CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: lurve82

NOVEL - TAKDIR HIDUPKU

[Copy link]
Post time 4-11-2015 02:18 PM | Show all posts
lurve82 replied at 4-11-2015 06:13 PM
tgh bz sket skrg ni...nanti eh...

No worries TT... As long as cerita ni ada sambungan... Chaiyok!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2015 09:41 AM | Show all posts
kita tunggu sambungannya.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2015 10:05 AM | Show all posts
sorry2...hari ni hakak letak 1 entry...tp tghr la...hr ni ada gotg royg kat ofis...
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2015 12:57 PM | Show all posts
lurve82 replied at 6-11-2015 02:05 PM
sorry2...hari ni hakak letak 1 entry...tp tghr la...hr ni ada gotg royg kat ofis...

It's ok sis... Update ler bila2 masa sis free
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2015 03:03 PM | Show all posts
sorry lambat sket...

“Nah Cappucino Hazelnut untuk kau.” Sophea menyua muk ke arah Adelia Heylisha.
       
“Thanks.” Adelia Heylisha menyisip sedikit dan “Ouch. Panas...panas.” Adelia mengipas-ngipas bibirnya. Sophea ketawa terkekek-kekek.
       
“Itulah kau. Gelojoh lagi.” Sophea terus ketawa. Adelia Heylisha menjeling kawan baiknya dan mengibas ke belakang rambutnya yang panjang.
       
“So disebabkan aku ni baik hati nak temankan kawan baik aku yang cantik sangat ni. Kau pulak teman aku tengok movie cerita hantu. Ok?” Sophea membuat muka comel sambil mengedip-ngedipkan matanya.
       
Adelia Heylisha hanya memuncung. “Ok la. Cerita apa?” Akhirnya Adelia Heylisha mengalah. Mengenangkan kebaikan Sophea menemaninya hari ini. Cerita seram memang kegemaran Sophea.
       
“The Conjuring la apa lagi.” Terus Sophea memasang DVD yang dibawanya ke DVD player dan televisyen jenama Sony. Adelia Heylisha mengambil bantal kecil di sisi dan di letak di hadapan muka.
       
“Woi cerita belum start lagi kau dah macam apa.” Sophea ketawa melihatkan gelagat Adelia Heylisha.
       
“Kau diam la. Nanti kau cerita part yang seram eh. Aku tak nak tengok part-part seram ni.” Adelia Heylisha membuat muka takut.
       
“Ok. Macam tak biasa pulak kau.” Sophea hanya menggelengkan kepala melihat Adelia Heylisha. Dari dulu memang penakut. Tapi setia menemani Sophea menonton cerita seram. Dan malam itu mereka tertidur di ruang tamu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2015 03:05 PM | Show all posts
Edited by lurve82 at 6-11-2015 03:07 PM

Malam yang sedikit sejuk dengan angin yang agak kuat melenyapkan bintang-bintang di angkasa. “Sejuknya. Macam nak hujan je,” desis hati Haiqal Adry sambil memeluk tubuh di beranda biliknya. Memandang ke bawah melihat air kolam yang beriak sedikit di tiup angin.
        
Kepalanya ligat memikirkan sesuatu. Memikirkan bagaimana untuk mendekatkan diri dengan sang gadis. 3 tahun yang lalu apabila Adelia Heylisha bekerja di syarikat ayahnya, dia dalam mempersiapkan diri untuk menyambung pengajian dalam peringkat Ijazah Sarjana Perniagaan. Alhamdullillah Haiqal Adry telah dapat menamatkan dan dianugerahkan MBA 2 tahun kemudian.
        
Setahun lamanya dia memendam perasaan untuk dekat dengan gadis itu. Itupun Haiqal Adry terpandang Adelia Heylisha semasa mesyuarat pengurusan di mana Adelia Heylisha terpaksa menggantikan Badrul yang cuti kecemasan ketika itu. Dengan umur Haiqal Adry yang menginjak ke 35 tahun, dia memang sangat arif tentang keperluan hidup berumahtangga. Tetapi kenangan lalu yang pahit menyebabkan dia masih menyendiri hingga kini. Sehingga kehadiran gadis itu mengocak jiwa lelakinya.
        
Bukan ibunya Puan Sri Fareeda Idris tidak membebel padanya. Tidak terhitung rasanya perkataan kahwin dari mulut ibunya itu. Tidak terhitung juga berapa kali ibunya memperkenalkan anak-anak dari kenalannya. Ada yang baik, sopan dan juga seksi. Kerana itulah Haiqal Adry menyambung pengajian. Ingin lari dari keadaan yang menyesakkan jiwanya.
        
Haiqal Adry merebahkan sedikit badannya ke tembok beranda dan menggosok-gosokkan tangan. Mengharapkan sedikit haba dari perbuatannya itu. “Apa lagi yang aku nak dari hidup ini?” Haiqal Adry berjeda sendiri.
Haiqal Adry mendongak ke atas melihat langit yang gelap. Rintik-rintik hujan membasahi bumi. Kocakan air kolam semakin kuat. Dan kini tumpuannya hanya pada satu nama. Adelia Heylisha. “Aku mesti miliki kau. Bersiap sedia sayang.” Senyuman kecil terukir dibibirnya.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-11-2015 05:11 PM | Show all posts
lurve82 replied at 6-11-2015 07:05 PM
Malam yang sedikit sejuk dengan angin yang agak kuat melenyapkan bintang-bintang di angkasa. “Sejuk ...

Wow! makin menarik cite ni TT... Tak sabar nak tahu kisah selanjutnya...
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2016 08:19 AM From the mobile phone | Show all posts
lurve82 replied at 6-11-2015 03:05 PM
Malam yang sedikit sejuk dengan angin yang agak kuat melenyapkan bintang-bintang di angkasa. “Sejuk ...

Tt sambungan nye mana tt ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:26 PM GMT+8 , Processed in 0.055658 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list