CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1253|Reply: 0

Malaysia layak ke separuh akhir pusingan kedua

[Copy link]
Post time 13-3-2015 11:15 AM | Show all posts |Read mode
SKUAD wanita negara layak ke separuh akhir selepas mengalahkan Ghana 2-0 pada saingan suku akhir pusingan kedua Liga Hoki Dunia di Stadium Nasional Major Dhyan Chand, New Delhi, hari ini.
          
        Malaysia, selaku pasukan ranking ke-21 dunia, membuka jaringan seawal minit ketiga menerusi pukulan sudut penalti oleh Norazlin Sumantri sebelum Anis Anis Nadia Onn menambah gol kedua menerusi jaringan padang pada minit ke-25.
          
        Pada saingan separuh akhir Sabtu ini, Malaysia akan menentang Poland.
          
        Sebelum itu, Poland, selaku naib juara Kumpulan A, menewaskan Rusia 4-2 pada satu lagi perlawanan suku akhir.
          
        Pengurus pasukan, Ernawati Mahmud yakin pasukan negara mampu mengatasiPoland, yang menghuni ranking ke-26 dunia, sebelum layak ke final.
          
        Katanya, keyakinan itu berdasarkan rekod tanpa kalah skuad bimbingan Nasihin Nubli Ibrahim serta tanpa membolos gol sepanjang saingan hingga peringkat suku akhir.
       
        Dalam pada itu, pasukan pilihan utama, India turut melangkah ke separuh akhir selepas membelasah Singapura 10-0.
          
        India akan berdepan dengan Thailand pada perlawanan separuh akhir.
          
        Thailand menempah slot separuh akhir selepas menang tipis 4-3 ke atas Kazakhstan dalam satu lagi perlawanan suku akhir.
          
        Dua pasukan terbaik pada kejohanan ini akan menempah tiket secara automatik ke pusingan separuh akhir Liga Hoki Dunia di Sepanyol dari 10 hingga 21 Jun ini dalam usaha melayakkan diri ke Sukan Olimpik di Rio de Janeiro tahun depan. - Bernama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 06:19 AM GMT+8 , Processed in 0.509755 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list