|
Taruhan negara dalam acara olahraga, Mohd Izzuddin Yahya sedar dia perlu memperbaharui rekod kebangsaan andai mahu mencuri tumpan dalam Sukan SEA Singapura.
Pelari pecut itu akan membuat penampilan pertama Sukan SEA, namun yakin mampu menghadirkan menghadiahkan sesuatu buat Malaysia.
Atlet asuhan bekas pelari pecut negara, Nazmizan Muhammad itu memiliki catatan terbaik 10.42 saat, namun untuk emas dia diberitahu perlu memecahkan rekod kebangsaan 100m milik Watson Nyambek, 10.30s yang dilakukan pada 1998.
"Saya mendengar arahan daripada jurulatih, beliau berkata di sini saya perlu pecahkan rekod kebangsaan.
"Insyallah saya akan cuba tunaikan.
"Badan saya kini dalam keadaan baik selepas pulih daripada selsema tiga hari yang lepas," tegas atlet Perlis itu.
stadiumastro.com
|
|