View: 2844|Reply: 2
|
Amaran Keras Untuk Para Suami, Jangan Lakukan Ini Pada Isteri!
[Copy link]
|
|
Oleh Adib Za
Pada hakikatnya, semua orang tidak suka dibandingkan dengan orang yang lain. Begitu juga dalam hubungan suami isteri.
Para suami, sila ingat, jangan sesekali membandingkan isteri anda dengan wanita lain. Bukan kerana isteri anda memiliki ego tersendiri, namun hati dan pengorbanannya bukan calang-calang untuk diri anda.
Meskipun anda melakukannya dengan cara bergurau atau kata-kata lembut, namun ia boleh menimbulkan rasa cemburu, tidak puas hati malah mengguris hati seorang isteri.
Bukan itu sahaja, suami yang biasa melakukan perbandingan boleh menjadi tabiat buruk. Suka mencemuh, beri komen negatif dan akhirnya menyebabkan 'peperangan'.
Sebaliknya, jadilah suami yang suka memberi kata-kata semangat dan motivasi. Ia bukan sahaja memberi inspirasi dan semangat pada isteri, malah mereka juga semakin erat dan menyanyangi anda. - CARI Infonet


Gambar hiasan (sumber foto: Parenting.com) |
|
|
|
|
|
|
|
Mlm ni abg tdo luar
 |
|
|
|
|
|
|
|
Benda ni terpakai utk dua2 kot suami Dan isteri..suami pun xsuka kalau dibanding2kan..anak2 pun sama . |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|