Selalu berbuka dengan masakan yang sama? Ingin cuba resepi baru? Hari ini, penulis nak kongsikan resepi berbuka yang boleh anda cuba. Bahan untuk resepi ini ringkas dan boleh didapati di kedai runcit berdekatan rumah anda. Selamat mencuba!!! AYAM KAMPUNG PANGGANG DENGAN KUAH PECAL Masa penyediaan : 20 minit Masa memasak : 40 minit Saiz hidangan : 6 Tips chef : Ketulan ayam boleg diperap semalaman supaya lebih berperisa Penyediaan ayam : - 1 ekor ayam kampung bersaiz sederhana, dipotong 4
- 1 sudu besar garam
- 1 sudu besar serbuk kunyit (perapkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit)
Bahan-bahan : - 80g kuah pecal (kuah kacang pedas)
- 150ml susu isian sejat Marigold
- 50ml air
- 4 helai daun cekur, dimayang halus
- 1 helai daun kunyit, dimayang halus
Cara-caranya : - Panggang ayam di dalam ketuhar pada suhu 200 darjah celcius selama 20 minit pada kedua-dua belahnya atau sehingga masak. Ketepikan.
- Panaskan kuah pecal dengan susu isian sejat Marigold dan biarkan mendidih dengan api kecil. Masukkan daun cekur dan daun kunyit. Matikan api.
- Tuangkan kuah pecal ke atas ayam dan hidangkan.
STEW DAGING LEMBU BERKRIM DENGAN NASI HIMPIT Masa persiapan : 20 minit Masa memasak : 1 jam Saiz hidangan : 6 Tips chef : Stew ini juga boleh dibuat inti pai Bahan-bahan: - 600g daging lembu yang sesuai untuk stew atau daging dada, dipotong menjadi kiub sebesar 2 1/2 cm
- 1 biji bawang besar, dibelah 4
- 1 biji lobak merah, dipotong tebal berbentuk bulat
- 2 biji tomato(besar), dipotong dadu
- 2 biji kentang
- 1 kelopak bunga lawang
- 1 batang kulit kayu manis
- 1 kiub stok daging1.3 liter air
- 100ml susu isian sejat Marigold
- Garam dan lada hitam secukup rasa
- 4 paket nasi himpit segera (masak ikut arahan pada paket)
- Minyak masak
Cara-caranya: - Panaskan 3 sudu besar minyak masak di dalam periuk. Tumiskan bawang besar, bunga lawang, dan kulit kayu manis sehingga wangi.
- Masukkan daging dan biarkan selama 3 minit. Selepas itu, masukkan tomato, air dan kiub stok daging. Biarkan mendidih, kecilkan api dan reneh selaman 40 minit.
- Masukkan kentang dan lobak merah. Masak sehingga kentang empuk, iaitu lebih kurang 15 minit.
- Tuangkan susu isian sejat Marigold. Biarkan mendidih. Masukkan garam dan lada hitam.
- Hidangkan stew denga nasi impit yang sudah dipotong.
*Kredit gambar kepada Grup Majalah Karangkraf wanista
|