View: 2152|Reply: 1
|
Bahasa badan LELAKI beri lebih makna daripada kata-kata
[Copy link]
|
|
Mengenali seterusnya memahami lelaki sebenarnya tidak sukar. Tahukah anda lelaki mudah dikenali melalui gerak gaya mereka. Pada lelaki, tingkah laku dan pergerakan lebih memberi makna daripada kata-kata terutama apabila dia sedang berbual dengan wanita.
Wahai wanita di luar sana, kenali dahulu cirri lelaki idaman melalui pergerakan dan tingkah lakunya. Tidak perlu percaya sepenuhnya namun tidak salah berhati-hati.
Anggukan kepala
Apabila lelaki menganggukkan kepalanya ketika sedang berbual-bual dengan anda membuktikan lelaki itu seorang yang mengambil berat dan sentiasa ingat mengenai diri anda. Dia juga jenis yang ringan tulang membantu dan ada di samping anda apabila diperlukan.
Dekatkan badan
Lelaki yang suka mendekatkan badannya dengan diri anda apabila sedang berbual adalah lelaki yang menarik dan mampu menarik ramai orang lain tetapi kadang-kadang bersikap keterlaluan.
Merenung
Lelaki ini adalah jenis suka meminta-minta kerana dia mahu mengetahui apa yang anda boleh tawarkan kepadanya sama ada dalam pekerjaan, persahabatan atau cinta.
Menggerakkan tangan dan badan
Lelaki ini memberangsangkan, bertanggungjawab dan mempunyai rasa cinta yang mendalam. Mereka beranggapan kata-kata tidak cukup untuk membuktikan kesucian cinta. Oleh itu pergerakan adalah sebagai bukti untuk menunjukkan kesungguhan. Dia juga seorang yang sensitif dan baik hati.
Suka berdiri
Apabila bercakap, anda duduk dan dia berdiri. Lelaki jenis ini melambangkan yang jiwanya suka menguasai dan mengongkong. Dia suka mempengaruhi orang lain untuk kepentingan dirinya dan pantang mengalah.
Memandang mata
Ini adalah sifat lelaki yang yakin dan berterus terang. Dia juga sentiasa memberi perhatian, berusaha menjaga hati semua orang, tidak kira bagaimana rapatnya hubungannya dengan orang tersebut.
Meniru gerak
Lelaki ini terpengaruh dengan rasa dan tingkah laku orang lain yang suka mempengaruhinya. Dia mudah dibawa berbincang dan suka menurut asalkan ia tidak menimbulkan masalah.
mingguanwanita
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|