Bingkai gambar yang cantik ini tidak perlu di beli. Anda pun boleh buat sendiri.
Pelbagai saiz boleh anda buat mengikut kesesuaian gambar.
Kini kabinet dan meja hiasan anda tidak lagi kelihatan kosong.
Bagaimana pula dengan hiasan meja yang comel ini. Nampak mudah
dan tidak memerlukan belanja yang besar. DIY...anda buat sendiri ya!
Pasu bunga dari tin terpakai. Tentulah tidak menarik jika kosong saja,
hanya berbekalkan plaster simen dan batu, hasilnya sebuah pasu yang
anggun bergaya.
Cara mudah untuk mencantikkan pasu bunga anda.
Hasilnya pasti memikat!
Begitu juga dengan tin kosong untuk bekas peralatan stationary anda.
Kreativiti DIY yang mudah untuk mencantikkannya. Cubalah...
Cermin dirumah anda kosong tanpa bingkai? Cara mudah untuk menjadikannya
anggun bergaya. Sebuah papan, gam dan pecahan pinggan porcelin atau tile
terbuang mampu mengubahnya menjadi sebuah cermin yang pasti menawan
setiap mata yang memandang.
Dinding di rumah anda kosong tanpa sebarang perhiasan...Nah!
Kreativiti DIY yang mengajar anda untuk membuat sebuah hiasan
dinding yang sungguh anggun dan mempersonakan sekali.
Ini pula Kreativiti DIY yang mengajar anda cara mudah membuat reben
hiasan yang boleh anda tampal dimana sahaja yang anda perlukan.
Diatas pula, beberapa Kreativiti DIY yang menggunakan pakaian buruk dan
tidak di gunakan lagi untuk dijadikan bebola hiasan yang sangat cantik.
Aktiviti yang bukan sahaja memenuhi masa lapang anda tetapi juga dapat
mengitar semula pakaian tersebut kepada sesuatu yang berguna.
Ini pula bagi anda yang mahu menghias halaman dengan kepingan batu
pemijak yang sangat menarik. Dengan menggunakan kepingan pecahan
pinggan porcelin, batu dan kaca bersama simen, maka terhasillah
kepingan yang sangat unik dan menarik. Unik, tidak di jual dimana-mana...
relaksminda.blogspot.com
|