CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4439|Reply: 1

Cuaca luar biasa akibat kitaran cuaca

[Copy link]
Post time 15-1-2015 08:43 AM | Show all posts |Read mode
Cuaca luar biasa akibat kitaran cuaca

               

                     
                                                                                                                         
  •                                                                             
                                                                [url=]<[/url] 1 / 1                                     [url=]>[/url]
                        
                                                                                                                            FENOMENA cuaca luar biasa yang sedang melanda beberapa buah negara di dunia termasuk Malaysia, disebabkan berlakunya proses kitaran cuaca yang kebiasaannya terjadi dalam tempoh tertentu iaitu antara 10, 20 atau 30 tahun.
       
        Menurut pakar Meteorologi dan Pencemaran Udara dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dr Mastura Mahmud, keadaan itu disebabkan hasil gabungan beberapa faktor seperti suhu, kelembapan, kelajuan angin selain peningkatan gas rumah hijau.
       
        "Iklim adalah fenomena abstrak sebab itu pada satu tempoh masa akan berlakunya kejadian cuaca luar biasa atau melampau," katanya di kepada Bernama.
       
        Beliau berkata ini juga disebabkan baru-baru ini sebahagian Amerika Syarikat dilanda cuaca sejuk melampau sehingga terdapat sebahagian kawasan mengalami suhu paling rendah dalam rekod 50 tahun.
       
        Jelasnya, ribut salji dan angin kencang mencecah 50 batu sejam turut berlaku menyaksikan hampir 80 peratus kawasan daratan serta 68 peratus penduduk negara itu mengalami suhu di bawah takat beku.
       
        Keadaan itu, kata Mastura, disebabkan kejadian vorteks kutub atau pusaran yang berlaku di kutub utara. Vorteks kutub adalah kawasan udara sangat sejuk, biasanya mengandungi jisim udara paling sejuk yang mengelilingi kutub utara.
       
        "Pusaran kutub adalah kawasan tekanan rendah pada aras tinggi lebih kurang 11km. Ia adalah satu fenomena hampir pegun di kutub utara dan selalu wujud berhampiran Kanada dan timur laut Siberia," katanya.
       
        Mastura berkata, lembangan udara dari kutub tersebut telah sampai ke kawasan lebih selatan daripada biasa yang menyumbang kepada keadaan cuaca luar biasa melanda tanah besar Asia.
       
        "Ia menyebabkan tekanan udara di negara seperti Siberia dan China mengalami tekanan tinggi agak ketara sekali gus mempengaruhi keamatan angin monsun timur laut yang melanda kawasan Asia Tenggara.
       
        "Keadaan itu menyebabkan angin kencang berkaitan dengan luruan sejuk mempengaruhi cuaca di negara kita," katanya.
       
        Jelas Mastura keadaan awan yang aktif di Khatulistiwa, berhampiran dengan negara ini juga menyebabkan hujan lebat dan banjir luar biasa berlaku.
       
        Pendapat sama turut dikongsi Ketua Kluster Sumber Asli dan Alam Sekitar, Majlis Profesor Negara, Prof Emeritus Datuk Dr Ibrahim Komoo, bahawa keadaan cuaca atau hujan yang luar biasa berlaku dalam tempoh tertentu jika dilihat kepada statistik curahan hujan.
       
        Katanya cuaca merupakan fenomena alam yang tidak boleh ditentukan dengan tepat dan hanya boleh diramal berasaskan data lepas iaitu satu tahun, 10 atau 100 tahun terakhir.
       
        "Lebih panjang data cuaca yang dimiliki, lebih baik ramalan dapat dihasilkan dan pada prinsipnya cuaca di Semenanjung Malaysia dipengaruhi monsun timur laut dan barat daya serta perolakan haba," katanya.
       
        Selain itu katanya, faktor ketara menyebabkan curahan hujan luar biasa kali ini dan mungkin pada masa akan datang ialah fenomena pemanasan global disebabkan peningkatan 'gas rumah hijau'.
       
        "Keadaan itu disebabkan purata suhu dunia meningkat dan cuaca boleh menjadi lebih ekstrem, umpamanya angin lebih kencang, kemarau lebih panjang dan hujan lebih lebat. Taburan curahan hujan juga boleh berubah," katanya. - Bernama
               
            
                                                                                                                                                                                                                                              kredit:sinar harian

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2017 11:09 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 08:11 AM GMT+8 , Processed in 0.042985 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list