[size=14.6666669845581px]Pelakon filem Cerita Hantu Malaysia, Leez Rosli memberitahu yang dia akan bernikah pada hujung minggu ini, bersama tunangnya Aepul Drama Band. Dia yang telah bertunang pada tahun lepas mahu segerakan pernikahan mereka kerana sudah lebih setahun mengikat tali pertunangan. >>DISINI<< KEDAI ONLINE MURAH
[size=14.6666669845581px]“Saya sudah bertunang tahun lepas iaitu 11 Disember 2013 dan InsyaAllah akan bernikah pada 27 Disember ini. Saya akan bernikah dahulu dan majlis resepsi akan diadakan pada Februari depan & untuk majlis pernikahan ini, jemputan pun tidak ramai,” katanya sambil tersenyum. [size=14.6666669845581px]Leez turut menjelaskan bahawa majlis resepsi perlu diadakan pada bulan Februari depan kerana dia dan Aepul mempunyai jadual kerja yang sangat padat pada bulan Januari ini. [size=14.6666669845581px]“Majlis nikah sebenarnya sudah banyak kali tertangguh patutnya diadakan pada bulan 10 tetapi disebabkan jadual kerja yang padat membuatkan majlis ini tertangguh lagi. Untuk tidak membuang masa, kami menyegerakan dulu perkara yang wajib iaitu nikah terlebih dahulu,” ujarnya. [size=14.6666669845581px]Leez Rosli Nafi Terasa Hati, Akui Populariti Kini Suam Suam Kuku [size=14.6666669845581px]“Saya tak pernah terasa hati dengan pihak media, cuma saya sedar di mana diri saya. Saya juga tak menafikan yang saya ini suam-suam kuku, saya sendiri pun suka mengelak dari pihak media dan tak salahkan mereka sekiranya digelarkan suam-suam kuku. Bagi saya, biarlah peminat kenal saya menerusi karya lakonan sahaja,” tambahnya lagi. >>DISINI<< KEDAI ONLINE MURAH
|