View: 1487|Reply: 1
|
Alasan Paling Logik Mengapa Jejaka Humor Terbaik!
[Copy link]
|
|

“Ewww, muka cantik tapi pasangan ‘muka pecah’ dah kenapa? Hmmmm mesti nak harta lelaki tu”
Jangan tipu! Pasti kamu pernah ungkapkan ayat ini saat sedang berjalan si pusat beli-belah tiba-tiba ternampak pasangan yang tidak sama cocok bukan ? Relax, jangan terus menilai. Girls, ada sesetengah individu langsung tidak kisah dan ambil serious tentang ketampanan pasangannya asalkan pasangannya itu mempunyai karakter sense of humor .
Pelik dan tak percaya ?
Nah, kami berikan pada kamu 4 alasan paling logik mengapa lelaki mempunyai sifat jenaka lebih menarik berbanding lelaki mempunyai paras rupa ala-ala ‘prince charming’.
# 1 | MENGHIBURKAN Lelaki seperti ini selalunya tidak membosankan. Ada sahaja idea si dia untuk mengusik dan membuatkan pasanga mereka terhibur. Keadaan sebegini akan membuatkan pasangan mereka sentiasa dalam keadaan bahagia. Pssst, jangan tak tahu ketawa adalah salah satu cara untuk mengekalkan wajah untuk sentiasa nampak muda. So tak hairanlah jika wajah-wajah pasangannya sentiasa awet muda!
# 2 | KREATIF Mereka adalah golongan yang kreatif, lihat sahaja cara mereka membuat lawak. Jadi mereka selalunya lebih cenderung untuk melakukan kejutan-kejutan manis buat pasangan mereka. Jadi kamu fahamkan mengapa pasangan mereka lebih selesa hidup bersama mereka ?
# 3 | MENCUIT HATI Saat kamu sedang bersedih, si dia pasti akan ada jalan untuk memujuk kamu. Malah, jika kamu merajuk dengannya, pasti tidak di biarkan dalam tempoh yang terlalu lama. Mana tidaknya lelaki sebegini selalunya tidak suka melihat pasangan mereka bersedih jadi pasti mereka akan memujuk kamu dan tidak akan sesekali membiarkan kamu bermuram muka.
# 4 | PENCURI HATI PALING LICIK Taktik beli cinta dengan wang ringgit bukanlah rahsia kejayaan mereka mencuri hati seseorang. But girls, percayalah mereka adalah golongan ‘pencuri hati’ paling licik dan berjaya tanpa bantuan orang lain. Jadi tidak hairanlah mengapa perempuan cantik banyak terpikat dengan mereka.
-remaja-
|
|
|
|
|
|
|
|
betul! suka dengan lelaki yang suka buat lawak. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|