View: 2284|Reply: 2
|
nak berjaya dalam temuduga kerajaan, ikuti tips ini..
[Copy link]
|
|
Dapat panggilan temuduga kerajaan? Ini anda perlu lakukan!
Di awal tahun ini, banyak temuduga telah dilakukan oleh pihak kerajaan. Jadi sesiapa yang bernasib baik dapat panggilan temuduga tersebut, ini beberapa tips untuk anda lakukan terlebih dahulu.
Apabila pihak kerajaan memanggil anda untuk temuduga, apa yang anda perlu lakukan adalah
- Periksa tarikh dan masa anda di panggil temuduga. Kosongkan segala aktiviti anda pada hari tersebut. Kemudian, periksa pula tempat temuduga. Pastikan anda tahu bagaimana hendak ke sana iaitu tempat temuduga.
- Periksa sama ada anda perlu bawa dokumen tertentu atau tidak. Kalau anda perlu bawa resume dan sijil – sijil, anda perlu pantas sediakannya.
- Anda taip jawatan yang kerajaan tawarkan pada enjin carian google. Siasat peranan jawatan tersebut dalam agensi kerajaan. Anda perlu faham dan tahu dengan jelas peranan jawatan yang anda ingin mohon. Untuk cepat faham, anda perlu letakkan diri anda pada jawatan tersebut di dalam minda anda.
- Anda siasat di internet mengenai soalan yang biasa di tanya pihak temuduga ketika hari temuduga nanti.
- Baca isu –isu semasa berkaitan dengan kerajaan dan paling penting isu tersebut ada kaitan dengan jawatan yang anda ingin pohon.
- Sediakan pakaian yang sesuai untuk hari temuduga nanti. Biasanya anda perlu pakai kemeja, seluar slack dan kasut kulit. Jangan pakai kemeja yang terlalu gelap warnanya kerana ia akan membuatkan anda nampak suram. Pilihlah warna yang cerah dan santai.
- Adakan mocking interview atau temuduga olok – olok di hadapan cermin. Latih diri anda untuk bercakap dengan tenang, yakin dan jelas. Beranikan diri untuk menggunakan mimik muka yang sesuai. Yalah, takkanlah anda hendak nampak masam sahaja ketika di temuduga nanti.
- Pasang niat untuk berjaya dan tekad untuk dapatkan pekerjaan tersebut.
- Dan akhir sekali doa dan restu kedua ibu bapa anda!
Tahniah kepada mereka yang telah dapat panggilan temuduga, semoga berjaya. Kepada yang berjaya berkerjalah dengan ikhlas, dan penuh berwibawa.
Image courtesy of Ambro / FreeDigitalPhotos.net
sumber:koleksiartikel.com
|
|
|
|
|
|
|
|
tips ni boleh diguna pakai utk mana2 interview juga |
|
|
|
|
|
|
|
thanks.. boleh cuba nnti.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|