View: 1959|Reply: 4
|
CENTHRA dan MuslimUPRo ...The Geneva Matters
[Copy link]
|
|
Assalamualaikum warahmatullah kepada semua pembaca dan pelayar board ini,
berikut adalah update atau langkah kerja terkini CENTHRA dan MuslimUPRo...
rajin sungguh depa berfikir dan bekerja ...
semoga usaha diberati untuk mendepani cabaran masa kini.
sapa yg tak faham ikutlah isu yg dibawa COMANGO.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 12-8-2016 04:58 AM
Perkukuh jaringan kerjasama Islam:
Azril Mohd. Amin | 13 Februari 2015 1:17 AM
PUSAT Penyelidikan dan Ad-vo-kasi Hak Asasi Manusia (Centhra) telah mengorak langkah proaktif menjalin hubungan dengan Pertu-buhan Kerjasama Islam (OIC) yang be-ribu pejabat di Jeddah, Arab Saudi.
Ini dilakukan sebagai sebahagian usaha meluaskan jaringan antarabangsa demi memperkukuh inisiatif memberi kefahaman hak asasi manusia dari perspektif Islam. Usaha proaktif tersebut dizahirkan dengan kunjungan hormat penulis ke atas Setiausaha Agung OIC Tan Sri Dr. Iyad Ameen Madani di Jeddah baru-baru ini.
Pertemuan yang berlangsung kira-kira 45 minit di kediaman tokoh itu memberi ruang kepada penulis memperkenalkan Centhra secara rasmi kepada OIC dan berkongsi tentang perkembangan usaha-usaha penyelidikan dan advokasi yang dijalankan para felo dan aktivisnya.
Pada Oktober 2013, satu memorandum dikemukakan bagi menyatakan pendirian pertubuhan bukan kerajaan Islam (NGI) yang bergabung di bawah Gabungan Pertubuhan-pertubuhan Islam Bukan Kerajaan Dalam Proses Semakan Berkala Sejagat (MuslimUPRo) berkenaan beberapa isu yang timbul apabila Malaysia menjalani proses semakan berkala sejagat (Universal Periodic Review atau UPR) di Majlis Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
Berkat permuafakatan dan keikhlasan pemimpin NGI, memorandum tersebut yang mengandungi penegasan NGI terhadap tuntutan-tuntutan hak asasi yang tidak munasabah yang dikemukakan Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (COMANGO) di dalam laporannya kepada Majlis Hak Asasi Manusia telah diterima baik Sekretariat OIC di Jeddah. Gabungan NGI yang sama kemudiannya meneguh iltizam dan kesepakatan untuk melahirkan Centhra bagi meneruskan usaha menyemarakkan kefahaman dan membuat tindakan proaktif menangani isu-isu hak asasi manusia dari perspektif Islam.
Pelantikan Dr. Iyad sebagai Setiausaha Agung OIC secara rasmi diisytiharkan di Sidang Kemuncak OIC ke-12 di Kaherah pada 8 Februari 2013. Melalui pengalaman luas sebagai seorang diplomat dan negarawan, beliau menyatakan beberapa pandangan dan keprihatinannya tentang kegiatan NGI, khususnya mengenai keperluan untuk NGI berada di barisan hadapan wacana awam tentang hak asasi manusia dan mengambil iktibar pengalaman beberapa negara Islam yang terlibat di dalam isu-isu hak asasi manusia.
Bagi Dr. Iyad, umat Islam tidak harus sekadar selesa mengkritik situasi-situasi pelanggaran hak asasi manusia yang berlaku di negara masing-masing, tetapi harus benar-benar memahami dengan baik latar belakang, sejarah dan implikasi setiap perjanjian-perjanjian hak asasi manusia serta mengemukakan respon dan gagasan penyelesaian Islam terhadap isu-isu yang dikritik.
Semasa pertemuan itu, beberapa isu penting melibatkan keprihatinan Centhra dikongsi penulis bersama Dr. Iyad. Penulis menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap inisiatif yang telah dimulakan untuk melahirkan resolusi di PBB bagi mengutuk tindakan penghinaan terhadap agama, khususnya Islam. Draf usul tersebut telah dikemukakan Arab Saudi kepada Majlis Hak Asasi Manusia untuk dibahaskan pada Mac kelak.
Centhra percaya bahawa isu-isu seumpama ini sangat perlu disokong dan diluaskan oleh kerana fenomena penghinaan terhadap agama, seperti mana yang berlaku yang menjadi latar belakang peristiwa Charlie Hebdo baru-baru ini nampaknya semakin parah dan boleh melumpuhkan terus keharmonian hidup beragama masyarakat dunia sekiranya tidak diperbetulkan segera oleh pemimpin dunia.
Malaysia sewajarnya menyokong penuh usaha melahirkan resolusi PBB ini, sebagai penegasan komitmennya menentang sebarang tindakan penghinaan terhadap agama yang juga merupakan satu bentuk ekstremisme.
Centhra juga menyatakan sokongan terhadap usaha OIC memperbaiki keadaan hak asasi manusia dalam kalangan anggotanya. Dr. Iyad mengemukakan pandangan khusus mengenai usaha OIC menangani isu dan permasalahan yang melanda umat Islam Rohingya di Myanmar. Malaysia memainkan peranan yang strategik dalam usaha ini dengan adanya kepimpinan bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar sebagai Duta Khas OIC ke Myanmar.
???? Syed HAmid Albar is assigned for this? hmmmm....interesssting...
Langkah ini pada hakikatnya menyerlahkan kepimpinan Malaysia untuk menangani salah satu isu hak asasi manusia yang sensitif dewasa ini oleh kerana melibatkan negara dalam kalangan anggota ASEAN. Centhra percaya bahawa Syed Hamid mampu memainkan peranan bijaksana dalam memastikan hak kaum Rohingya yang tertindas dapat diperjuangkan secara adil dan saksama, tanpa mengetepikan kerajaan Myanmar sebagai rakan ASEAN.
Selain itu, Centhra juga menyatakan komitmen membantu di dalam memperkukuh peranan yang dimainkan Suruhanjaya Tetap Bebas Hak Asasi Manusia OIC (IPHRC) dengan kesediaan melibatkan diri dalam sesi-sesi interaktif dan ini-siatif-inisiatif yang dijalankan IPHRC dan memerlukan penglibatan organisasi masyarakat sivil.
IPHRC merupakan sayap strategik OIC dalam memperkemas usaha-usaha menangani isu-isu hak asasi manusia. Penubuhan IPHRC pada bulan Jun 2011 sangat kena pada masanya di kala umat Islam dahagakan panduan dan kepimpinan untuk menangani isu-isu hak asasi manusia.
Sebagai negara yang sangat didambakan kepimpinannya dalam kalangan negara OIC, Malaysia memainkan peranan penting untuk mencorak arah tuju IPHRC dan memastikan tujuan-tujuan penubuhannya dicapai secara berkesan.
Adalah diharapkan dengan terjalinnya hubungan yang erat di antara Centhra dan OIC, maka lebih banyak NGI yang akan mengorak langkah yang sama demi mencetuskan gelombang baru aktivisme hak asasi manusia di antara masyarakat sivil dan organisasi bersifat umatik yang mempunyai 57 keanggotaan di kalangan negara-negara Islam.
PENULIS ialah peguam dan Ketua Eksekutif Centhra.
- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/perkukuh-jaringan-kerjasama-islam-1.58945#sthash.yj9p2IWq.dpuf |
|
|
|
|
|
|
|
syabas Ustaz Nasha dan kumpulan bersama sama di geneva.. |
|
|
|
|
|
|
|
UPR: proses penting untuk negara
Demi memelihara kemaslahatan hak-hak asasi manusia di Malaysia
11 Ogos 2016 5:00 PM
PADA 2018 Malaysia akan menghadapi pusingan ketiga Semakan Berkala Sejagat ataupun Universal Periodic Review (UPR) di hadapan Majlis Hak Asasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva Switzerland. Sidang tersebut bakal menilai prestasi hak asasi manusia Malaysia, selain meneliti syor-syor yang diterima Malaysia pada pusingan-pusingan sebelumnya.
Pada sidang tersebut negara-negara anggota PBB bakal memberikan syor terhadap pembangunan hak asasi manusia di negara ini. Isu hak asasi manusia dalam sidang tersebut sebenarnya secara umum mengandungi tiga bahagian iaitu laporan negara yang dinilai prestasinya, syor-syor dan laporan negara lain serta laporan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Saya tidak berhasrat untuk mengulas dua bahagian pertama laporan tersebut tetapi sebagai pemimpin sebuah pertubuhan NGO, amat penting untuk berkongsi pengalaman dalam bahagian terakhir tersebut. Laporan daripada NGO amat penting untuk penelitian negara yang dinilai prestasi hak asasi manusianya, negara lain serta pihak PBB sendiri.
Kepentingan NGO menyertai proses UPR ini tidak boleh diketepikan. Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) pada 15 hingga 27 Julai lalu menghantar delegasi yang agak besar bagi memahami selok belok UPR dan membantu Malaysia meningkatkan prestasi hak asasi manusianya. Dalam sesi tersebut delegasi PPMM didedahkan tentang kaedah-kaedah membuat laporan NGO, menghantar maklumat kepada Rapportuer Khas PBB, mengendali sidang selari, berdialog dengan pegawai-pegawai PBB berkaitan dan melawat Palais des Nations iaitu tempat persidangan UPR.
Maklumat dan pendedahan yang diperoleh amat penting khususnya bagi mereka yang bergiat sebagai aktivis dalam bidang hubungan antarabangsa dan hak asasi manusia.
Badan antarabangsa mestilah memahami perlu ada pengubahsuaian tertentu dalam mengimport norma antarabangsa ke sesuatu negara. Malah pengubahsuaian ini juga disebut dalam beberapa konvensyen antarabangsa.
Di Malaysia, agama khususnya agama Islam amat sebati dalam kehidupan umat Islam. Agama tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan umat Islam. Oleh hal yang demikian hak asasi di Malaysia tidak mempunyai apa-apa masalah untuk dilaksanakan selagi tidak bertentangan dengan agama Islam yang dinobatkan bukan sekadar agama rasmi tetapi sebagai agama Persekutuan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/agama/upr-proses-penting-untuk-negara-1.369086#sthash.2Eqgyelv.dpuf
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 12-8-2016 04:58 AM
Bagi saya terlalu banyak isu hak asasi yang boleh diperjuangkan dalam arena yang tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Graduan zamalah kendalian PPMM dengan kerjasama badan antarabangsa di Geneva baru-baru ini akan meneroka bidang-bidang hak asasi manusia untuk diperjuang bagi membantu negara meningkatkan prestasi hak asasi manusia.
Insya-Allah di peringkat PPMM akan digiatkan suatu sekretariat hak asasi manusia untuk matlamat tersebut. Diharapkan NGO-NGO Islam lain juga akan bersama-sama bergerak ke arah itu. Tanpa menidakkan sumbangan NGO dan badan-badan lain dalam mempertahan Perlembagaan Persekutuan di Malaysia, PPMM mengorak langkah mempergiat usaha mempertahan Perlembagaan Persekutuan khususnya berkaitan Islam, Melayu dan raja-raja Melayu di samping meningkatkan prestasi hak asasi manusia di Malaysia selagi ia tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Isu-isu hak asasi manusia seperti hak mendapatkan tempat tinggal yang sesuai, hak mendapat pendidikan, hak Orang Asli, hak orang kurang upaya (OKU) dan banyak lagi yang perlu diperjuang bagi menjaga kebajikan rakyat jelata. Kita perlu bersama-sama dalam isu kebajikan rakyat sebegini merentasi garisan agama ras dan budaya.
Perancangan perlu dilakukan dari sekarang, pasak perlu dipadukan pada hari ini, simpulan perlu diikat ketat ketika ini agar pada waktu menghadapi UPR nanti kita tidak dinafikan hak bersuara.
Isu moral atau akhlak amat disantuni dalam masyarakat Malaysia. Kawalan moral juga umpamanya bukan merupakan trauma di Malaysia malah ia amat dialu-alukan bagi menjamin kesejahteraan rakyat. Undang-undang berpaksikan moral manakala moral pula berpaksikan agama.
UPR adalah proses penting bagi negara. Negara perlu menyertainya bagi tujuan menilai prestasi hak asasi manusianya. NGO pula perlu berperanan memastikan hak asasi manusia ini dilaksanakan, di samping tidak membelakangi keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.
Kedudukan hak asasi manusia di Malaysia sangat unik. Ia bukanlah hak muktamad sehingga tiada batasannya tetapi undang-undang boleh dibuat bagi mengawal hak asasi manusia ini atas kepentingan yang lebih besar termasuklah keluhuran Perlembagaan, kedaulatan undang-undang, susur budaya dan nilai masyarakat serta aspek keagamaan yang sudah sebati di dalam masyarakat arus perdana.
Kali ini diharapkan tidak ketinggalan sekali lagi. Langkah awal mesti digarap supaya upaya untuk menghadapi UPR dapat dijalankan dengan tuntas.
Sebagaimana Malaysia tidak mahu memaksa negara lain mengikut sosiobudayanya begitulah Malaysia jangan ditunjuk apa yang perlu dilakukan dan apa yang tidak perlu.
UPR adalah suatu proses yang mana Malaysia tidak dapat menolak daripada menyertainya.
Ia proses sejagat, setiap negara dinilai prestasi hak asasi manusianya.
Apa yang perlu dilakukan ialah terus menyertai UPR bagi memberi kefahaman kepada masyarakat antarabangsa betapa perlunya sesuatu norma itu disebatikan dalam diri sesuatu masyarakat dan tidak memaksa sesuatu negara menerima suatu yang asing untuk dilaksanakan.
Di dalam UPR kali pertama tiada NGO Islam mengambil bahagian semasa proses tersebut.
Semakan kedua pula hanya beberapa NGO Islam sahaja yang sempat hadir tetapi tidak dapat mengemukakan laporan masing-masing kerana telah agak lewat.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|