View: 4439|Reply: 0
|
Rahsia Bahasa Tubuh Kaum Adam
[Copy link]
|
|
LadyLista - Lelaki oh lelaki, sukarnya nak meramal apa yang bermain di benak hatinya. Dalam kesamaran itu, terdapat tingkah lakumu yang boleh ditafsirkan secara kasar. Kata orang, setiap perbuatan kita mencerminkan keperibadian. Bersama REMAJA memahami di sebalik bahasa tubuh sang jejaka.
1.Merenung Tajam
Pernah atau tidak kamu berhadapan dengan lelaki yang gemar merenung tajam tika kamu berborak mesra? Sebenarnya perbuatan ini menggambarkan mereka seorang yang peminta dan ingin mengetahui apa yang mampu kamu tawarkan kepadanya. Menyeramkan bukan? Tetapi itulah yang diminta lelaki yang berkelakuan seperti ini.
![](http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201502/25/113111kogo36gcoos9k9b3.jpg)
2.Rapatkan Badan
Opss rapatnya posisi tubuhnya padamu! Sebenarnya apabila jejaka merapatkan badannya ketika berbual, ia melambangkan mereka seorang yang mempunyai daya penarik dan kadang kala ia boleh bersifat keterlaluan. Jadi berhati hatilah wahai gadis.
3.Tangan & Badan Asyik Bergerak
Terdapat juga lelaki yang gemar menggerakkan anggota badan seperti tangan dan badan apabila bermesra. Lelaki seperti ini merupakan seorang yang cukup bertanggungjawab dan mempunyai perasaan cinta yang sangat mendalam. Pergerakan ini melambangkan betapa besar cintanya pada kamu dan sebagai bukti kesungguhan beliau. Adakah kamu suka lelaki seperti ini?
Baca selanjuutnya sini : http://bit.ly/1LFGbEU |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|