CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2151|Reply: 0

Misi buru lapan emas bermula

[Copy link]
Post time 9-6-2015 10:30 AM | Show all posts |Read mode


SINGAPURA – Atas kertas, Malaysia bukan lagi pasukan yang digeruni dalam sukan olahraga di rantau Asia Tenggara, baik dalam acara balapan mahu pun padang.
Ia berdasarkan pencapaian barisan atlet olahraga negara sejak 2001 dengan yang terburuk iaitu empat emas pada edisi ke-27 di Nay Pyi Taw, Myanmar dua tahun lalu.
Tidak keterlaluan jika dikatakan hasrat untuk bergelar ‘Raja Pecut Asia Tenggara’ sudah boleh dilupakan selepas kali terakhir status tersebut berada dalam genggaman Malaysia menerusi Nazmizan Muhammad yang menyapu bersih pingat emas acara 100 meter dan 200m di Hanoi, Vietnam, 12 tahun lalu.
Namun, Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) tetap optimis untuk meraih sekurang-kurangnya lapan pingat emas pada temasya sukan edisi ke-28 di Singapura itu dan pada masa sama, gelaran selaku raja pecut akan kembali menjadi milik atlet negara.
Kelahiran raja pecut baharu negara, Mohd. Izzuddin Yahaya yang merupakan anak didik Nazmizan memiliki catatan masa terbaik 10.48 saat dalam acara 100m dan dia akan menjadi pertaruhan KOM untuk merampas gelaran tersebut.
Izzuddin dikatakan mampu mencabar juara bertahan dari Thailand, Jirapong Meena-pra (10.31s), jaguh Indonesia, Iswandi (10.41s) dan Yaspi Boby (10.41s) serta atlet pilihan tuan rumah, Muhammad Amirudin Jamal (10.46s).
Misi Malaysia bakal digalas Izzuddin dan Nixson Kennedy dalam acara 100m hari ini selain sekali lagi menjadi sandaran negara dalam acara 200m bersama-sama G. Aravinthevar esok.
Tekanan pasti dirasai atlet berusia 29 tahun itu, namun berbekalkan tunjuk ajar Nazmizan, ia akan dimanfaatkan sebaik mungkin demi mengukir kembali nama negara dalam acara pecut.
Bagi acara 100m wanita, peluang Zaidatul Husniah Zulkifli menempa kejayaan cerah berdasarkan rekod peribadinya, 11.62s, tidak jauh berbanding ratu pecut Filipina, Princess Joy Griffey (11.54s) dan Tassaporn Wannakit dari Thailand (11.62s).
Dalam acara lari berpagar, Rayzam Shah Wan Sofian serta Raja Nursheena Raja Azhar pastinya menanam hasrat untuk meraih kejayaan lebih baik berbanding dua tahun lalu yang menyaksikan mereka menang perak dan gangsa.
Bagi kategori padang pula, kem olahraga negara seperti sudah boleh ‘berpesta’ apabila beberapa acara secara tidak rasminya akan kekal menjadi pe-nguasaan Malaysia jika mereka meneruskan momentum sama sepert yang dipemerkan di Myan--mar dua tahun lalu.
Contohnya, jaguh lempar cakera, Muhammad Irfan Shamsuddin yang semakin garang memecahkan rekod kebangsaan miliknya dan Nauraj Singh Randhawa (lompat tinggi) dipercayai tiada masalah mempertahankan emas yang dimenangi pada edisi 2013 lalu.
Begitu juga dalam acara ba-ling tukul besi wanita yang mana tiada atlet lain mampu mengatasi Grace Wong Xiu Mei (55.82m) dan Casier Renee Kelly Lee (54.36m) selain atlet Thailand, Panwat Gimsrang (54.96m).
Perkara sama juga bakal berlaku dalam acara baling tukul besi lelaki melalui Jackie Wong Siew Cheer yang mempunyai rekod 63.71m, berbanding pesaing terdekat dari Filipina, Caleb John Christian Stuart (67.24m).
Malah, raja lompat kijang negara, Muhammad Hakimi Ismail yang juga pemenang pingat gangsa Sukan SEA 2013, mempunyai catatan tahunan terbaik (16.41m) ketika ini, sekali gus menghuni ranking No. 1 Asia Tenggara.
Walaupun rekod peribadi Nguyen Van Hung (Vietnam) serta Pratchaya Tepparak (Thailand) lebih baik, namun catatan tahunan dua pencabar-nya itu agak tenggelam apabila masing-masing sekadar melakukan 16.19m dan 15.84m pada tahun ini.
Berbeza pula dengan pemenang pingat perak Sukan SEA Myanmar, Iskandar Alwi yang meleburkan rekod kebangsaan dalam acara lompat bergalah lelaki iaitu 5.20m, perlu mengharapkan atlet Filipina, John Ernest Obiena (5.21m) melakukan kesilapan hari ini.
Bukan sekadar nama-nama tersebut, atlet-atlet negara yang lain juga seperti Ahmad Luth Hamizan (jarak jauh), Adi Alifuddin Hussin (lontar peluru), Noor Amira Mohamad Nafiah (lompat jauh) dan Yap Sean Yee (lompat tinggi) mampu melakar kejutan buat kem olahraga negara.
Sama ada sasaran lapan pi-ngat emas mampu direalisasikan, semuanya bakal terjawab apabila sukan yang dianggap sebagai ‘lubuk emas’ itu membuka tirai secara rasminya di Stadium Nasional Singapura hari ini.
Ayuh Malaysiaku, berjuanglah sehingga titisan peluh terakhir!
kosmo!

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 07:36 AM GMT+8 , Processed in 0.045153 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list