bulan lamanya. Tetapi ovumnya tidak membesar. Insulin dalam badan telah menghalang pembesaran ovum.
Apa yang ditakuti oleh Hanis akhirnya terjadi. Kalau boleh Hanis memang tidak mahu melalui prosedur terakhir itu. Hanis tidak pernah menjalani mana-mana pembedahan walaupun pembedahan kecil. Walaupun pembedahan kecil tetapi mengambil masa lebih dari 3 jam juga. Hanis arif tentang itu.
“Look at this picture Hanis.” Doktor Rahimah menyuakan gambar yang beliau lekat di dinding. “Wanita ini baru sahaja melahirkan anaknya selepas 7 tahun berkahwin. A year after ovarian drilling.” Doktor Rahimah cuba menyuntik semangat Hanis. “You still young Hanis. Jangan cepat mengalah,” tambah Doktor Rahimah lagi. Hanis hanya menganggukkan kepala.
“I will Doktor. Nanti saya bincang dengan suami dulu,” balas Hanis. Doktor Rahimah menganggukkan kepala.
“Ok. Nanti sekiranya awak setuju untuk buat prosedur ni atau terus makan ubat, awak boleh buat call dan buat temujanji macam biasa.” Hanis sekali lagi menganggukkan kepala dan terus berlalu dari bilik Doktor Rahimah selepas bersalam dengan wanita itu.
Pulang dari klinik, Hanis masih memikirkan sama ada mahu terus membuat prosedur itu atau tidak. Duit bukanlah masalah besar bagi dirinya. Tetapi untuk melakukan pembedahan yang dia sendiri tidak pernah melaluinya menuntut kekuatan diri yang bukan sedikit. Banyak persoalan bermain dimindanya. Bagaimana sekiranya selepas itu dia tetap tidak boleh mendapat apa yang dia ingini? Sia-sia sahaja dia membuat semua prosedur.
Usai sampai di rumah terus Hanis membuka komputer ribanya dan membaca pengalaman orang-orang yang mempunyai sindrom sepertinya. Leka Hanis melayari internet sehingga lewat petang. Mengumpul sebanyak mana maklumat untuk bekalan dirinya nanti dan Hanis leka dalam dunianya.
|