CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2871|Reply: 0

Ford Everest lebih macho

[Copy link]
Post time 14-8-2015 12:20 AM | Show all posts |Read mode
Ford Everest generasi terbaru dalam ruangan Pandu Uji minggu ini, boleh dikatakan berada carta paling atas bagi pilihan penulis dalam kategori kenderaan utiliti sukan (SUV) buat masa kini.



Setiap sudut dan perincian pada model generasi ketiga itu cukup gah serta sempurna berbanding model terdahulu sekali gus memberi satu era baru buat jenama Ford Motor Company.
Peluang memandu SUV itu di Chiang Rai, utara Thailand, baru-baru memberi peluang keemasan kepada media tempatan untuk menguji kehebatan jentera berkenaan.




Semenangnya Chiang Rai lokasi paling sesuai untuk menguji kebolehan jentera itu kerana muka buminya yang berbukit serta laluan lasak.
Mereka yang gemar memasuki kawasan hutan dan berbukit, inilah kenderaan paling sesuai untuk aktiviti seperti itu kerana ia dipenuhi teknologi bagi memudahkan pemandu biarpun tidak mempunyai kepakaran dalam pengendalian lasak.
Ini terbukti selepas menguji Ford Everest di kawasan berbukit Akha Hill, Chiang Rai, yang keupayaan Sistem Pengurusan Muka Bumi (TMS) banyak membantu penulis menempuh laluan diberikan.
Sistem pintar pada Ford Everest ini akan menala maklum balas pendikit kenderaan, transmisi, kawalan cengkaman dan sistem pacuan empat roda pintar untuk mengoptimumkan prestasi dalam pelbagai permukaan supaya berada dalam kawalan.



Empat mod pintar ditetapkan iaitu Normal, Salji, Pasir dan Batu yang mana ia diberikan tugas berbeza mengikut permukaan bumi.
Malah, mod yang dipilih itu akan tertera kluster instrumen di bahagian meter kelajuan untuk menunjukkan tetapan pemanduan, pacuan tork, olengan dan pacuan kenderaan.
Sekali imbas, sistem seakan-akan seperti kenderaan SUV premium jenama lain yang penulis pernah pandu uji sebelum ini.
Bagi menuruni bukit curam, Ford Everest tidak memberi masalah besar kerana dilengkapi sistem Kawalan Menuruni Bukit yang banyak membantu mengurangkan kelajuan kenderaan.
Ketika menuruni bukit, penulis tidak perlu menekan brek tetapi hanya mengawal kelajuan dengan menggunakan butang pada stereng seperti ‘-’ atau ‘+’.



Selain itu, pengendaliannya lebih mantap apabila menggunakan sistem ‘Torque on Demand via Active Transfer Case’ bagi memastikan pemandu dalam kawalan dan memaksimumkan prestasi dengan cara mengukur serta mengubah suai agihan kuasa tork ke roda yang memiliki paling banyak kuasa cengkaman secara berterusan.
Ia akan menghantar kuasa tork ke roda hadapan dan belakang secara automatik untuk memberikan cengkaman serta kawalan maksimum kepada kenderaan itu biarpun dalam laluan licin.
Bagaimanapun semua ciri istimewa itu hanya ada pada varian Ford Everest 3.2 liter. Malah kenderaan SUV itu mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan pikap trak, Ford Ranger apabila mampu meredah sungai dalam sedalam 0.8 meter.



Berdasarkan reka bentuknya pula, ia menyerlahkan keseimbangan antara kemampuan yang lasak dan kehalusan buatannya, selain membuatkan kenderaan tujuh tempat duduk itu memberi lebih keselesaan berbanding SUV lain.
Reka bentuk bahagian hadapan yang berani, hud maskular, lampu bersepadu dan jeriji trapezoidal memberi pandangan lebih lasak.
Belakangnya pula diperkemaskan lampu LED serta tampak berani daripada reka bentuk rata pada SUV tradisional, selain dilengkapi pintu kuasa boleh dibuka atau ditutup dengan hanya menekan satu butang.
Sebaik penulis menjengah ruang kokpitnya, ternyata ia menyalurkan suasana sangat mewah dengan menggunakan rekaan horizontal untuk memberikan rasa luas.



Apa yang menarik perhatian penulis adalah panel meter kelajuannya. Ia cukup canggih apabila meter RPM menggunakan sistem multimedia dan pada masa sama menyalurkan maklumat penting kenderaan.
Ia juga dilengkapi dengan skrin sentuh bersaiz lapan inci dan sistem bunyi dengan 10 unit pembesar suara berkualiti tinggi bersama subwoofer bersepadu.
Tempat duduk baris kedua dengan konfigurasi 60/40, manakala ketiga berkonfigurasi 50/50 boleh dilipat rata dan boleh menawarkan ruang kargo sehingga 2,010 liter dan mengangkut muatan seberat 750 kilogram.
Sepanjang pemanduan itu, penulis kagum dengan ciri terbarunya iaitu Penghapusan Bunyi Bising Aktif yang mana bunyi daripada enjin diesel tidak langsung tidak menyerap masuk ke dalam ruang kabin.



Dalam sesi pandu uji itu, penulis dan rakan media lain boleh memandu dengan tenang tanpa bunyi seretan angin atau enjin yang kerap menghantui pemilik kenderaan diesel ketika ini.
Namun, bila ia dipasarkan untuk pasaran Malaysia atau harga SUV itu masih lagi belum diketahui, tetapi berdasarkan generasi sebelum ini ia dijual melebihi RM170,000.
INFO
FORD EVEREST 3.2 LITER
- Enjin: 3.2 Liter Duratorq Lima-Silinder TDCi Diesel
- Kuasa maksimum: 197 hp
- Tork maksimum: 470 Nm
- Transmisi: Automatik enam kelajuan
- Ciri Keselamatan: Tujuh beg udara, Kawalan Selekoh, Bantuan Mula Menaiki Bukit, Program Kestabilan Elektronik, Titik Buta, Sistem Pengurusan Muka Bumi.
- Harga: Masih belum diketahui.





Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 Ogos 2015 @ 5:02 AM
«»

FORD Everest 3.2 liter.









- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/69189#sthash.GyF6uqjf.dpuf
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 04:34 PM GMT+8 , Processed in 0.126180 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list