View: 1598|Reply: 0
|
Kepentingan Persediaan Kewangan dan Pengurusan Risiko?
[Copy link]
|
|
Berapa ramai antara kita melakukan sesuatu kemudian baharu memikirkan risiko serta kesannya? Mungkin sudah menjadi kebiasaan buat sesiapa sahaja yang jarang untuk memikirkan tentang risiko.
Risiko boleh ditafsirkan sebagai kemungkinan berlakunya musibah ke atas seseorang atau sesiapa sahaja. Setiap orang pasti akan terdedah dengan pelbagai jenis risiko. Jadi sebagai seorang yang bertanggungjawab, perancangan dan persediaan dalam menghadapi risiko amatlah perlu.
Sering kali kita melihat dan mendengar mengenai cerita musibah yang menimpa ahli keluarga, sahabat handai. Berita di dada-dada akhbar tentang kes kemalangan, sakit kronik, lumpuh dan hilang upaya, jatuh sakit, kesusahan atau masalah kewangan.
Oleh sebab itu, pengurusan risiko amatlah penting untuk seseorang itu berdepan dengan situasi yang tidak terjangka. Ya, benar! Walau apapun pelan persediaan yang kita sediakan demi menghadapi risiko, musibah tidak boleh dielak jika ditakdirkan terjadi tetap akan terjadi.
Dengan adanya pelan persediaan risiko sekurang-kurangnya anda mampu untuk mengurangkan kesan atau impak risiko yang perlu ditanggung selepas berlakunya sesuatu perkara yang tidak diingini.
Sebagai contoh seorang ketua keluarga yang tidak melakukan pengurusan risiko dengan tidak membeli apa-apa perlindungan insurans untuk diri. Jika berlaku musibah seperti disahkan menghidapi sakit kronik secara tiba-tiba.
Sudah tentu beliau memerlukan sumber kewangan yang berterusan untuk menampung kos perubatan dan dalam masa yang sama tidak mampu meneruskan kerjaya akibat sakit yang menimpa.
Jad semestinya duit simpanan akan digunakan sepenuhnya untuk menanggung kos rawatan. Apapun dengan pengurusan risiko, beban yang ditanggung mungkin berkurangan.
Jika si ketua keluarga tadi membeli insurans kerana ingin mengurangkan trauma atau beban ahli keluarga dan anak-anak. Ini bermakna beliau telah melaksankan pengurusan risiko demi mengurangkan tekanan kewangan yang bakal dialami oleh keluarga.
Ini jelas menunjukkan bahawa pengurusan risiko dalam kehidupan kita dan keluarga amat penting. Perlindungan tambahan seperti insurans konvensional mahupun takaful adalah sebagai tabungan masa hadapan.
Bekerja dan memperolehi pendapatan amat penting untuk meneruskan keberlangsungan hidup. Oleh itu, pengurusan risiko sedikit sebanyak boleh membantu mengurangkan kesan yang perlu ditanggung kesan daripada sesuatu musibah.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|