|
Pagi ni brader aku dah kena saman ekzoz. Jpj di Bukit Gambir.
Jom berdebat sikit. Kepada PDRM dan JPJ, ekzoz ni terbukti bunuh orang ea?
Brader aku ni br eksiden awl thun ni. Kes langgar lari di flyover Greenlane, keta Alphard/Velfire putih. Buta2 je retak kaki dia. Apa PDRM dan JPJ buat? Camera ada, bila tanya katanya x jelas.
Hbs tu psg untuk apa? Nmpk canggih? Cuba kalau keta menteri yg kena tembak di sana. Confirm dpt aih. So isu yg aku nk ckp ni psl ekzoz.
Nk ckp smua yg tkr ekzoz ni mat rempit/ samseng jalanan ye? Or ekzoz ni boleh buat moto hlg kestabilan smpai terguling guling? Kami rider, bkn rempit. Tkr sb nk bg org rmai sdr kehadiran kami, sb xnk kena langgar BUTA .
Dia dah la pakai fullface, box belakang, sorang2 ride, rempit apanya encik ooi? Nama saja pegawai, xleh fkir.
Salah sb undang2 x bg ubah suai? Yeke? Keta ketua pengarah korang sndri dah cek blum? Nk ke aku upkn gmbr? Skli saman2 beliau? Tlg la jgn fkrkn duit dan target saman. Undang2 siapa buat? Manusia? Manusia boleh buat silap? Dulu jpj x bg mody masuk disk belakang. Skrng boleh pulak. Sbnrnya apa pendirian jpj? Sbnr bnrnya ada kaji ke x sblm kluarkn apa2 undang2? (Kami hanya menjalankan tugas) antara statement2 plg kerap digunakan. Adakah kamu dah hilang hak berfikir dan bertindak sebagai seorang manusia?
Kita bukan diprogram atau diset ikut sesuatu suruhan, kita masih ada pilihan. jgn buat 'TUGAS' membuta. fikirkan keseluruhan tindakan dan impak bnda yg kita buat. Kalau benda sesimple membezakan samseng jalanan dan rider biasa pun ssh sgt nk buat, rasanya kerjaya ini kurang sesuai untuk anda. Ibarat nk jd pomen tapi minyak enjin pun xtau tukar.
Undang2 berasaskan keselamatan or berasaskan duit? Tepuk dada, kepala, perut, lutut, tnya diri jap dgn saman semua ekzoz mody di dunia sekalipun, dptkah kurangkn kemalangan wlaupun 1%? Dptkah slmtkn nyawa? Dptkah mewujudkan keadaan lg slmt untuk rider?
Aku dah lama sgt2 nk berdebat dgn wakil jpj or polis berkenaan isu ni. Aku nk tgk jwpn dpa. Xda istilah salah sb buku undang2 kata salah. Kita manusia bkn robot. Kita persoal ketidakpastian. Robot buat je apa disuruh.
Banyak isu oooo aku nk tnya. Klau nk hntr wakil harap hafal buku undang2 dan logik mau kuat.
Negara kita boleh keluarkn ekzoz racing sndri.
Boleh import ekzoz racing.
Boleh jual ekzoz racing
Boleh beli ekzoz racing.
Tp kalau guna? Booom saman.
Petikan dr seorang rkan rider brader syazam ismail.
-Bkn salah dia guna, sb kdai jual.
-Bkn slh kdai jual sb kastam luluskan import.
-Bkn salah kastam luluskan sb kerajaan benarkan item tersebut dlm negara.
Klau bnda haram, haramkn terus. Ni dah makan duit cukai, import, GST, then saman kot atas pulak. Apa ceta der?
Cakap psl musim perayaan ada je ops sni sana. Untuk krgkn kmalangan. Tp ops tinted ,number plet dan ekzoz. Hello bro, 3 bnda tu sbabkan eksiden?
Ekzoz-Org trkejut smpai skit jntung?
Tinted-Gelap smpai xnmpk lori n lnggar dia?
Number plet- plet kecil kenderaan pnya kestabilan hilang?
Ops ni krgkn eksiden ea? Slh ye slh la tp jgn la kluarkn statement mcm tu. Lol.
Sebilah pisau. Jika digunakan untuk potong sayur, daging, ada masalah? Tp kalau guna untuk rompak? Samun? Bunuh? Salah kn? So salah pisau ke salah kegunaan? Salah ekzoz ke salah pengguna? Klau ekzoz std xleh race ke klau mmg niat tu nk race?
Aku pun driver dan rider. Masa drive, kdg moto Lc lalu, alaaaa apa sgt bunyinya . Ekzoz std mcm basikal je. Eh mana peguam dan org ats2 tau. Mana lyn kapcai kan. Itu belum on radio, kalau on mmg bye2 la. Ingat kapcai std bunyi mcm kereta api ke smua org sdr kehadiran? Sdgkn kuda putih lampu kelip2 nmpk berkilo, siren kuat, pun ada yg boleh langgar ( xperasan) apa lg mto kcil yg tidak kedengaran? Superbike nasib la ekzoz dia boleh dgr la jugak kan wlaupun std. Kalau lc ekzoz std, baby tido sebelah pun xsedar kalau start.
Aku sendiri pernah fight kes ekzoz di mahkamah. Lps lbh krg 10 minit huraian, Inspektor yg bertugas hnya mampu ckp (Yang Arif, walau apa pun alasan yg diberikan, tertuduh tetap bersalah kerana telah melanggar akta bla bla bla.) Ini je mampu bidas? Ini je mampu jawab? Kenapa x fire aku balik kalau point2 aku salah? Kenapa xnk jwb? Dah xmampu nk pusing kn? Lain kli klau nk jwb mcm tu, tlis kt kertas bg bdk kadet skolah jwb k. Kecewa dgn jwpn dia.
Aku juga ada sebut ( Mesti ada org bg cdngn, kalau kereta masuk ikut suka or apa2, bunyikan hon, jwpnnya sng sj. Wlau pasang hon kereta api sekalipun, nk hon baru sdr ke? Kalau x hon? Mati katak? Jd salah rider la sb x hon? Nk hon spnjng jalan untuk cuba hidup lebih lama? Itu ke solusinya? Kami nk disedari spnjng waktu. Xsuruh lyn mcm artis pun. Buat je mcm kami wujud. Nk masuk simpang signal, nk tkr lane signal. Jgn dah belok baru signal. Jgn sambil belok sambil signal. Jgn signal terus belok. Tu je. Xminta duit pun.
Jd apa jwpn aku terakhir kpd Hakim dan lawyer2 smua d sana.
YANG ARIF, ANDAI KATA SAYA KENA SAMAN SEKALIPUN HARI INI, SY XKN TUKAR BALIK ASAL. SAMAN MAXIMUM RM300. YE MAHAL TP SY RELA BYR. ANDAI KENA LANGGAR, XTERNILAI, KALAU PATAH?MATI?CACAT SEUMUR HIDUP?
SAYA TAHU NIAT SAYA. SAYA TAK REMPIT, SY NK LINDUNGI DIRI SBAIK MAMPU.
Last2 dpt diskaun saman. Semua dokumen aku simpan. Untuk kes berdebat jika dpt peluang nanti.
Sekian
JEREMY NG
pee / ass :- kalau rasa2 dah ade benang ni ke, tak cukop best ceritanya ke. silakan ambil apa2 tindakan sewajarnya.
|
|