CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1061|Reply: 0

10 Rules Bercinta Dengan Usahawan Muda.

[Copy link]
Post time 1-10-2015 09:57 AM | Show all posts |Read mode
                    Girls, bercinta dengan seorang usahawan muda bukanlah sesuatu yang mudah. Selain daripada sering ditinggalkan dan di biarkan hingga adakalanya membuatkan kamu rasa kesunyiaan, bercinta dengan mereka juga ada ketikanya boleh mencabar kesabaran kamu. Sebelum kamu jadikan ia sebagai salah satu alasan mengapa kamu berdua berpisah, ada baiknya kamu fahami dan ketahui 10 rules bercinta dengan seorang usahawan muda agar kamu lebih tabah dan kuat melalui hari-hari dengannya.

        # 1 : BELAJAR BERDIKARI
        Lelaki yang banyak menghabiskan masa pada kerjayanya selalunya tiada masa untuk meneman kamu membeli belah, menonton wayang dan sebagainya. Jadi, di sini kamu harus biasakan diri dan belajar untuk berdikari. Tidak perlu terlalu bergantung padanya! Percayalah, kebanyakan lelaki seperti ini lebih selesa berdamping dengan gadis yang seperti ini. Jika tidak mereka akan rasa rimas dan terkongkong.

        # 2 : PELENGKAP HIDUPNYA
        Sungguh pun kamu tidak sehebat sepertinya, kamu perlu jadi ‘kuat’ dan berpengaruh dalam hidupnya. Perlu diingat, fungsi kamu sebagai pasangan adalah pelengkap hidupnya. Di kala si dia jatuh dan perlukan pertolongan serta bimbingan kamu perlu sentiasa ada bersamanya. Bak kata orang susah senang bersama.

        # 3 : TIDAK PERLU JADI SEPERTINYA!
        Tidak perlu bersusah payah untuk berubah dan mengikut arusnya. Cukuplah menjadi diri sendiri. Ingatkan pada diri setiap insan yang bernyawa dilahirkan dengan karakternya yang tersendiri. Jika tidak tiada ‘tolak ansur’ antara kamu dan dia!

        # 4 : REDEFINE DATING
        Jika sebelum ini fahaman kamu tentang ‘dating’ adalah masa untuk luangkan waktu bersama dengan orang tercinta selepas kerja dan makan malam dalam suasana yang romantik bersama si dia. Kini kamu perlu tukar semula fahaman kamu tentang semua itu kerana ternyata ia tidak ‘relevant’ untuk di gunakan lagi. Sebaiknya cuba ingatkan pada diri, selagi kamu berdua masih berhubung selagi itu ia boleh di kira ‘dating’ walaupun caranya agak berbeza.

        # 5 : BE OPEN-MINDED
        Secara psikologinya kamu harus mula berfikiran terbuka. Jangan hadkan pemikiran kamu. Kamu perlu bersedia apa sahaja situasi dan jangan terkejut jika adakalanya ada seorang perempuan mula mendekatinya. Ketika itu kamu tidak boleh bersikap serkap jarang. Kamu perlu belajar menerima semuanya mana tahu sebenarnya mereka berdua hanya rakan kerja betul tak ?

        # 6 : KAMU BUKANLAH YANG UTAMA
        Apa jua keadaan kamu perlu ingatkan diri kamu, kamu bukanlah pekara utama dalam kehidupannya. Jadi jangan terlalu berkecil hati jika selama ini si dia sering batalkan temu janji bersama kamu. kemungkinan ada sesuatu yang lebih penting perlu dilakukan dahulu.

        # 7 : RAJINKAN DIRI LIHAT KALENDER
        Usahawan pasti akan sibuk dengan pelbagai aktiviti dan event. Supaya kamu tidak mudah ‘termakan hati’ dengan kesibukannya dan sering rasa kecewa kerana tiada masa untuk kamu, apa kata biasakan diri menanda segala tugasannya di kalander mengikut tarikh yang di beritahu. Cara ini dapat membantu kamu memahami waktunya serta dapat membantu kamu merancang hari apa yang sesuai untuk bersamanya.

        # 8 : TEPATI MASA
        Lelaki seperti ini sangat mementingkan waktu. Bagi mereka dalam satu minit yang terlepas mereka boleh lakukan macam-macam tugasan. Jadi girls, jangan ambil masa yang terlalu lama ketika bersiap dan ingin keluar bersamanya. Disiplinkan diri agar lebih menepati masa. Jangan sesekali cuba buatkan si dia menanti.

        # 9 : MASA TERLALU SUNTUK UNTUK BERGADUH
        Girls, sila ambil serious tentang ini. Jika kamu jenis yang jarang berjumpa dan sekiranya berjumpa dalam tempoh yang sekejap, tiada masa untuk kamu berdua bermasam muka dan bergaduh sesama sendiri hanya kerana pekara-pekara remeh. Jadi cuba hargai masa berkualiti antara kamu berdua.

        # 10 : PERCAYA
        Kunci segala kebahagiaan adalah saling mempercayai antara satu sama lain. Jangan terlalu mencurigai pasangan kerana perasaan ini akan membunuh dan memberi impak negatif pada perhubungan.
        
               
                                                                                                                          -remaja-

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 03:05 AM GMT+8 , Processed in 0.082019 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list