CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2413|Reply: 1

Golongan wanita yang haram dikahwini

[Copy link]
Post time 1-7-2015 06:33 PM | Show all posts |Read mode

GOLONGAN WANITA YANG HARAM DIKAHWINI
  • Sebab ada hubungan nasab dan keturunan.
  • Sebab penyusuan.
  • Sebab persemendaan.
  • Sebab Musrikah dan kafir

  
Larangan sebab Nasab dan Keturunan

  • Ibu, Nenek dan ke atas.
  • Anak perempuan dan ke bawah.
  • Adik beradik perempuan seibu sebapa.
  • Adik beradik perempuan sebapa.
  • Adik beradik perempuan seibu
  • Adik beradik perempuan kepada ibu (emak saudara sebelah ibu) dan ke atas.
  • Adik beradik perempuan kepada bapa (emak saudara sebelah bapa) dan ke atas
  • Anak perempuan daripada adik beradik perempuan seibu sebapa dan ke bawah.
  • Anak perempuan daripada adik beradik lelaki seibu sebapa
  • Anak perempuan daripada adik beradik sebapa.

Larangan Sebab Penyusuan
  • Kanak-kanak lelaki yang menyusu kepada seorang perempuan sebanyak lima kali atau lebih sedangkan umurnya kurang daripada 2 tahun
  • lbu susu dan ke atas.
  • Adik beradik perempuan sesusu dan ke bawah.
  • Emak saudara kepada ibu susuan dan ke atas.
  • Bekas isteri anak lelaki sesusuan.

Larangan Sebab Persemendaan
  • Emak mertua dan ke atas.
  • Anak tiri perempuan dan anak-anaknya hingga ke bawah apabila sudah bersetubuh dengan emaknya.
  • Menantu perempuan, anak-anaknya dan ke bawah.
  • Isteri bapa (nenek) dan ke atas.

Larangan Sebab Permaduan (hanya sementara)
  • Adik beradik perempuan kepada isteri, iaitu haram dimadukan dua beradik dalam satu masa.
  • Mengumpulkan anak saudara dengan emak saudara dalam satu masa, iaitu adik beradik perempuan kepada bapasamada yang seibu sebapa, sebapa atau seibu.
  • Isteri juga haram dimadukan dengan adik beradik perempuan kepaada ibunya baik adik beradik emaknya yang seibu sebapa, sebapa atau seibu.

Larangan Sebab kafir
  • Wanita bukan Islam, kecuali Ahli Kitab, iaitu mereka beragama dan Nasrani yang asli. dan mereka beriltizam dengan agama serta kitab mereka yang asli.
  • Perempuan ditegah sama sekali berkahwin dengan lelaki yang bukan Islam, walau pun Ahli Kitab yang asli.

Larangan Sebab lsteri Orang

Perempuan yang masih menjadi isteri orang.


Larangan Sebab ‘Iddah

Perempuan yang bercerai dengan suaminya atau kematian suaminya dan masih dalam ‘iddah.
ammar blog


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2015 02:10 PM | Show all posts
info yang berguna......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 07:58 PM GMT+8 , Processed in 1.584337 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list