View: 4388|Reply: 2
|
Hormon Tidak Seimbang -Punca Dan Bahaya Di Dominasi Estrogen
[Copy link]
|
|
WANITA WAJIB TAHU PASAL DOMINASI ESTROGEN...RAMAI YANG SEDANG ALAMI TANPA SEDAR
Bismillah,
Saya yakin ramai wanita masakini walaupun dari golongan terpelajar jauh sekali mak ayah kita di zaman dahulu(bukan semua ye..), memahami sepenuhnya dalam erti kata sebenar fungsi hormon wanita dan segala kebaikan yang di bawa bersama serta bahaya keburukkan apabila ianya diambil secara berlebihan samada disengajakan atau tidak.Topik hari ini tersangat penting untuk wanita dan sayahanya akan fokus kepada masalah punca berlaku hormon tidak seimbang untuk kali ini.
Apa yang selalu kita dengar adalah perkataan hormon tidak seimbang.Semua pakar yang saya lawati berkata begitu,apa masalah saya sebenarnya?dan apa maksud mereka berkata demikian?
Sejak beberapa tahun kebelakang ini,seluruh dunia telah merekodkan peningkatan drastik bagi penyakit berkaitan wanita yang tidak pernah dilihat dalam sejarah. Hari ini, kita melihat anak perempuan yang masih kecil telah mencapai puberti di usia seawal 10 tahun. Endometriosis,firosystik,pms,fibroid,kanser telah menjadikan wanita sebagai sasaran utama..Apa sebenarnya sedang berlaku pada wanita masakini?
Lama juga saya berfikir tentang pengunaan ayat atau anologi yang sesuai dan mudah untuk pembaca memahami duduk perkara yang sebenarnya.Pada saya jika seseorang wanita yang sayangkan diri dan kesihatannya wajib mengetahui dan bukan sahaja sekedar mengetahui tetapi juga tahu bagaimana untuk mengelakannya.
Menjalani hidup sebagai seorang wanita di abad ke 21 ini tidak semudah seperti diabad yang sebelumnya.Bayangkan sejak mula didiagnos endometriosis, PMS dan fibrosystik payu dara dari usia muda, kemudian menular kepada fibroid , histerektomi, hormon gantian (HRT) dan akhirnya kanser payudara sebelum sampai waktu putus haid.
Mengapa wanita mengalami serangan yang bertali arus,dimana datang punca serangan tersebut? Satu-satu jawapan yang paling logikal dan kita selalu kurang peduli adalah hormon tidak seimbang atau lebih tepat lagi masalah dominasi estrogen iaitu keadaan seseorang wanita dengan hormon estrogen berlebihan(estrogen dominance).
Estrogen adalah hormon utama untuk wanita dan ianya berperanan sebagai hormon seks wanita. Estrogen mengawal pertumbuhan serta mengekalkan ciri-ciri kelamin pada wanita, seperti payudara, pinggul serta mengawal kitaran haid. (cuba baca artikel saya terdahulu tentang bab ini).
Namun sama seperti ketidakseimbangan bakteria apabila ianya berlebihan bukan sahaja wanita hilang kemanfaatan namun boleh bertukar pula menjadi kemudaratan.Punca penyakit seperti fibroid,cyst dan sebagainya dikenalpasti adalah dari dominasi estrogen .
Apa itu dominasi estrogen dan bagaimana ianya boleh berlaku?
Sepertimana yang kita semua tahu,paras estrogen tinggi akan membawa kepada risiko kanser payudara dan kesan kesihatan yang lebih kronik. Dominasi estrogen berlaku melalui peningkatan paras estrogen, juga disebabkan oleh tahap hormon lain yang samada tinggi atau rendah, faktor-faktor alam sekitar dan juga tahap kesihatan.
Antara keluhan yang selalu kita dengar dari seseorang wanita yang didominasi hormon estrogen.Boleh lah check sendiri ye....Sambung baca http://klinikkeputihan.blogspot. ... nca-dan-bahaya.html
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
beberapa bulan ni saya consume pil hormon..sebab darah haid tak seimbang.. dari haid tak datang 6 bulan terus datang 2kali sebulan.. 15 hari haid, 15 hari istihadah.. tapi berat badan naikla, mak n bf saya pun perasan badan da naik..
|
|
|
|
|
|
|
|
keladi_merah posted on 9-11-2014 10:36 PM ![](static/image/common/back.gif)
beberapa bulan ni saya consume pil hormon..sebab darah haid tak seimbang.. dari haid tak datang 6 bu ...
makan pil hormon tidak salah tetapi kesan jangka panjang tidak elok,satu kita akan bergantung pada pil hormon kedua pil hormon tidak menyelesaikan masalah dari akar hanya memaksa haid keluar
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|