CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1918|Reply: 0

Steam Machine Syber Mula Ditawarkan Lewat 2015

[Copy link]
Post time 10-3-2015 01:27 AM | Show all posts |Read mode
Syber, salah satu divisyen syarikat CyberPowerPC telah memperkenalkan barisan produk Stream Machine keluarannya pada acara Game Developers Conference 2015 (GDC 2015) yang berlangsung dari 2-6 Mac 2015 di San Francisco, California. CyberPowerPC merupakan salah satu rakan niaga Steam Machine Valve yang diumumkan pada Januari 2014 lalu.

Steam Machine Syber Mula Ditawarkan Lewat 2015Syber, sebuah divisyen syarikat CyberPowerPC telah melancarkan barisan produk Steam Machine keluarannya pada acara GDC 2015 di San Francisco, California. Syarikat yang menjadi rakan niaga Valve sejak Januari 2014 itu pada mulanya mempunyai hanya satu produk Steam Machine yang boleh disuaikan dengan perkakasan berbeza, tetapi tahun ini ia akan melancarkan 6 model baru peranti tersebut.

Enam model itu termasuk Steam Machine-Mini, Steam Machine-Mercury dan Steam Machine-Switch, di samping Steam Machine-P, Steam Machine-K dan Steam Machine-X.

Syber Steam Machine-E yang berharga USD 450 merupakan model permulaan dan dilengkapi pemproses quad Core AMD dan ked grafik NVIDIA® GeForce GTX manakala model tertinggi pula adalah Steam Machine-X yang berharga USD1,400.

Semua enam model boleh disuaikan dengan pelbagai warna termasuk tona warna jingga baru di samping perkakasan dari Intel, AMD, Radeon dan Nvidia. Steam Machine Syber akan dilancarkan bersama peranti dari pengeluar lain pada musim luruh tahun ini (September-November).

kredit:www.techkini.com


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 02:03 PM GMT+8 , Processed in 0.038693 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list