CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1852|Reply: 1

Takraw mengelilingi Eropah

[Copy link]
Post time 18-2-2015 08:43 AM | Show all posts |Read mode

                            PERCAYAKAH anda sukan sepak takraw kini dikenali di pentas Eropah, ini bukan sekadar cakap kosong tetapi itulah dibuktikan Ahmad Hasan bersama rakan seperjuangan yang juga bekas pemain kebangsaan Ahmad Jais Baharom dan Suhaimi Yusuf serta beberapa orang penting dalam sukan warisan tersebut.
       
        Perancis, Switzerland, Jerman, Itali, Belgium, London dan Austria antara beberapa negara dilawati Ahmad dalam memberi pendedahan kepada penuntut pra universiti bermula 2005 sehinggalah 2011.
         
       
        Mula diiktiraf
       
        Mula aktif menyertai sukan warisan sejak di bangku persekolahan, Ahmad bukanlah asing di kalangan penggerak sepak takraw walaupun tidak mewakili skuad kebangsaan bersama-sama Zabidi Sharif, pada ketika itu tetapi sumbangan kepada pembangunan sukan tersebut tidak perlu dipertikaikan.
       
        Manakan tidak, Ahmad yang dilahirkan di Pulau Pinang yang kini bertugas sebagai Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dianugerahkan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) 2012 oleh Sultan Selangor di atas penglibatan dan sumbangan sepak takraw di Selangor.
       
       
        Beri pendedahan
       
        Baginya, sukan tersebut banyak memberi pendedahan mengenali dunia luar serta berkongsi pengalaman bagi memastikan sepak takraw terus dikenali pada masa akan datang.
        “Rata-rata bengkel dan taklimat di beberapa negara Eropah memberi impak positif di mana peserta yang kebanyakan terdiri dari  pelajar sekolah dan pra universiti begitu tertarik dengan sukan warisan ini.
       
        “Dapat saya rumuskan, takraw kini bukanlah asing di Eropah dan tidak mustahil negara tersebut mampu menjadi pencabar Malaysia pada masa akan datang,” katanya yang mendapat dorongan serta sumbangan dari Gajah Emas serta UMBC pada awal pembabitannya dalam sukan takraw ini.
         
       
        Masih aktif
       
        Memiliki empat anak, seorang perempuan dan tiga lelaki berusia enam hingga 14 tahun hasil perkongsian hidup dengan Fariyal Arif, calon Olahragawan Majlis Kebajikan Dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) Kebangsaan 2013 yang bermain di posisi pelibas (killer) begitu aktif dalam sukan tersebut sehinggalah memenangi banyak gelaran di peringkat kebangsaan.
       
        Masih aktif walaupun berusia 41, Ahmad yang kini mampu beraksi sebagai tekong dan feeder percaya kemenangan regu kebangsaan mengatasi musuh tradisi di kejohanan Super Siri Istaf 2015 di Melaka mampu mengembalikan kegemilangan takraw.
       
        “Kemenangan itu begitu berharga, takraw kini kembali ke landasannya. Saya harap pemain meneruskan momentum kemenangan, tiada yang mustahil jika kita bermain penuh semangat dan ia terbukti dengan menewaskan Thailand,” katanya yang menjadi
        Ahli Jawatankuasa Pembangunan Skuad Elit Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) dan Ahli Jawatankuasa Persatuan Sepak Takraw Selangor.
       
       
        Profil
        Umur: 41
        Tarikh Lahir: 24 Mac 1974
        Asal: Pulau Pinang
        Nama Isteri: Fariyal Arif
        Bilangan Anak: Empat (1 Perempuan, 3 lelaki)
        Pekerjaan Sekarang: Timbalan Pengarah Jabatan
        Pembangunan Masyarakat Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ)
        Penglibatan dan Pencapaian dalam sepak takraw:
        • 1993 – Pingat Perak Kejohanan Sukan-Sukan Asian (Singapura)
        • 1996 – Pingat Perak Kejohanan Universiti Asian (Brunei)
        • 1998 – Johan Terbuka Kluang (Perilly’s) , Johor
        • 1999 hingga 2014 – Pengurus dan pemain MAKSAK
        • 2000 – Johan Piala Menteri Besar ( Perilly’s) Kedah
        • 2000 – Johan Jemputan Dunia (Piala Isa) di Seremban
        • 2001 – Kejohanan Sepak Takraw Melayu Sedunia (Indonesia)
        • 2001 – Johan Piala Perdana Menteri , Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
        • 2002 – Johan Sepak Takraw MAKSAK
        • 2008 hingga 2009 – Johan Sepak Takraw MAKSAK
        • 2011 hingga 2012 – Johan Sepak Takraw MAKSAK
        • 2013 – Calon Olahragawan MAKSAK Kebangsaan
        • 2014 – Pemain Terbaik Kejohanan MAKSAK (Labuan)
               
                                                                                                                                                                                                                                                         
sumber:sinar harian


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2015 09:44 AM | Show all posts
dalam kebanyakan org yg aku jumpa
org yg pandai takraw selalunya pandai main bola
org yg pandai main bola xsemestinya pandai takraw
sori tt off topik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 06:50 AM GMT+8 , Processed in 0.042522 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list