|
Bunga Bluebell Britain
Bunga ini menjadi bunga kebanggaan Inggeris dan dilindungi undang-undang United Kingdom (UK). Dalam bahasa Latin, bunga tersebut disebut Hyacinthoides non scripta. Ia diambil sempena nama Raja Hyancinthus dalam mitologi Yunani. Bunga ini juga melambangkan keteguhan dan kebaikan hati.
Secara saintifik, panjang batang bunga ini mencapai 10 hingga 30 sentimeter. Bau bunga ini sangat beraroma dan wangi. Apa yang aneh ialah apabila bunga ini berdiri tegak seolah-olah ingin mengucup anda. Kemudian, apabila ia mula mekar, bunga ini menunduk ke bawah. Keadaan ini sangat istimewa dan memegunkan mata anda.
Di Eropah, Hutan Hallerbos atau Halle's Wood terletak 15 kilometer dari ibu kota Belgium, Brussel. Hampir keseluruhan sudut kawasan hutan ini ditumbuhi dengan bunga Bluebell. Gabungan warna hijau dari pepopohan dan warna biru dari bunga Bluebell memang sangat menakjubkan. Sungguh indah ciptaan alam tersebut.
Baru-baru ini, ada satu kenyataan yang mengatakan bahawa bunga Bluebell akan mengalami kepupusan dek kerana penyebaran bunga tiruan daripada Sepanyol. Bunga tersebut dikenali sebagai bunga Bluebell Sepanyol yang berbau busuk seperti bawang. Berdasarkan laporan Kosmo! bulan Mei yang lalu, spesies bunga liar Bluebell Britain dijangka akan pupus dalam tempoh 50 tahun akan datang.
Ini kerana, bunga Bluebell Sepanyol banyak ditanam di taman-taman lebih menyerlah daripada spesies tempatan. Namun, jika bunga tiruan itu tidak dihapuskan, ia boleh menyebabkan bunga bluebell Britain yang asli akan lenyap di muka bumi.
Sumber : Majalah INFINITI JUlai 2015.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
cantiknya hutan tu... kalau masuk situ, tak puas kot amik gambar. |
|
|
|
|
|
|
|
ni cantik |
|
|
|
|
|
|
|
ya Allah, cantiknya. mau sampai ke malam iolss photoshoot kat situ |
|
|
|
|
|
|
|
wahhhh......cantiknyaaa..... |
|
|
|
|
|
|
|
menariknyaa
|
|
|
|
|
|
|
|
kalo ada wrna lain kan syok |
|
|
|
|
|
|
| |
|