|
Dengan kemunculan Chromebook, pengeluar komputer cuba untuk mengeluarkan komputer pada harga yang semakin lama semakin murah. Microsoft juga tidak mahu ketinggalan dari penguasaan Google Chrome OS dalam PC dan laptop murah. Dengan itu HP telah tampil dengan dua model PC yang menjadi penyelesaian bagi kedua platform berkenaan, HP Stream mini dan Pavilion mini.
HP Stream mini dan Pavilion mini Murah dan ComelHP Stream mini dan Pavilion mini merupakan dua model PC kecil yang diperkenalkan HP bagi mewakili platform Chrome OS dan Windows 8.1. Kedua-dua PC ini akan mula dijual pada 14 Januari dan banyak bergantung kepada cloud sebagai ruang storan utamanya.
Pada harga USD 180, HP Stream mini merupakan model yang lebih murah, serta menjalankan Chrome OS. Ia dikuasakan cip Celeron dan dilengkapi 2GB RAM dan 32GB ruang storan. Memandangkan ruang storannya yang kecil, ia didatangakan dengan langganan 2 tahun percuma perkhidmatan HP OneDrive sebanyak 200GB membolehkan pengguna menyimpan fail secara atas talian.
Pada harga USD 320 pula, HP Pavilion Mini dilengkapi pemproses yang lebih berkuasa, 4GB RAM dan 500GB ruang storan. Kedua-duanya menampilkan rekabentuk ringkas yang sama, dengan beberapa port USB 3.0 dan butang kuasa di bahagian hadapan, manakala display port dan jek audio di bahagian belakang. Komputer-komputer ini juga hanya memerlukan 45 watt untuk beroperasi, iaitu lebih kurang sama banyak tenaga yang digunakan oleh mentol lampu.
kredit:www.techkini.com
|
|