CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1123|Reply: 0

Goodyear Membawa Tayar Konsep Ke Geneva Motor Show

[Copy link]
Post time 16-3-2015 09:44 AM | Show all posts |Read mode


Goodyear telah membuat pendedahan terhadap teknologi terbaru tayar konsep di Geneva Motor Show baru-baru ini yang diberi nama BHO3 dan Triple Tube. Sudah tiba masanya teknologi tayar dipertingkatkan agar ianya lebih integrasi ke dalam teknologi kereta itu sendiri.
Konsep yang dibawa oleh model Goodyear BH03 ini ialah dengan kebolehan untuk mengecas bateri kereta elektrik dengan mengubah tenaga haba yang dihasilkan ketika geseran tayar dengan permukaan jalan untuk menjadi tenaga elektrik yang boleh dibekalkan kepada bateri kereta.
Dengan lebih banyak permintaan ke atas kereta eletkrik yang semakin membangun di persada dunia permotoran, teknologi seperti ini pasti banyak membantu terutamanya bagi menyelesaikan masalah di mana kereta elektrik pada masa ini kurang tenaga untuk bergerak pada jarak yang jauh.
Konsep kedua yang dibawa oleh Goodyear ialah konsep Triple Tube di mana tayar yang digunakan mempunyai 3 tiub yang akan beroperasi pada tekanan berbeza mengikut keadaan jalan raya. Tiub ini bergantung ke atas pam angin yang akan mengawal tekanan angin pada ketiga-tiga tiub itu bagi memastikan tayar berfungsi pada tahap paling optimum.

kredit:www.blogserius.blogspot.com



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 01:37 AM GMT+8 , Processed in 0.043174 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list