View: 1834|Reply: 6
|
Wanita Elok Ada Anak Sebelum 30an
[Copy link]
|
|
Naluri seorang wanita pasti mahu ada anak sendiri. Tetapi anda dan pasangan kena bersedia untuk tempuh dunia baru. Dan perlu diketahui bahawa kesuburan wanita akan menurun seiring dengan pertambahan usianya. Jadi bagaimana untuk atasi? Jom kita lihat kesan kepada dunia wanita...
Dalam sebuah kenyataan yorkpress.co.uk:
“Wanita yang mahu hamil perlu mencuba rezeki untuk mendapatkan anak sebelum berusia 30 tahun," kata doktor kesuburan NHS.
Kalau ikutkan naluri hati seorang wanita, memang mahukan anak awal. Namun jika anda belum mendapat peluang, sabarlah menanti dan berusaha dengan cara dan doa. Yang pelik zaman hari ini, ramai yang menolak untuk hamil dan kononya mahu fokus dalam dunia kerjaya. Itu kena betulkan balik konsepnya.
Malah dalam surat Profesor Geeta Nargund, menyeru agar pelajaran mengenai kesuburan harus dimasukkan di dalam subjek kurikulum nasional. Baginya, wanita kena tahu tentang bahaya akibat menunda kehamilan dan kesan kepada kesuburan mereka.
Nargund juga memberitahu bahawa dia selalu berdepan dengan wanita yang bermasalah dan menderita emosi akibat terlambat untuk memiliki anak. Pengetahuan adalah kekuatan dan cara terbaik untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai soal menjaga kesuburan.
“Jika wanita sudah bersedia untuk memiliki anak, dia harus berusaha memiliki anak lebih awal kerana peningkatan usia memberikan kesan yang tidak boleh dijangka dari segi kesuburan.”
“Kebanyakan orang muda kurang ilmu dalam bab kesihatan dan mereka lebih mengejar kerjaya kerana desakan hidup. Tetapi anda sebenarnya perlu yakin bahawa anak juga salah satu pembuka rezeki dalam kehidupan. Wanita pelu tahu kesan daripada merokok, alkohol atau mengambil ubat-ubatan terlarang, ”kata Prof Nargund.
"Wanita yang berpendidikan belum tentu dididik tentang kesuburan mereka." tambahnya.
Macam mana wanita-wanita, adakah anda rasa mahu tolak rezeki untuk hamil lagi selepas ini? Jangan fikir negatif dalam soal anak, mungkin pendapatan menjadi salah satu sebab untuk anda mengelak daripada hamil. Tetapi yakinlah rezeki itu luas. Jangan saat anda dan pasangan mahu anak, masalah kesuburan pula datang menghimpit!
mingguanwanita
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau umur 30 pun masih belum kawin lagi, macamana? |
|
|
|
|
|
|
|
kawan2 saya semua berlumba tmbh anak sebb semua target sebulm 30 da tknk beranak,tp sy pulk umur 30 nk last beranak..hehe..ape pun kite merancang tuhan yang menntukan.semga ade rezeki kite semua.. |
|
|
|
|
|
|
|
bab anak ikut rezki masing2 la. kawan aku kawen awal umo 22 gitu la. cuma yang tak sedapnya pernah kawan ni buat statement cakap antara sebab dia nak kawen awal sebab nak beranak awal takut nanti kalau beranak umo lebih nanti anak berpotensi nak jadik lembab. takdir allah lepas 9 tahun kawen baru ada rezki mengandung time tu umo pun dah 30. aku harap anak dia tak lembab la mcm yg dia cakap dulu... |
|
|
|
|
|
|
|
even my sis yang 41 tahun pun still beranak anak yang sihat.
zaman dulu mungkinlah kena beranak muda sebab perubatan tak secanggih hari ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
tipulah ni....
bergantung kpd cara anak2 dibesarkan. kwn mak, kawin awal jer tp malas nk ambik kisah anak2...sudahnyer tidaklah secerdik dongengan itu.
yg sorang lg kawan mak pulak, stpm ambik smpi 2x (tentunya spm x layak msk uni kan) utk masuk uni. kawin agak lewat jugak tapi bila berkahwin rajin ambik kisah anak2, ambik tau pasal pelajaran anak...skrg anak2 dia pandai2. yg sulung 10As spm...
so awak jgnlah terpengaruh dgn dakyah itu yer
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|