CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2602|Reply: 0

BAM terima tajaan Victor

[Copy link]
Post time 4-3-2015 09:03 AM | Show all posts |Read mode


                            PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) memeterai perjanjian dengan penaja baharu, Victor (Taiwan) untuk tempoh enam tahun melibatkan jumlah tajaan bernilai RM60 juta merangkumi peralatan seperti raket, pakaian dan kasut.
        Setiausaha Kehormatnya, Ng Chin Chai berkata, penajaan tersebut akan  memberi keuntungan kepada pemain dan pengurusan.
        "Sebelum ini, penaja utama BAM ialah Yonex yang bersama kita hampir 15 tahun, pastinya sumbangan diberikan begitu dihargai.
       
        "Namun untuk kali ini kita mengambil kira kebaikan bersama dan tawaran di kemukakan Victor memang sesuai.
       
        "Sudah tentu keuntungan kepada pemain dari segi kewangan yang disalurkan lebih baik berbanding sebelum ini dan secara tidak langsung bakal dinikmati pemain, persekitaran latihan yang berkualiti untuk membawa memastikan prestasi pemain meningkat," katanya ditemui selepas majlis Persefahaman Penajaan di antara BAM dengan Victor di Bukit Kiara semalam.
       
        Turut hadir, Presiden BAM, Tengku Mahalel Tengku Ariff dan Pengerusi Victor, Chen Den-Li dan Pengarah Urusan Victor (Malaysia), Datuk Alex Ong.
       
        Tengku Mahalel berkata, melalui penajaan tersebut ia akan mempertingkatkan corak permainan pemain untuk terus bersaing.
       
        "Pastinya ia keputusan positif dan jumlah tajaan tersebut merangkumi pembangunan serta penyelidikan sukan badminton bagi mengembalikan kegemilangan di mata dunia," katanya.
               
sumber:sinar harian



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 06:47 AM GMT+8 , Processed in 0.061116 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list