View: 2714|Reply: 0
|
Orphiro : Motorsikal Elektrik Moden Dengan Sentuhan Rekaan Klasik
[Copy link]
|
|
Elektrik tetapi Klasik
Motosikal elektrik semakin mendapat sambutan di negara-negara barat kerana inisitaif penggunaan kenderaan yang lebih mesra alam yang agresif di sana. Di Malaysia kita masih belum ada kesedaran menyeluruh untuk bertukar kepada kenderaan elektrik. Kebanyakkan kenderaan elektrik yang ada di pasaran sekarang mempunyai rekaan yang futuristik. Sebagai contoh motosikalShavit dan PMV I-Road yang kami pernah paparkan sebelum ini nampak seperti kenderaan dari filem masa hadapan. Orphiro ialah motosikal elektrik yang cuba lari dari cliche ini. Rekaan motosikal ini mempunyai sentuhan klasik motosikal 70an tetapi masih kelihatan kontemporari. Motosikal yang diperkasakan motor 75 Volt ini mampu memecut sehingga 120 KMJ dan mempunyai jarak penggunaan sehingga 100 kilometer. Harga sebuah Orphiro bermula dari USD 70 000 (RM210 000) sebuah.
Laporan asal Orphiro
kredit:www.blogserius.blogspot.com
|
|
|
|
|
|
|
| |
|