CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1697|Reply: 0

MBMB pakar 21 mata lama

[Copy link]
Post time 12-3-2015 10:30 AM | Show all posts |Read mode


PENGALAMAN beraksi peringkat lebih tinggi dan keupayaan menyerap tekanan sistem kiraan lama 21 mata, membolehkan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) B menjuarai Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) 2015, baru-baru ini.
       
        Mereka menewaskan Balik Batu B, 2-1 (13-21, 21-19, 15-7) dalam perlawanan akhir di Stadium KUIM, Kuala Sungai Baru, Melaka sekali gus merangkul hadiah wang tunai RM1,000 dan trofi yang turut menjadi rebutan 44 regu sepanjang kejohanan selama dua hari itu.
       
        MBMB B membariskan Muhammad Farid Abdul Aziz, Saiful Bajuri Noor dan Saiful Bakhtiar Suleiman menghampakan regu Balik Batu B yang terdiri daripada Shobil Sapair, Kamarul Arifin Saris dan Mohd Hamzi Azhar untuk sekadar beroleh RM700 selaku naib juara.
       
        Pengurus MBMB B, Mohd Harman Che Haron berkata, mereka hilang tumpuan set pertama dan set kedua tetapi mampu menyerap tekanan untuk kembali bangkit dan mengheret ke set penentuan.
       
        “Agak sukar mulanya bermain kembali dengan kiraan 21 mata lama ini (servis dipegang selagi tidak dimatikan lawan) namun saya fikir, pengalaman biasa bermain pada saingan bertaraf lebih tinggi, banyak membantu kejayaan kami,” katanya.
       
        Edisi kali ini membenarkan seorang pemain bertaraf negeri dalam sesebuah regu.

sumber:sinar harian

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 06:55 AM GMT+8 , Processed in 0.430678 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list