View: 1627|Reply: 0
|
BEREGU MALAYSIA MARA KE PUSINGAN SETERUSNYA
[Copy link]
|
|
Saingan Badminton All England diteruskan dengan kejayaan kedua-dua beregu sandaran negara berjaya mara ke pusingan kedua setelah wakil tunggal beregu lelaki negara iaitu Goh V Shem dan Tan Wee Kiong memenangi perlawanan pertama mereka sebentar tadi. Manakala beregu campuran negara Tan Aik Quan dan Lai Pei Jing juga mara ke pusingan seterusnya selepas mengalahkan beregu dari korea.
Pasukan Beregu Lelaki negera bermula positif selepas mudah mengalahkan pemain dari Jerman dengan keputusan 21-13 , 21-14 . Beregu muda negara itu mengambil masa 28 minit untuk mara ke pusingan seterusnya. Desas desus mengatakan mereka akan bertemu dengan beregu no 1 dunia Lee Yong Dae dan Yoo Yeon Seong itu ternyata tidak menjadi kenyataan apabila beregu utama korea itu tewas di tangan pemain tinggi lampai dari Denmark. Beregu Malaysia akan bertemu beregu dari Denmark itu hari di gelanggang utama kejohanan.
Cerita berbeza pula di gelanggang beregu campuran, di mana gandingan beregu negara terpaksa berhempas pulas bermain sehingga ke set penentuan yang berlangsung selama 58 minit. Keputusan 21-19, 19-21 dan 21-19 mengaksikan perlawanan sengit diantara kedua-dua pasukan tersebut. Mereka dijangka akan bertemu beregu pilihan pertama kejohanan Zhang Nan dan Zhao Yunlei pada pusingan kedua yang bakal berlangsung hari ini.
sumber:www.duniasukan.com
|
|
|
|
|
|
|
| |
|