|
Kem renang negara berdepan masalah kecergasan menjelang hari pertandingan pada Sabtu ini membabitkan penyumbang pingat emas acara 800 meter gaya bebas edisi lalu, Khoo Chai Lin.
Situasi itu menghadirkan rasa khuatir buat jurulatih renang negara, Paul Birmingham yang mengesahkan Chai Lin menghadapi masalah kesihatan.
"Dia masih tidak sihat. Namun dia berlatih dengan tekun dan kelihatan bagus," terang jurulatih berasal dari Australia itu.
Disebalik berdepan beberapa kesulitan, Paul Birmingham bagaimanapun tetap optimis anak buahnya mampu menyumbang pingat untuk negara.
"Saingan cukup hebat kerana ramai perenang yang mampu meraih pingat.
"Kami bukan mensasarkan pingat emas sahaja, kami fokus untuk meraih pingat tanpa mengira warna."
stadiumastro.com
|
|