CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11402|Reply: 5

Cara penggunaan gear auto yang betul

[Copy link]
Post time 1-5-2015 05:25 PM | Show all posts |Read mode
Edited by mafus07 at 2-1-2017 11:34 PM

Peluang Untuk Bekerja Part Time Dari Rumah!

Terima bayaran upah lumayan dan bekerja dengan syarikat dari seluruh pelusuk dunia sebagai pekerja bebas dari rumah.http://www.jobdirumah.net/trk/mafus07


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

entry kali ni aku nak cerita sikit pasal penggunaan gear yang betul bagi kereta auto. memang nampak macam mudah kan bile bawak kereta auto ni. tak macam kereta manual kene tekan cluch pastu masuk gear. leceh. tapi gearbox kereta auto pun boleh rosak kalau salah penggunaannya.

korang perasan tak. biasenya kalau berhenti lama kat traffic light, kereta depan akan masuk gear P. kite boleh agak bile lampu reverse nyala kejap. pastu nanti mula la kelam kabut bila lampu tukar hijau. tekan minyak tapi lupe masuk gear D. boleh rosak gearbox kereta auto mahal saudara saudari tu ye.

okay bagi kereta auto gear automatik. yang ade button/tombol tu tiap kali nak tukar gear. ni tips penggunaannya:



Kaedah yang betul masa benti kat traffic light
  • tekan brek kaki
  • masuk gear N (tanpa tekan button pada gear. tolak je)
  • tarik hand brake
  • lepas brek kaki
Bila nak jalan
  • tekan brek
  • masuk gear D (tanpa tekan tombol. tarik je)
  • lepas hand brake
  • lepas brek kaki
  • tekan minyak
Penggunaan butang/tombol pada batang gear

1. Perlu tekan tombol/butang semasa menukar gear
     P>R
     R>P
     R>N
     N>R
     D>L/D2
     L/D2>D

2. Jangan sesekali tekan kalau nak tukar gear
    N>D
    D>N
    D>D3
    D3>D

kalau kereta auto jenis gear lekuk-lekuk tu selamat la. tak payah nak tekan tombol/butang bagai.



kalau ada yang tak berapa nak faham fungsi setiap gear. ni ade sedikit rujukan untuk korang bagi setiap susunan gearbox auto:

P - parking, digunakan untuk korang memberhentikan kereta korang. gear akan disekat. so, kereta korang takkan bergerak walaupun handbrake tak ditarik.

R - reverse, untuk mengundurkan kereta korang la.

N - neutral, kalau korang dalam keadaan menunggu kat traffic light atau traffic jem. tukar ke gear neutral. bukan parking. kalau korang perasan. gear D tak payah tekan kekunci pada tombol/butang gear.

D - drive, penukaran secara auto gear 1,2,3,4 dan seterusnya butang overdirve. gear akan menyekat untuk masuk ke gear 4. gear yang akan digunakan cuma 1,2,3 je. ok. boleh jalan.

3 - ade kereta yang takde overdrive tapi ade susunan gear 3 untuk turunkan gear dari 4 ke 3.

2 - ini akan sekat sistem gearbox korang ke gear 2 dan tak masuk ke gear seterusnya. tapi akan jatuh ke gear 1 kalau perlu.

L - low gear, gear satu.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-1-2017 11:34 PM | Show all posts
Peluang Untuk Bekerja Part Time Dari Rumah!

Terima bayaran upah lumayan dan bekerja dengan syarikat dari seluruh pelusuk dunia sebagai pekerja bebas dari rumah.http://www.jobdirumah.net/trk/mafus07
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2017 12:34 PM | Show all posts
apa jadi kalau tekan button dari N -> D?
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2017 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by batu_bergolek at 16-3-2017 01:39 PM
viper_2803 replied at 16-3-2017 12:34 PM
apa jadi kalau tekan button dari N -> D?


Banyak karut dari yg betul. Asalnya function butang tu nak elak accidental shift dari P ke R,N atau D. Tapi ada sesetengah kereta, bila kita tekan brek pun sudah cukup utk kita shift dari P ke R,N dan D. (Mcm Merc, Bmw n etc)

Tukar dari N ke D atau sebaliknya sebenarnya tak perlu tekanpun, cuma baik buat bila brek kereta ditekan dan kereta dlm keadaan statik.

Utk shift dari D ke +/-  atau D ke 3-2-L pun tak perlu tekan, cuma kita kena pastikan RPM dan kelajuan kereta bersesuaian lah.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2017 02:41 PM | Show all posts
so maknanya takde apa2 effect la ye?
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2017 04:24 PM | Show all posts
viper_2803 replied at 16-3-2017 02:41 PM
so maknanya takde apa2 effect la ye?

takde pape...
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 07:24 AM GMT+8 , Processed in 0.617397 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list