CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1980|Reply: 5

5 Cara Untuk Anda Mula Berjimat

[Copy link]
Post time 22-4-2015 06:01 PM | Show all posts |Read mode
1. Senaraikan Semuanya

Perkara paling utama adalah dengan menyenaraikan setiap apa yang ingin dibayar dan dibeli. Hal ini bagi mengelakkan anda berbelanja ke arah sesuatu yang bukan menjadi keperluan. Menyediakan senarai perbelanjaan akan membantu anda untuk berjimat dan tidak berbelanja melebihi bajet yang telah ditetapkan.

2. Masak Sendiri

Kurangkan makan di luar dalam usaha untuk anda menjimatkan perbelanjaan. Kalau ingin berjimat anda perlu berusaha dan lebih rajin untuk memasak di rumah. Jika kos nasi campur RM6 untuk seorang dan sekali makan. Bayangkan jika anda makan sebanyak tiga kali sehari dengan kos yang sama. Totalnya akan menjadi RM18.

Selain boleh berjimat, dengan memasak di rumah membolehkan anda makan berulang kali sehari. Sekiranya lauk tidak habis anda boleh masukkan ke dalam peti sejuk dan panaskan semula esok hari untuk dibawa bekal ke tempat kerja.

3. Kawal Diri

Hanya anda yang mengenali diri anda dan bagaimana cara untuk anda mengawal diri sendiri dalam berbelanja. Jika anda merasakan diri seorang yang boros. Elak menggunakan kad kredit dan hadkan jumlah wang di dalam akaun bank.

Seeloknya baki di bank cukup-cukup untuk menampung perbelanjaan hingga hujung bulan. Baki selebihnya pula anda boleh masuk ke dalam akaun yang tidak mempunyai ATM kad bagi mengelakkan pengeluaran.

4. Tetapkan Simpanan

Kebanyakan daripada kita begitu mudah menetapkan jumlah wang untuk disimpan namun tidak ramai yang mampu mengekalkan tabiat menyimpan mengikut jumlah yang telah ditetapkan.

Mulakan menyimpan dengan jumlah yang kecil sebagai contoh RM50 setiap bulan, namun perlu konsisten. Kemudian gandakan jumlah simpanan sehingga anda benar-benar berdisplin dalam membuat simpanan tetap.

5. Tetapkan Jangka Masa

Menetapkan jangka masa dalam melakukan sesuatu perkara amat penting demi memastikan anda mencapai matlamat sebenar. Ia juga penting supaya anda tidak tersasar daripada jangka masa yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, jika anda bercadang untuk pergi bercuti ke Jepun dan kos diperlukan sebanyak RM5,000.

Sudah tentu anda mula membuat perancangan kewangan serta menetapkan jangka masa untuk mula menyimpan. Contohnya, dalam masa setahun walau apapun anda perlu menyimpan duit sebanyak RM5,000.

Demi merealisasikan impian anda untuk bercuti ke Jepun. Penetapan matlamat ini memudahkan usaha anda untuk mula menyimpan dan secara tidak langsung boleh membantu anda berjimat dan tidak membazir.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2015 08:03 PM | Show all posts
Kalau saya, first masuk gaji, saya tolak siap2 apa yang nak kena belanja.. dan make sure simpanan pun ada juga..

Ada orang suggest tolak simpanan dahulu, baki baru belanja.. actually, kalau kita dah planning betul2, ada target nak capai, insyaAllah kita pun kurang berbelanja.. orang kata berbelanja di bawah kemampuan..
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2015 08:39 PM | Show all posts
Sejak gst bagai bln ni aku dpt saving hampir 1k hanya kerana dine simple2 roti bakar ke roti canai

kalo tak seblum ni tiap2 mlm balun mkn luar

ape pun yg ptg sikap..dimana ade kemahuan di situ ade jln
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2015 04:56 PM | Show all posts
TeraJava replied at 22-4-2015 08:03 PM
Kalau saya, first masuk gaji, saya tolak siap2 apa yang nak kena belanja.. dan make sure simpanan pu ...

Sangat-sangat setuju. Jika kita dah ada penetapan untuk duit untuk disimpan pasti takkan menganggu perbelanjaan lain
dan dalam masa yang sama boleh juga berbelanja mengikut bajet.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2015 04:59 PM | Show all posts
tagas replied at 23-4-2015 08:39 PM
Sejak gst bagai bln ni aku dpt saving hampir 1k hanya kerana dine simple2 roti bakar ke roti canai
...

Tepat sekali dan saya juga bersetuju dengan cara anda. Kita mampu menyimpan cuma atas kemahuan sahaja.
Cuma terpulang pada diri sendiri nak berjimat ke arah perbelanjaan makanan, pengangkutan dan sebagainya.
Semua orang mampu menyimpan jika tidak banyak komitmen yang perlu ditanggung.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2015 11:31 PM | Show all posts
Tahniah kepada yang mampu menyimpan.. kita akan nampak hasil dalam 3 tahun lagi.. memang menyimpan itu perit, tapi ada ganjaran yang hebat menanti.. selamat menyimpan semua.. aku suka bab2 kewangan ni..
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 06:47 AM GMT+8 , Processed in 0.349081 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list