:: ini adalah plu. sila fikir banyak kali sebelum baca, jika mahu baca juga, pastikan anda seorang yang open minded. ini hanyalah tulisan sampah seorang remaja. :: originally by afiy.
Rintik hujan masih rajin membasahi bumi. Tak pernah lelah mencurahkan air dari langit sejak senja hadir. Sesekali petir memecah hening. Malam kian larut diselubungi rasa dingin yang mencengkam. Dalam satu kamar, lampu menerangi segenap ruang dan dua anak remaja masih berjaga.
''Awak, esok saya dah pindah. hmm'' Syazlin membuka bicara setelah beberapa ketika mereka berdiam diri.
''Okay. '' jawab Zanirah acuh tak acuh sambil menyelak-nyelak majalah yang baru dibelinya.
Sudah berkali-kali Syazlin memberitahunya. Melihat Zanirah tidak memberi respon yang diinginkan, Syazlin memilih untuk berdiam diri. Dia melemparkan tubuh berbaring mengiring membelakangkan Zanirah. Tanpa disedar airmatanya jatuh. Hatinya sebak, terguris pilu kerana dia berkehendak Zanirah setidak-tidaknya akan turut berasa sedih apabila akan berjauhan dengan dirinya tetapi sebaliknya pula yang dirasakan Zanirah. Zanirah seolah-olah tidak mempunyai perasaan sedih untuk berjauhan dengan Syazlin.
Zanirah dan Syazlin adalah rakan sekelas. Mereka menjadi akrab setelah Syazlin bertukar ke sekolah disini beberapa bulan yang lalu. Syazlin adalah seorang lesbian yang pandai menutupi perasaan terlarangnya itu.
Ibu dan bapa Syazlin kini sudah bercerai kerana bapanya ditangkap khalwat bersama wanita sepejabatnya dan bapanya sudah pun mengaku yang mereka memang sukakan satu sama lain. Syazlin kini tinggal bersama ibunya. Sejak bapa dan ibunya bercerai, perasaan suka terhadap lelaki kian pudar dalam diri Syazlin dan dia menyedari dirinya lesbian adalah apabila dia bertemu Zanirah.
Zanirah pula seorang tomboy yang masih mempunyai perasaan terhadap yang bergelar lelaki. Kasar Zanirah hanya luaran sahaja mungkin kerana dia anak tunggal perempuan dalam keluarganya. Ibu Zanirah telah lama meninggal dunia. Zanirah tinggal bersama ayah dan dua lagi orang abangnya. Zanirah tidak pernah menganggap Syazlin sebagai teman baiknya kerana dia tidak suka mempunyai teman baik sebaliknya lebih senang berkawan biasa. Tetapi tidak tahu mengapa rakan-rakan kelasnya menganggap Zanirah dan Syazlin adalah teman baik dan ada juga rakan pernah menanyakan adakah mereka pasangan lesbian. Zanirah agak terkejut dengan pertanyaan itu dan menafikannya. Manakala Syazlin tidak berkata apa-apa. Sejak hal itu, Zanirah cuba menjauhkan diri dari Syazlin hingga sekarang. Kerana itulah Zanirah tidak berasa sedih kalau Syazlin pindah sekali pun.
Setelah lama membelek-belek majalah itu, Zanirah pun berasa mengantuk lalu tidur. Syazlin masih belum dapat melenakan dirinya. Syazlin bangun dan mengambil diarinya. Diluahkan perasaannya kepada diari itu. Waktu itu dirumah Syazlin, dia meminta Zanirah menemaninya kerana esok dia akan berpindah dan mungkin tidak dapat berjumpa lagi.
Setelah habis isi hatinya dicurahkan kepada diari itu, dia pun menyimpan diari itu didalam laci meja. Dia merebahkan badannya bersebelahan dengan Zanirah. '' Kenapa awak tak paham yang saya suka kan awak? Kenapa awak tak pernah menyatakan perasaan awak pada saya? Apa kurangnya saya? Atau awak sudah ada yang punya?? Kenapa awak? Kenapa ? '' detik hati Syazlin. Persoalan demi persoalan bermain difikirannya. Akhirnya selepas penat memikirkan kisah cintanya, dia pun tertidur.
*****
''Syaz... Syaz... bangunlah, dah subuh. Syazlin. '' Zanirah menggoncang sedikit badan Syazlin agar Syazlin tersedar.
'' Hmm.. Kenapa? '' Syazlin yang mesih mengantuk, bertanya mengapa Zanirah mengejutnya.
''Dah subuhlah cik adik. Bangunlah. Nanti mak awak bising awak tak subuh. Cepat bangun.'' pinta Zanirah yang sudah lali dengan kerja mengejut Syazlin.
'' Emm 5 minit.. hmm '' Syazlin menarik selimut dan berselubung.
Zanirah membiakan Syazlin tidur sekejap. Setelah 10 minit Zanirah mengejut Syazlin kembali. '' Awak cepat bangun, nanti terlambat pula subuh. Dah lebih 5 minit dah ni.''
''Hmm yela.'' Syazlin bangun dengan mata yang masih tertutup. Dia kemudiannya mengeliat sekuat hati. Kemudian Syazlin mandi dan mereka solat bersama mak Syazlin.
Jam menunjukkan pukul 3 petang. Syazlin dan maknya masih mempek barang-barang untuk pindah. Setelah selesai mereka berehat sebentar. Ramai juga jiran dan saudara terdekat yang datang membantu mengemas rumah.
Syazlin mencari-cari sosok tubuh Zanirah yang sejak tengah hari tadi tidak kelihatan. Akhirnya Syazlin dapati Zanirah berada didalam bilik dan alangkah terkejutnya Syazlin melihat diarinya berada di tangan Zanirah. Zanirah menatap tepat anak mata Syazlin, dengan perasaan sedikit kecewa bercampur marah Zanirah menghentak buku itu diatas meja belajar itu dan berlalu keluar . Syazlin cuba menahan Zanirah tetapi tangannya ditepis kuat. Syazlin menangis dan menyesal membiarkan diarinya terdedah dalam laci yang tidak berkunci.
Zanirah kini tahu bahawa Syazlin adalah seorang lesbian yang menaruh perasaan terhadapnya. Bila difikirkan kembali, Zanirah berasa geli dan jijik mengetahui selama ini dia berkawan dengan seorang lesbian yang mempunyai perasaan terhadapnya. Ya dia !
Waktunya telah tiba. Syazlin harus berangkat sekarang tetapi bayang-bayang Zanirah masih tidak kelihatan. Dia ingin meminta maaf. Nombor Zanirah didail berkali-kali tetapi tiada jawapan. Akhirnya Syazlin mengalah. Dia hanya mengirimkan surat kepada abang Zanirah untuk Zanirah dan Syazlin pun pergi.
****************************************************************************
Tiga tahun berlalu. Zanirah kini telah berubah. Dia menjadi seorang pengkid yang menantikan orang yang lama meninggalkannya. Mungkin inilah karma kerana telalu benci akan orang yang bernafsu songsang. Surat Syazlin masih disimpan rapi. Dia kini tidak tahu dimana Syazlin. Rakan-rakan kelasnya juga tidak tahu dimana Syazlin. Ibu Syazlin juga tidak dapat dihubungi lagi. Mereka terus terputus hubungan sejak Syazlin berpindah ke Kedah. Apabila Zanirah merindukan Syazlin, pasti surat itu menjadi temannya.
|