CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1422|Reply: 0

Ciri Kamu Masih Obses Dengan Bekas Kekasih!

[Copy link]
Post time 1-10-2015 09:54 AM | Show all posts |Read mode
        Girls, walaupun kamu bijak menyembunyikan perasaan rindu dan sayang kamu terhadap bekas kekasih, namun kamu tidak boleh menipu hati dan perasaan kamu. Ada 4 ciri yang membuktikan kamu masih obsesi dengan bekas kekasih.

        MASIH SIMPAN / GUNA PEMBERIANNYA!
        Tak kiralah apa sahaja pemberiannya walau sekeping tiket wayang kamu masih simpan ia dengan sebaiknya. Bila di suruh buang pasti pelbagai alasan yang kamu berikan. Kononnya sayang dan ingin jadikan ia sebagai kenangan. Girls, kalau dah tinggal sejarah mengapa perlu di kenang lagi betul tak ? bukankah itu tandanya kamu masih menghargai dan menyayangi kenangan antara kamu dan si dia ?

        MASIH BERTANYA KHABAR
        Walaupun tidak terluah dengan perkataan namun hati kamu sering bertanya soalan yang sama “apalah khabar si dia” atau “di mana dia sekarang” itu tandanya kamu sebenarnya masih pedulikan dirinya dan di sebalik pertanyaan itu kamu masih mengharapkan si dia juga begitu.

        TAHU PERKEMBANGANNYA
        Bila sesiapa tanya tentang bekas kekasih, ada sahaja jawapan yang kamu berikan. Setiap perkembangan dirinya kamu tahu. Hinggakan siapa penggantimu juga kamu tahu. Itu sedah membuktikan dirimu masih obses dengan dirinya kerana kamu masih tidak boleh lupakan kewujudannya.

        CURI-CURI MENELEFON
        Tiba-tiba kamu terasa rindu mendengar suaranya lalu kamu curi-curi menghubunginya dengan cara seperti tersalah nombor telefon. Girls, taktik ini cukup membuktikan yang sebenarnya kamu masih terkejar-kejarkan dirinya. Hati-hati, cara ini boleh dianggap sebagai salah satu ancaman jika ia menganggu privasiny.
-remaja-


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 02:03 AM GMT+8 , Processed in 0.146334 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list