View: 2319|Reply: 0
|
Permulaan mengecewakan buat Zulfahmi
[Copy link]
|
|
Ia merupakan hari mengecewakan buat pelumba Moto3 negara, Muhammad Zulfahmi Khairuddin yang pada mulanya berlumba baik tetapi akhirnya terpaksa berpuas hati di posisi ke-28 Grand Prix Qatar di Sirkit Antarabangsa Losail pada Ahad.
Pelumba 23 tahun ini yang menunggang bagi pasukan Drive M7 SIC Racing Team menunggang dengan baik hingga tempat ke-23, namun kemalangan menyaksikan Zulfahmi terpaksa berhenti sekejap pada pusingan keenam.
Namun tanpa mengalami kecederaan, beliau segera menunggang kembali motosikalnya untuk menghabiskan baki pusingan.
"Permulaan perlumbaan adalah baik dan saya sangat yakin dengan motosikal saya. Saya dapat menguasai rentak yang baik dan dapat bersaing dengan pelumba di hadapan saya, tetapi di pusingan keenam, seorang penunggang berlanggar dengan saya dari belakang menyebabkan saya terjatuh.
"Nasib baik saya dapat meneruskan perlumbaan, tetapi ia sangat mengecewakan kerana saya sebenarnya boleh mendapat mata," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pasukannya.
Sementara itu rakannya dari Republik Chezh, Jakub Kornfeil sedang berusaha untuk merapatkan jurang dan memperoleh semula catatan masa yang hilang ekoran penunggang dihadapannya terjatuh dan beliau terpaksa mengelak penunggang itu menyebabkannya kehilangan mata.
Kornfeil berada di tempat keenam dalam pusingan pembukaan dan tamat di tempat ke-17.
Pengurus Drive M7 SIC Racing, Johan Stigefelt berkata pasukannya berlumba dengan baik tetapi tidak berpuas hati dengan keputusan yang dicapai.
Keputusan (Pilihan):
1. Alexis Masbou (FRA) Saxoprint RTG 38'25.424
2. Enea Bastianini (ITA) Gresini Racing Team Moto3 +0.027
3. Danny Kent (GBR) Leopard Racing +0.142
4. Efren Vazquez (SPA) Leopard Racing +0.288
5. John McPhee (GBR) Saxoprint RTG +0.693
17. Jakub Kornfeil (CZE) 38:34.184s
28. Zulfahmi Khairuddin (MAS) 39:29.833s
sumber:www.stadiuamastro.com
|
|
|
|
|
|
|
| |
|