CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5838|Reply: 1

Tolong2 siapa yang boleh ganti Zulkifli Haron sila angkat tangan

[Copy link]
Post time 13-4-2015 09:14 AM | Show all posts |Read mode
Fotografi dan temubual bersama pereka mesin kuih raya bersama Zulkifli Haron di Sungai Choh, Rawang.








Zulkilfli Haron bukan lagi suatu nama yang asing dalam bidang inovasi dan reka cipta mesin di negara ini.

Beliau yang turut digelar sebagai Macgyver Malaysia, ‘Zul Hantu’ dan Zul Robot, mula dikenali apabila berjaya menggerakkan kereta tanpa pemandu menerusi inovasinya yang tersendiri setelah berkecimpung lebih tiga dekad.
Namun beliau dengan nada kecewa mengakui agak sukar mencari pelapis dalam kalangan generasi muda yang dilihat mampu mengikut jejak langkahnya, ikuti luahan hati beliau.







Apakah bidang kepakaran tuan?
Saya merupakan pakar dalam bidang elektronik dan automasi dengan pendekatan kreatif serta inovasi. Selain itu, saya turut berkecimpung dalam bidang keusahawanan.







Melalui hampir 30 tahun pengalaman dalam bidang inovasi dan reka cipta, saya telah mengharungi pelbagai cabaran dan terbukti kemahiran dan kebolehan menjadikan diri saya memperoleh sedikit ilmu.
Walau bagaimanapun, apa yang didapati jika hendak dibandingkan dengan pemberian Illahi tidak dapat diukur dan tidak terlihat pun. Kecilnya dan kerdilnya ilmu yang ada pada kita. Walau bagaimanapun, setiap ilmu itu tidaklah datang bergolek.

Ia memerlukan kos yang tinggi untuk mendapatkannya seperti masa yang diluangkan, kesilapan yang dilakukan dan pengurusan diri yang tidak sempurna.

Semua ini bukan boleh diperoleh dalam semalaman. Ia mempunyai harga yang sangat tinggi yang tidak boleh dibayar dengan wang ringgit. Inilah satu-satunya masalah masyarakat kita tidak sabar dalam mencari kepakaran dan ilmu.


Apakah perkara yang paling membanggakan dan paling mengecewakan sepanjang kerjaya sebagai pereka cipta.
Yang membanggakan adalah sokongan masyarakat, kerajaan dan orang yang berpengaruh serta setiap rekaan diterima baik oleh orang ramai.

Suka melihat anak muda meminati inovasi dan kreativiti kerana inilah perkara yang akan melahirkan generasi yang akan membantu negara pada masa depan tanpa perlu bergantung pada pihak luar untuk produk-produk kegunaan tempatan.

Inilah kebanggaan yang selama ini saya tunggu. Dengan ini, negara akan bertambah makmur dan membawa kepada kebaikan sosioekonomi.

Saya juga bangga dapat membantu ramai usahawan baharu menghasilkan ciptaan.

Namun dalam kegembiraan ini masih ramai yang tidak menyokong, sebaliknya suka membandingkan dengan produk produk luar negara.


Saya setuju dibandingkan, namun kita masih muda.

Seharusnya beri semangat bukannya terus menghukum dengan senarai hitamkan nama, sekat pembayaran, tarik peruntukan dan batalkan lesen. Ini membunuh namanya.


Oleh itu apa yang harus kita lakukan?
Ingat, yang muda harus tumbuh dengan baik untuk keluarkan hasil. Jika didapati benih naik kita harus sama menjaga, letakkan baja, siram baik baik, jaga pokok supaya tidak dimakan oleh lembu.


Tetapi apa yang terjadi, dibiarkan pokok tersebut mati dan mengatakan pokok itu tidak elok.

Sampai bila hendak dapat pokok yang elok, kerana pokok yang elok juga datang dari benih yang elok.? Sedangkan kini benih yang ada pun tidak elok. Ini perkara yang harus dipandang serius.


Kalau asyik mengata apa yang direka semua tidak baik, agaknya di mana kita boleh belajar untuk dapatkan rekaan yang elok?
Sebabnya, guru yang pandai mereka cipta di negara ini juga tidak dibenarkan mereka cipta mengikut naluri mereka sendiri. Ini kerana setiap pereka mempunyai keyakinan sendiri. Tetapi di negara kita, pereka tidak boleh berinovasi, nanti akan dikata apa yang mereka buat tidak mengikut kehendak masyarakat.


Inilah yang berlaku. Terlalu ramai yang pandai berkata tetapi tidak ramai yang pandai mempraktikkan kata-kata mereka. Bak kata pepatah, salahkan diri sendiri dahulu sebelum menyalahkan orang lain.

Apakah kepentingan bidang reka cipta kepada masyarakat dan negara.

Kepentingannya banyak, yang utama adalah melatih masyarakat agar lebih berilmu.
Menerusi bidang reka cipta, pelbagai masalah boleh diselesaikan. Makna reka cipta itu sendiri adalah hijrah dalam kehidupan.


Apakah harapan dan cabaran tuan dalam bidang reka cipta.
Inilah masalah utama saya. Kerja memikir merupakan satu kerja yang sangat tidak digemari. Apabila berfikir, semua tidak suka. Tetapi berangan suka. Jangan silap, berfikir dan berangan adalah dua perkara yang berbeza. Berfikir bersamaan dengan tanggungjawab. Orang yang berfikir adalah orang yang bertanggungjawab dan tanggungjawab adalah amanah. Namun amanah adalah perkara yang tidak semua orang ada.


Sebagai seorang pereka cipta yang telah berjaya adakah mempunyai pelapis di bidang ini?
Saya perlu ada pelapis, namun untuk dapatkan terbaik agak sukar. Sebab itu Kamazu ditubuhkan untuk mencari pelapis tanpa jemu.

Jika tiada pelapis, apakah yang perlu dilakukan untuk mengatasinya? Sebagai langkah akhir, bagi mendapatkan pelapis, saya bekerjasama dengan Mara menerusi Kamazu dengan memulakan School Of Innovation (SOI).

Pelajar yang menamatkan pengajian dengan SOI secara automatik diserapkan untuk menjadi usahawan, vendor, inovasi dan sebagainya. Mustahil rakyat yang berilmu inovasi tidak dapat membantu melainkan mereka malas.


Namun saya yakin dengan SOI bukan sahaja akan menyelesaikan masalah pelapis namun bangsa dan negara juga akan melahirkan pemikir-pemikir kreatif yang akan membanggakan negara di persada dunia dengan izin Allah.

Saya yakin Allah tidak akan mengecewakan hamba-Nya yang berusaha dan tidak pernah berputus asa selagi kita sentiasa berpegang pada prinsip al-Quran dan sunah. Insya-Allah.


Apakah perancangan selepas ini?
Selepas 30 tahun mencari pendekatan yang terbaik dalam penyelidikan dan pengembangan (R&D) serta inovasi saya terfikir satu kaedah dengan izin Allah, GiatMara yang berada di bawah Mara setuju untuk bekerjasama dengan Zull Design Autotronic (ZDA) untuk menubuhkan sebuah syarikat menggunakan jenama Kamazu (kerjasama Zull Design dan Mara). Kamazu bertindak sebagai badan yang bertanggungjawab memasarkan produk rekaan orang ramai yang minat menceburi bidang reka cipta termasuklah pelajar-pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) dan lain-lain.


Terima kasih kepada Ketua Pengarah Mara, Datuk Ibrahim Ahmad yang bersetuju menubuhkan Kamazu.
Selama ini, pereka cipta sering dicemuh kerana produk yang dihasilkan tidak dikomersialkan


Insya-Allah kita, di Kamazu akan bantu malah produk pertama kami telah pun diterima di pelbagai peringkat di seluruh negara.
Setiap rekaan yang dihasilkan Kamazu akan dikilangkan dan dipasarkan dan akan membayar royalti kepada perekanya.






Ini satu impak baru dalam keusahawanan negara. Produk akan dipasarkan bukan sahaja dalam negeri bahkan ke luar dengan bantuan agensi-agensi kerajaan di bawah Mara.

Inilah sebabnya Kamazu ditubuhkan agar hasil rekaan orang ramai dapat dimanfaatkan oleh rakyat.

Kerajaan telah membelanjakan ratusan juta ringgit untuk memasarkan rekaan yang berdaya maju untuk Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). Inilah yang ingin dibuktikan oleh Kamazu.

Nama syarikat: Zull Design Autotronic (ZDA).

Asal: Kelantan.
Jawatan: Pengasas dan Pengarah Urusan.

Umur: 55 tahun.
Jumlah ciptaan: Melebihi 1,000 buah.

Akademik
IKM – Penyaman udara dan penyejukbekuan.

Lesen Jurutera Perkhidmatan Bertauliah, Jepun.
Latihan Lanjutan Jerman.

Bidang
Kejuruteraan automotif.

Kejuruterana mekanikal.
Kejuruteraan elektrik dan elektronik.

Kejuruteraan kreatif.
Auto air – penyaman.

Komunikasi radio dan satelit.
Gentian fiber.


Pengalaman pakar dan penasihat kepada:
Polis Diraja Malaysia - Unit Pemusnah bom (Mereka bentuk dan membina robot pemusnah bom).

Angkatan Tentera Malaysia (Unit Pemusnah Bom).
Agensi Nuklear Malaysia, Robotik.

Unit Geoteknikal, Fakulti Kejuruteraan UPM.
Kementerian Pendidikan- Bahagian Rekacipta.

Sukan Komanwel 1998 – Penasihat teknikal Untuk majlis perasmian SUKOM ’98.
Penceramah – Sekolah dan IPTA/ IPTS.

Reka bentuk lapang sasar PDRM (100 peratus buatan tempatan).
Pertanian dan perikanan.



Sumber : ttp://www.utusan.com.my/sains-teknologi/inovasi/sukar-cari-pelapis-1.33930#sthash.ZoOMy4EM.dpuf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2015 09:24 AM | Show all posts
hebat pakcik ni....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 06:44 AM GMT+8 , Processed in 0.899760 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list