CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3590|Reply: 1

AYU TING TING, SHAHEER putus cinta

[Copy link]
Post time 6-10-2015 11:43 AM | Show all posts |Read mode

BERITA putus cinta antara penyanyi dangdut Ayu Ting Ting dengan aktor asal India, Shaheer Sheikh sudah heboh diperkatakan.
Penyanyi janda anak satu itu juga tidak mampu lagi menyembunyikan hakikat sudah tiada punya hubungan cinta dengan pemain utama drama popular Mahabharata itu. Filem lakonan Shaheer, Turis Romantis bersama Kirana Larasati.
Pelantun lagu hits Alamat Palsu itu secara terus-terang mengatakan tidak mahu lagi main-main dengan cinta kosong. Ini kerana tersebar khabar kononnya Shaheer tidak serius jalin cinta dengan Ayu. Bahkan terdengar juga gosip pria itu sudah mempunyai kekasih di negara asalnya.
Ayu menjelaskan ingin mencari calon suami yang mampu membimbing sekaligus menjadi pemimpin keluarga yang baik. Namun, setelah beberapa bulan bercinta, beliau tidak menemui kriteria itu dalam diri Shaheer.
“Saya tidak mahu main-main dalam hubungan cinta. Saya sudah ada anak, bukan waktunya untuk tidak serius memikirkan masa depan,” tegas Ayu kepada pihak media.

Saat manis Ayu Ting Ting dan Shaheer Sheikh semasa hangat bercinta.

Biarpun bersedih akibat cinta tidak kesampaian, Ayu masih lagi mampu tersenyum. Selain menerima simpati dan kata-kata semangat para peminat, beliau turut dapat sokongan teman-teman artis terutama, Julia Perez.
Bintang sensasi seksi itu secara terang-terangan mengatakan tindakan Shaheer yang bagaikan mensia-siakan Ayu merupakan satu perbuatan bodoh.
“Saya berterima kasih pada keluarga juga peminat dan teman-teman artis. Jupe (Julia Perez) cakap begitu sebab dia sayang saya macam adiknya sendiri. Dengan sokongan dan kata-kata semangat, banyak melegakan kesedihan saya.
“Saya harap tiada lagi cerita-cerita negatif tentang punca kami putus cinta. Saya juga mendoakan Shaheer lebih bahagia di masa depan. Sepanjang hubungan kami, dia lelaki baik,” ungkap Ayu.

-manggaonline-


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2022 07:29 PM | Show all posts
4 Reasons Why Calls Convert Better Than Forms
Google Ads Call Tracking vs. 3rd Party Tools Who wins?
https://www.nitdit.com/product/phonexa-review/
https://www.adcore.com/blog/what ... why-do-you-need-it/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 06:29 PM GMT+8 , Processed in 0.055509 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list