CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6315|Reply: 1

Pendapat & Editorial: Bah Merah 1927 , Bah Kuning 2014

[Copy link]
Post time 17-1-2015 10:11 PM | Show all posts |Read mode
Pendapat & Editorial: Bah Merah 1927 , Bah Kuning 2014
[size=1.125em]
[size=1em]Pengarang Sokmo.Net, Mohd Zakri Zaki mengimbau fakta-fakta di sebalik tiga banjir besar yang melanda Negeri Kelantan semenjak 1900.
[size=1em]Menyingkap kembali banjir atau Bah Merah yang berlaku pada 1927 melalui catatan lama dari sumber penceritaan akhbar ketika tahun tersebut ia adalah sesuatu yang menyedihkan kerana ketika itu lebih 1,000 kematian dilaporkan dan 2 buah jambatan besi telah runtuh masing-masing di Sungai Golok dan Pasir Mas. Jambatan Keretapi Guilemard juga rosak teruk dalam bencana itu.
[size=1em]Tambah menyedihkan lagi tidak lama kemudian berlu peristiwa kebakaran besar di Kota Bharu bermula jam 9.30 pagi 13hb Januari 1927 melibatkan kira-kira 100 buah rumah.
Seorang mangsa Bah Kuning 2014, selama beliau tinggal di Kg Limau Kasturi inilah kali pertama Banjir yang dahsyat berlaku hingga memusnahkan rumahnya.
[size=1em]Dengan air dikatakan setinggi 40 kaki dan sesetengah pendapat memberitahu ia setinggi 60 kaki dari tebing sungai Kelantan, ia menghapuskan sama sekali kesemua rumah di sepanjang tebing Sungai Kelantan.
[size=1em]Penasihat British ketika itu telah menghantar isyarat dan mesej berbunyi “the situation is desperate” dan Keretapi Khas digunakan untuk menghantar bantuan segera sebanyak 2,000 kampit beras dari Padang Besar Ke Golok Priok berhampiran sempadan Kelantan-Siam, kemudian ia diagihkan kepada mangsa dengan bot. Tetapi disebabkan Kelantan sentiasa menghadapi banjir, sebulan sebelum itu Kerajaan Siam telah menghantar 10,000 kampit beras dari Bangkok.
Keratan Akhbar The Singapore Free Press bertarikh 24 Januari 1927 melaporkan tentang Bah Merah.
[size=1em]Kedai-kedai di Kota Bharu mengalami kerugian dan Istana Sultan Kelantan ketika itu juga ditengelami air. Begitulah dahsyatnya gambaran Bencana Bah Merah 1927 sepertimana yang dilaporkan oleh akhbar The Singapore Free Press bertarikh 24hb Januari 1927.
[size=1em]Bila berbicara mengenai bencana banjir maka ia tidak dapat lari dari soal Taburan Hujan dalam Musim Monson atau musim tengkujoh. Selain itu juga terdapat faktor lain seperti penerokaan hutan tadahan hujan yang berfungsi untuk menyerap air dan mengawal hakisan tanah.
[size=1em]Taburan Hujan adalah punca utama banjir dan setiap kali musim tengkujuh ia meningkat dengan lebih besar dan dalam kes Bah Merah 1927,penulis tidak berjaya menemui data cerapan mengenai taburan hujan ketika itu.
[size=1em]Tetapi dengan melihat kepada beberapa peristiwa yang berlaku dalam tahun-tahun sebelumnya, terdapat bukti penerokaan tanah secara besar besaran berlaku di Negeri Kelantan dan ia berkait rapat dengan ganguan kepada kelestarian alam iaitu hutan hujan tropika dengan kegiatan penerokaan hutan, pembalakan serta perlombongan.
[size=1em]Pada 22hb April 1905 Kerajaan Kelantan telah memajakkan tanah di Negeri Kelantan kepada sebuah Syarikat Duff Developtment dengan menyerahkan hak perdagangan tunggal meliputi kawasan seluas 5000 batu persegi.
The Singapore Free Press , 23 October 1909
[size=1em]Dari tarikh itu bermula penerokaan tanah oleh Syarikat Duff Developtment dalam berbagai aktiviti seperti perladangan getah, pembalakan, perlombongan dan pembinaan landasan keretapi.
[size=1em]Menurut artikel The Straits Times , 19hb Januari 1920, bertajuk Duff Developtment: Land Areas Selected on Railway Route menceritakan bagaimana Duff Developtment membuat keputusan memilih dan membangunkan kawasan disepanjang jajaran laluan landasan Keretapi bakal menghubungkan semenanjung Tanah Melayu dengan Singapura.
The Straits Times , 19 Januari 1920
[size=1em]Duff Developtment telah memilih 5 blok tanah di kawasan Tanah Merah Kelantan dan setiap satunya seluas 17,000 ekar, 8,000 ekar, 6,000 ekar, 14,000 ekar dan 10,000 ekar. 17,000ekar adalah kawasan yang telah diteroka untuk tanaman getah yang telah diperolehi hasilnya.
[size=1em]Dalam perkembangan berasingan, ketika itu dilaporkan jajaran Laluan Keretapi Pantai Timur seksyen Kelantan adalah sepanjang 34.24 batu bermula dari Tumpat ke Tanah Merah telah memulakan semula pembinaan pada Januari 1918 setelah terhenti pada November 1914. Ketika pembinaan sejumlah 275,298 Cu. Yards atau 74330.46 tan tanah dan 31,839 Cu. Yards atau 8596.53 tan batu telah digali dari bumi Tanah Merah sepanjang jajaran sejauh 19 batu.
[size=1em]Manakala, sambungan Jajaran Pasir Mas ke Rantau Panjang mengakibatkan 36,603 Cu Yards atau 9882.81 Tan tanah telah digali. Ianya diserahkan untuk beroperasi sepenuhnya pada September 1920.
[size=1em]Tujuh tahun kemudian Kelantan menerima taburan hujan yang luar biasa dan dengan penerokaan tanah yang menggila oleh Duff Developtment maka banjir yang berlaku membawa tanah bersama dan disebabkan tanah tersebut dikatakan berwarna merah kerana kandungan bijih besi sepertimana diberi jolokan oleh Pengurusan Duff dalam laporan mereka bahawa ‘Kelantan Soil is Second to None’ maka banjir ketika itu kelihatan kemerah-merahan. Dari sebab itu itulah ia dipercayai digelar oleh penduduk Kelantan sebagai ‘Bah Merah’ . Antara bukti jelas penerokaan hutan di sebelah Tanah Merah adalah runtuhnya dua buah jambatan besi masing-masing di Sungai Golok dan Pasir Mas akibat dari hentaman kayu-kayu balak yang hanyut bersama arus.
[size=1em]BAH BESAR 1967
Bah yang berlaku di Kota Bharu 1967
[size=1em]Setelah peristiwa hitam Bah Merah 1927 terdapat satu lagi banjir besar berlaku pada 1967, akan tetapi dilaporkan banjir ini tidak sebesar Bah Merah dan telah tercatat dalam Jabatan Meteorologi Malaysia bahawa rekod hujan tertinggi sehari dalam sejarah Malaysia adalah 608mm ia direkodkan di Kota Bharu, Kelantan pada 6hb Januari 1967.
Berita Harian, 23 March 1966
[size=1em]Pada pada 20hb Julai 1964 ketika Datuk Asri Muda memegang jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan yang juga Presiden PAS ketika itu beliau telah menandatangani satu perjanjian pajakan tanah kepada sebuah syarikat Singapura iaitu Syarikat Timbermine dengan keluasan 510,239 ekar untuk pajakan selama 33 tahun hanya dengan bayaran royalti sejumlah RM 2 juta dan ia kemudianya dikurangkan kepada 280,000 ekar pada 6hb November 1965.
[size=1em]Sejak dari itu tanah disebelah Ulu Kelantan diteroka dengan rakus oleh syarikat pembalakan ini. Dan ironinya selepas tiga tahun berlaku sekali lagi banjir besar melanda Negeri Kelantan. Walaupun tidak sehebat Bah Merah ia cukup untuk membawa kemusnahan harta benda dan kerugian yang besar terhadap negeri Kelantan.
[size=1em]Pada 18hb Mac 1975,  Datuk Haji Mohamad Nasir juga Menteri Besar dari PAS dalam Kerajaan Perikatan ketika itu telah membatalkan perjanjian tersebut, maka berlaku polemik tentang tindakan undang-undang yang bakal diambil oleh Syarikat Timbermine. Ia kemudian diselesaikan dengan cara rundingan dengan Tengku Ahmad Rithaudeen dan Tengku Razaleigh Hamzah mengesyorkan kepada kedua-dua pihak untuk mengadakan sebuah syarikat Usahasama dengan Kerajaan Negeri memiliki 70 % saham dalam Usahasama itu. Dan selepas itu permit baru pembalakan dihentikan oleh pemerintahan Datuk Mat Nasir yang lebih terbuka menerima pembangunan yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan tanpa mengharapkan pendapatan dari hasil balak.
[size=1em]SELEPAS 1990…
[size=1em]Tindakan mengesahkan pembatalan perjanjian 1975 dengan Timbermine pada 1995 oleh Kerajaan PAS Kelantan pada awalnya dilihat mahu memberi cahaya baru pada rakyat Kelantan bahawa ia tidak menumpukan kepada penerokaan hutan. Timbermine meneruskan tindakan undang-undang dengan menyaman Kerajaan Kelantan ketika itu dan syukurlah dalam saman ini diketepikan dengan kos setelah melalui proses rayuan.
[size=1em]Sangkaan ini meleset apabila selepas 1995, kegiatan pembalakan kian rancak dan dikesan melalui kenyataan Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan melalui Laman webnya sedikit masa dahulu dimana Kawasan yang diluluskan sebagai Ladang Hutan kepada 115 Syarikat adalah berjumlah 91,040 Hektar sehingga tahun 2010.
[size=1em]Ini diburukkan lagi dengan tanah-tanah hutan simpan yang dikesan telah diberikan pajakan atas nama Tanam Semula Getah Klon Balak seluas 400 hektar atau lebih setiap satu dan sebagai contoh terdapat satu syarikat yang mengusahakan Projek Penghutanan Semula Hutan Simpanan Kekal Miskin Dengan Pokok Getah (Jenis Timber Latex Clone) di Mukim Manek Urai, Daerah Olak Jeram, Jajahan Kuala Krai yang menghantar laporan EIA yang antara lain menunjukkan jadual Kehilangan Tanah(Soil Loss) akibat dari projek itu adalah agak besar iaitu melebihi 400 ribu tan setahun (selepas pembangunan).
Data kehilangan tanah dari laporan EIA 2014 salah sebuah syarikat yang menerima pajakan.
[size=1em]Bayangkanlah sejak dari berpuluh tahun , beratus syarikat telah menerima pajakan tanah untuk diteroka dibawah berbagai tajuk termasuk penanaman Sawit dan Sayur-sayuran. dan dikatakan penerokaan ini tidak tertakluk kepada Catuan Tebangan Tahunan CTT (Hutan) yang selalu didakwa dipatuhi baik oleh Kerajaan Negeri Kelantan Kerana penerokaan berlaku bukanlah dibawah tajuk pembalakan tetapi dibawah penanaman semula dan lain-lain tajuk.
[size=1em]Disember 2014 bila taburan hujan yang luar biasa berlaku sekali lagi, bumi Kelantan tidak mampu menampung air yang terlalu banyak, ini diburukkan lagi dengan air yang turun dengan laju dari bukit yang telah gondol, tidak ada yang menghentikannya membawa bersama balak dan lumpur yang berwarna Kuning.
Jambatan Pulau Stelu yang runtuh akibat Bah Kuning, mengulangi insiden Bah Merah 1927 yang meruntuhkan Jambatan besi di Pasir Mas dan Sungai Golok.
[size=1em]Dengan mangsa di pusat pemindahan seluruh Negeri berjumlah hampir 200 ribu dan lebih 2000 buah rumah musnah akibat pusaran air dan beberapa jambatan seperti Jambatan Pulau Stelu, Gua Musang , Jambatan Keretapi Kemubu runtuh, maka tiada salahnya untuk menggelarkan banjir 2014 kali ini adalah Bah Kuning sebagai ingatan kepada kita tentang banjir yang dahsyat berlaku di bumi Kelantan.
[size=1em]JANGAN BERSENGKETA DENGAN ALAM. BAH KUNING 2014, INI BUKAN HUKUMAN. MUNGKIN HANYA TEGURAN.
[size=1em]Tulisan ini adalah pandangan peribadi pengarang, ia tidak semestinya mewakili pandangan Sokmo.Net. Sebarang pandangan/artikel balas boleh dihantar ke [email protected]. Terima kasih.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2024 02:38 AM | Show all posts
[AceHand SPECTaceLAR]

Kalau banjir lagi Bah warna hapa pulak...?


Jizzz... Klong! Klong!

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:04 AM GMT+8 , Processed in 0.041097 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list