CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1928|Reply: 9

amalan untuk kebahagiaan hati?

[Copy link]
Post time 1-11-2014 10:37 PM | Show all posts |Read mode
Alhamdulillah...sejak mengenali seorang motivator terkenal sy dah mula solat di awal waktu...tak tinggal solat...ada juga berzikir dan membaca al-quran...

tp sy masih sunyi...waktu malam terasa panjang bagi sy..sy suka bekerja...kalau bolej nak hari2 bekerja tapi sy bukan workoholic sampai nak balik lewat2 ... bila weekend ya allaj terasa panjangnya...terbalik pulak...mungkin faktor status ...sy tinggal bersama adk beradk tapi kami xserapat mana memandangkan mereka juga busy , sy lebih rapat kalau tgl dmenyewa dgn kawan kot..

soalan saya ..sape ada rahsia utk hilangkan kesunyian? Jgn jawab pergi kahwin sbb kalau boleh mmg skrg juga nk kahwin...

amalan agama boleh merasai kehidupan yg lebih baik mungkin..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2014 11:05 PM | Show all posts
Alhamdulillah tahniah TT..

Mungkin weekend TT boleh isi masa dengan menghadiri kelas al-Quran, kuliah fiqh, usrah atau menghadiri kelas fardhu ain.
Atau TT boleh join kelas/kursus pendek seperti memasak, menjahit dan lain-lain.

Kalau saya, weekend memang teringin sangat nak join kelas kat kolej komuniti, bagus dapat tambah kemahiran.

Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2014 12:29 AM | Show all posts
quran

or u melawat  masjid ...u know...be there alone...just be there ...absorb the serenity ....

u tahajud...

u ...baca buku ?
established readers?

u pi majlis ilmu yg disampaikan oleh para akademik agamawan yg  i dunno yg you rasa kandungan itu mentap dan cantik dan membuatkan you melihat ALLAH  SWT sangat cantik , bijak dan penyayang...
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2014 01:28 AM | Show all posts
do something then

melibatkan diri dalam keje amal
volunteer kat ward memana yg perlukan?

pi rumah anak yatim ke offer helps

i dunno


kalau u jenis lone ranger kan , pi kelas kelas

i dunno merayau ke parks? just bawa buku agama ke ape ke ..sit by the fountain...ignore sekeliling detached yourself and see apa nikmat allah bagi kat  you...

well...pi kelas tafsir?

the more u masukkan diri dengan ilmu yg bermanfaat the more you can appreaciate yg ALLAH itu sangat BIJAK dan cantik dan maha penyayang.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2014 01:32 AM | Show all posts
but  then dok kat symphony lake tetiba ade orchestra ...hmmm....a bonus opps nanti Puan Baulu marah i....hehehe musics...( lawak je yeeeee  ) yup tak soleh sunnguh i ni ...haish...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2014 01:49 PM | Show all posts
im_Q posted on 1-11-2014 11:05 PM
Alhamdulillah tahniah TT..

Mungkin weekend TT boleh isi masa dengan menghadiri kelas al-Quran, ku ...

Berbayar ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-11-2014 02:21 AM | Show all posts
chenta_dewi posted on 2-11-2014 01:49 PM
Berbayar ke?

Kelas di kolej komuniti berbayar, tak mahal pun.
Kat tempat lain tak sure pula bayar harga banyak mana.

Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 10:20 AM | Show all posts
Memandangkan ni board agama, saya pun nak bagi pendapat angle agama.

Sementara masih muda, tak kahwin lagi, carilah ilmu agama banyak2.

Dulu2 masa muda, saya banyak buat benda merapu. Tapi takdelah rasa kesunyian, mungkin saya suka tidur kot weekend tu.

Bila dah tua macam ni, bila dah tak perlu risau nak buat susu dan tukar pampers anak2, barulah boleh bernafas. Tapi rasa macam ada sesuatu yang tak cukup lengkap dalam jiwa walau pada zahirnya macam busy. Dari dulu saya suka membaca dan suka new knowledge. Bila dah habis Masters, macam mati kutu, sumber ilmu mengharap kat tv dan buku, takde interaction. Boring.

Start dari situ saya menghadirkan diri ke kuliah2 agama. Saya allocate subuh dan maghrib untuk saya hadir kuliah2 agama. Sorang2 saje saya pergi, suami jaga anak atau tinggal anak2 kat rumah. Alhamdulillah sekarang saya dapat identify, ustaz mana saya nak ikut dan aspek apa saya nak cover. Mula2 memang semua ustaz segala jenis kuliah semampu mungkin saya pi redah.

Cari surau terdekat atau masjid terdekat sebab selalunya depa ada kuliah fixed yang guna kitab. Tapi menurut ustaz saya, dalam banyak kitab kita nak belajar, Al Quran lah yang utama. Selalu kat surau/masjid free je. Siap dapat makan dan tapau.

Kalau berada di area Gombak & Selayang saya boleh recommend class yang saya join. Monthly RM30, setiap Sabtu 9am-1030am. Belajar Alquran secara bertalaqqi, ustaz tak emphasize tajwid (sebab tu saya suka class ni). The last half an hour dia allocate untuk syarah hadith berdasarkan tema. Sekarang ni tengah study 40 hadith ttg Zikrullah. Sebelum ni 40 hadith pasal Al Quran. Sekali sekala layan soalan murid2 dia berkaitan isu semasa atau tafsir ayat tertentu.

Other classes, saya hanya ikut jadual surau saya, senang sebab dah fixed kebanyakkan kuliah maghrib. Ustaz2 ni bawak Tafsir Al Quran/Hadith, tasawuf, kitab2 feqah. Last edited by baulu on 4-11-2014 10:22 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2014 10:28 AM | Show all posts
Sebelum nak beramal dan nak beristoqamah, kena ada ilmu.

Ilmu2 agama ni lebih afdhal bertalaqqi. Jangan biasakan belajar agama melalui buku, mahu pun you tube. Saya tak galakkan you tube sebab selagi tak bertalaqqi dengan ustaz youtube tu secara live, bahaya. Sebab kita tak tahu apa aliran sebenar dia apatah lagi atas alasan apa dia bagi hujah2 dia (banyak kena edit) dan mungkin part dia bagitau tu mazhab lain tak dicapture dlm recording.

Bila bertalaqqi, sesetengah ustaz mampu menghuraikan lebih dari kitab depan muka dia, malah masuk segala cabang2 ilmu sehingga meninggikan semangat kita nak beramal dengan sesuatu amalan tu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 10:29 AM | Show all posts
mbhcsf posted on 2-11-2014 01:32 AM
but  then dok kat symphony lake tetiba ade orchestra ...hmmm....a bonus opps nanti Puan Baulu marah  ...

Dak aiihh, tak marah.

Insya allah kita semua akan sampai satu stage dimana kita dah takde masa melayan perkara2 lagha.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 08:33 PM GMT+8 , Processed in 1.558735 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list