CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1574|Reply: 2

Yatt Hamzah berniaga sambil beramal

[Copy link]
Post time 26-1-2015 10:13 AM | Show all posts |Read mode

               

                     
                                                                                                                        
  •                                                                                                                                                         Yatt Hamzah. - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB
                                                               


                        
           SEJAK kebelakangan ini, ramai selebriti mula cenderung ke arah bidang perniagaan. Ada yang menjadikan bidang perniagaan sebagai sumber pendapatan sampingan, ada yang menjadikan bidang perniagaan sebagai hobi di masa lapang dan tidak kurang juga menjadikan bidang perniagaan sebagai pendapatan untuk masa depan.
         
        Namun ada juga yang menjadikan bidang perniagaan sebagai salah satu cara mengumpul dana untuk didermakan kepada pihak lain.
         
        Begitulah yang dilakukan oleh aktres, Yatt Hamzah atau nama sebenarnya Haryati Hamzah sejak dua tahun lalu.
         
        Dia yang mendapat ilham untuk memulakan perniagaan sekembali dari Kembara Bumi Gaza, telah mula berjinak dengan perniagaan secara atas talian pada Mei 2013. Sebulan selepas itu, Yatt mengorak langkah dengan membuka butik pertama, Suci by Yatt Hamzah di Busana@Menara Mara, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
         
        Sejak awal pembukaannya lagi, Yatt sudah mencipta kelainan daripada jenama-jenama lain apabila menerapkan konsep membeli sambil beramal kerana sebahagian hasil jualan akan disalurkan ke tabung kemanusiaan yang berperanan menyumbang kepada golongan yang memerlukan.
         
        “Sebagai Duta Keamanan Majlis Pertubuhan dan Perundingan Islam Malaysia (MAPIM), Suci by Yatt Hamzah telah bekerjasama dengan pihak MAPIM dalam usaha mengumpul dan menyalurkan dana baik di Malaysia mahupun di luar Negara seperti Palestin, Syria, Rohingya dan Mesir,” katanya.
         
        Kini jenama Suci by Yatt Hamzah terus diperluaskan dan terbaru, pelakon dan pengacara berusia 35 tahun ini telah membuka cawangan butik di Seksyen 7, Shah Alam dan bakal membuka sebuah lagi cawangan di Wangsa Melawati pada Februari 2015.
         
        “Alhamdulillah saya tak sangka pembukaan cawangan Suci by Yatt Hamzah akan mendapat sambutan yang cukup mengalakkan ketika pembukaan hari pertamanya semalam (kelmarin). Bayangkan kami cadang untuk menjalankan perniagaan dari jam 11 pagi hingga 8 malam.
         
        “Tapi sejak jam 10 pagi, orang ramai sudah mula beratur dan kami hanya tutup perniagaan pada jam 9.30 malam. Sepanjang tempoh itu, orang memang tidak putus datang dan dalam masa yang sama, saya dapat mengutip dana untuk disalurkan ke Tabung Syria,” ujarnya teruja.
         
        Bercerita lanjut mengenai Tabung Syria, Yatt berkata, pada 25 Februari ini dia bersama Heliza Helmi, dan 25 orang sukarelawan di bawah MAPIM dan badan bukan kerajaan, Ghiras akan ke Syria bagi menyalurkan Dana Bantuan Kecemasan Musim Sejuk Rescue Syria.
         
        Katanya, mereka akan membawa bantuan baju sejuk, makanan tahan lama seperti gula-gula dan ubat-ubatan.
         
        “Kami juga akan membawa wang yang disalurkan oleh rakyat Malaysia dan ditukarkan ke mata wang Syria, kemudian kami akan turut membeli alat pemanas bagi memudahkan mereka menghadapi cuaca musim sejuk yang melanda Syria kini.
         
        “Jadi sehingga kini, kami masih mengharapkan sumbangan daripada rakyat Malaysia untuk disalurkan ke sana kerana sebagai ibu, saya cukup tersentuh apabila ada bayi yang mati kerana tidak tahan dengan cuaca sejuk,” katanya yang akan berada di sana selama seminggu.
         
        Jelas Yatt, mereka tidak hanya fokus memberi bantuan kepada Negara luar, sebaliknya mereka sudah dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan bantuan turut diberikan kepada rakyat Malaysia sendiri.
         
        “Macam sekarang, beberapa negeri masih berhadapan dengan banjir dan pemulihan selepas banjir, jadi kami sudah dibahagian kepada beberapa kumpulan yang memberi fokus kepada negeri atau Negara mengikut kumpulan yang dibahagikan,” jelasnya.
         
        Yatt berkata, segala bantuan boleh dihulurkan terus kepada www.tabungsyria.com atau berhubung dengan Naib Presiden MAPIM, Aziz di talian 0196011617.
         
         
        Berundur seketika
         
        Ditebak mengenai kariernya dalam bidang seni yang dilihat semakin suram, Yatt berkata, dia tidak berhasrat untuk berundur dari bidang yang dicintainya.
         
        Sebaliknya terpaksa berundur seketika demi memberi fokus terhadap bidang perniagaan.
         
        “Kata orang cinta perlukan pengorbanan dan begitulah yang dihadapi saya kini. Saya amat mengutamakan kualiti, jadi buat masa ini saya perlu berundur seketika daripada bidang seni untuk memberi fokus terhadap bidang perniaggan.
         
        “Namun sasaran saya menjelang akhir 2015 atau awal 2016, saya mahu kembali aktif.
         
        “Bagaimanapun andai tiada tawaran yang sesuai dengan prinsip saya, saya berhasrat untuk membikin drama atau filem sendiri yang mengangkat konsep Islamik,” katanya.
         
        Selain sibuk dengan bidang perniagaan dan menjadi Duta Keamanan MAPIM, yang memerlukan Yatt mengikuti jelajah kempen kesedaran membantu rakyat Syria dan Palestin, Yatt juga turut menjadi Ikon Yadim (Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia).

         
        “Sebagai Ikon Yadim, saya banyak bergerak ke pusat pengajian tinggi untuk memberi motivasi kepada remaja dan selain itu sering dijemput menjadi artis jemputan untuk program ilmuwan di mana kita berkongsi kisah yang dilalui sebelum dan selepas penghijrahan,” katanya.

sumber:sinar harian

               
            

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2015 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah. Moga sukses to yatt
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2015 01:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Moha terus kan usaha anda Dan sukces selalu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:56 PM GMT+8 , Processed in 0.065053 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list