Apa yang bertambah pada tangan kita semakin berkurangan pada mata manusia..
Duit umpan terbaik memancing hawa nafsu manusia..
Kerakusan,tamak,amarah hasad dengki,dendam,sakit hati semuanya kerana bertuhankan duit..
Manusia berpecah belah dan saling tindas menindas kerana duit..
Kalaulah manusia jadikan lebah sebagai perumpamaan untuk pelajaran..
1.Lebah saling bantu membantu dan bekerjasama membina komuniti mereka..
2. Masing masing mempunyai tugas dan melaksanakan amanah dgn bertanggungjawab.
3.Mereka taat dan patuh melaksanakan tugas kepada "queen" demi kelangsungan hidup "anak anak lebah" yang dilahirkan..
4.Mereka memilih (mengejar) "nektar" (rezki) yang terbaik untuk dikongsi kepada komuniti mereka dan diproses menjadi madu..
Dan kalaulah manusia hidupnya seperti lebah pastilah manusia akan menemui obat (kesembuhan) dari pelbagai penyakit yang disebabkan oleh duit itu tadi..
Kemakmuran dan kesejahteraan..