CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3118|Reply: 14

'Zakat tak ikut mazhab Syafie kenapa tidak marah?'

[Copy link]
Post time 27-10-2014 10:28 PM | Show all posts |Read mode
  • Zaharuddin Abdul Rahman
[url=]<[/url] 1 / 1 [url=]>[/url]


KUALA LUMPUR - [VIDEO] 'Kita bayar zakat tidak mengikut mazhab Syafie, kenapa kita tidak marah?' soal Pengerusi Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman.

Menurutnya, masyarakat terus menjatuhkan pelbagai hukum kepada penganjur kempen sentuh anjing hingga tersasar seolah-olah menganggap hanya mazhab Syafie satu-satunya aliran dalam Islam.

"Kita seolah-olah terlepas daripada sasaran sehingga mazhab Syafie kita anggap seperti itulah satu-satunya Islam. Sedangkan bayar zakat tidak pakai mazhab Syafie. Sah pula zakat kita.



"Pergi haji, tersentuh lelaki perempuan, mazhab Syafie kata batal wuduk (ketika haji), tiba-tiba panduan dari Tabung Haji kata tak batal. Boleh pula? Tak murtad pula? Tak hina Islam pula? Kenapa tak konsisten kefahaman itu? Ini satu kesalahan yang perlu kita dedahkan.

"Mazhab Maliki kata boleh sentuh anjing. Nak peluk atau nak cium pun boleh. Air liurnya pun harus dan suci. Kita bukan nak suruh tapi nak bagi toleransi.

"Memanglah contoh yang saya beri tadi seperti wuduk masa haji dalam keadaan keperluan tapi fokus kita adalah kepada jangan terlalu memusuhi pandangan mazhab lain dan anggap ia salah. Juga ada yang bukan darurat pun kita tak ikut mazhab Syafie seperi syarat kena ijab qabul berlafaz dalam jual beli dan banyak lagi khususnya bab kewangan islam," katanya dalam temubual eksklusif bersama Sinar Harian Online pada Konvensyen Fiqh Rasulullah SAW, di sini, hari ini.

Tegasnya, kenyataan tersebut bukan bertujuan berkempen terhadap mazhab lain namun peringatan supaya tiada yang beranggapan mazhab selain mazhab Syafie itu bukan Ahli Sunnah Wal Jamaah.




"Nanti kita akan bermusuh dengan mazhab lain sedangkan mazhab lain itu juga Ahli Sunnah Wal Jamaah," katanya.

Mengulas soal situasi peserta program sentuh anjing yang beragama Islam memeluk dan mencium anjing itu, beliau menyifatkan tindakan itu sebagai satu dosa kecil.

"Saya tak tahu apa cerita di sana tapi saya difahamkan mereka diajar cara sertu. Kalau nak dosa sekalipun, mengikut mazhab Syafie haram dan haram itu ada tahapnya. Mungkin itu dosa kecil kerana sengaja meletakkan najis di badan.

"Kalau dia gigit-gigit anjing itu, kemudian bagi kena lidah dia pada lidah anjing, itu dikira dahsyat sikit.

"Tapi peluk macam itu saja, apa yang besar sangat kalau dosa pun? Dosalah pada mazhab Syafie tapi pada mazhab Maliki tidak berdosa. Kalau dia nak sertu pun, dia sertu, habis ceritalah," katanya.




Jelasnya, penganjuran program tersebut mempunyai tiga masalah utama yang menyebabkan ia menjadi kontroversi.

"Pertama masalah kawalan penganjur terhadap peserta. Mungkin mereka tidak dapat kawal peserta itu bila mahu bergambar. Mereka belum sempat ajar lagi peserta dah 'test' dulu.



"Kedua masalah media. Sebahagian media yang ketengahkan perkara itu (peserta cium, peluk anjing). Media tak ketengahkan proses sertu itu, apa yang diajar selepas itu dan proses pembelajaran oleh Ustaz (Ustaz Mohd Iqbal Parjin) itu apa intinya," katanya.

"Ketiga, orang-orang yang melenting tanpa usul periksa. Memberi respons tanpa bersabar. Tak tahu apa, hanya mendapat sedikit (fakta) daripada wartawan, dia sudah ulas. Sepatutnya, sabar dahulu. Pergilah cari bacaan dulu, cari apa penganjur punya cakap, kemudian barulah beri kenyataan," katanya.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2014 04:33 AM | Show all posts
persoalan yang perlu dijawab dalam berhadapan dengan soalan macam ni

a) apa itu tarjih - siapa YANG WAJIB  TARJIH
b) apa itu talfiq dan pecahannya

Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2014 08:11 AM | Show all posts
hem.... bagus ustaz ni relax jer bagi kenyataan.....
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2014 11:04 AM | Show all posts
ALLAH PERINTAHKAN
CARI YG LEBIH BAIK
JANGAN BERPECAH BELAH



susah sangat ke nak buat camni??????????
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 08:41 PM | Show all posts


Kempen sentuh anjing ada maksud terselindung
DARI JENDELA TOK KI  |  28 Oktober 2014 1:23 AM
2  2 Google +0

KETUA Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha khuatir kempen ‘Saya Mahu Sentuh Anjing’ mempunyai agenda terselindung dan secara jelas dilihat cubaan mencipta budaya baharu sekali gus membawa kepada perbuatan menghina Islam.

Tambah beliau, kempen itu telah menimbulkan keresahan awam khususnya dalam kalangan umat Islam kerana jelas bercanggah dengan pegangan mazhab dan adat di negara ini. Mazhab Shafie melarang umat Islam menyentuh anjing secara sengaja kerana ‘menajiskan’ diri tanpa tujuan munasabah adalah haram.

Perbuatan tersebut samalah seperti orang yang se&#173;ngaja melakukan dosa dengan alasan akan bertaubat kemudian, katanya.

Analogi ini sangat menarik kerana dalam Islam mengikut mazhab Shafie kedudukan perkara ini adalah jelas. Tidak perlu fatwa baharu untuk membolehkan ia berlaku. Umat Islam di Malaysia sudah dididik sejak kecil lagi dengan hukum-hakam ini.

Tiba-tiba ia terjadi. Sudah tentu ada maksud terselin&#173;dung di sebalik kejadian ini. Bekas Mufti Perlis, Dr. Asri Zainal Abidin cuba membuat justifikasi. Ia mudah difahami kerana tokoh ini suka mengambil pendirian kontroversi atas banyak perkara.

Nurul Izzah Anwar, seorang ahli politik yang cukup kontroversi dengan tafsirannya sendiri suatu ketika dulu, melihat lunak akan kempen ini dan membuat kenyataan seolah-olah membolehkan ia berlaku.

Kenyataan-kenyataan tersebut secara halus mempertajamkan hubungan penganut mazhab Shafie yang menjadi anutan rasmi di Malaysia dengan yang bukan penganut mazhab Shafie yang telah sekian lama terjadi.

Bagi yang tidak faham kedudukan hukum-hakam ke&#173;nyataan yang dibuat semacam ada elemen liberal melihat semua perkara boleh atas nama kasih sayang kepada haiwan dan nilai kemanusiaan yang tinggi.

Islam tidak mengajar kita membenci anjing. Islam meletakkan batasan boleh dan tidak boleh mengenai hal-hal berkaitan anjing terutama air liur dan najisnya yang dile&#173;takkan dalam kategori mughallazah iaitu najis berat yang perlu disamak.

Tidak pernah berlaku kempen membunuh anjing di Malaysia melainkan pihak yang berwajib menangkap anjing liar dan anjing gila.

Kalau begitu apakah isu mengenai anjing ini? Apakah kerana orang lain boleh memeluk dan mencium anjing maka umat Islam dikatakan tidak mempunyai nilai kemanusiaan maka harus diadakan kempen sentuh anjing?

Tidak mustahil akan datang sekiranya hal ini dibenarkan maka kempen menyentuh khinzir akan terjadi.

Yang peliknya, orang Islam turut sama menaja dan menjayakan kempen kontroversi ini malah kelihatan bangga memeluk anjing seolah-olah sejak dari kecil lagi mereka tidak dididik bagaimana caranya menyantuni anjing.

Pada hemat penulis perkara ini bukan isu baik dari segi agama apa lagi budaya. Ia sudah diterima sebagai pegangan yang berbeza. Bila pihak penaja menjadikan ia suatu isu dan tidak dipantau pelaksanaannya oleh Majlis Agama Islam Selangor (JAIS) banyak pihak yang ditipu dan tertipu.

Apabila pihak penganjur mempunyai muslihat yang tersembunyi kejujuran pihak penganjur sudah tidak ada. Perkara seperti ini tidak harus dibiarkan begitu. Jakim dan JAIS harus bertindak sewajarnya kerana mempermainkan hukum-hakam Islam tidak harus dibiarkan berlaku dalam negara yang menjadikan Islam sebagai agama Persekutuan.

Akhir-akhir ini kian banyak tindakan menghina Islam terjadi. Islam sering menjadi agama yang disalah faham dan yang peliknya sesetengah tokoh Islam turut me&#173;nyumbang seolah-olah tidak dapat membezakan hal-hal yang usul (pokok) dengan hal-hal yang furu’ atau ranting.

Kalau ia tidak dibendung pengaruh liberalisme agama seperti yang sedang berlaku di lndonesia dan fahaman pluralisme agama (semua agama sama) akan menjadi-jadi di Malaysia dan ia bahaya bagi kesatuan umat (wahdah) di negara ini.
- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana ... thash.mtkHU1Du.dpuf
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 10:38 AM | Show all posts
Persoalan yg baik
utk di jawab oleh mereka2 yg kononnya ASWJ

'Kita bayar zakat tidak mengikut mazhab Syafie, kenapa kita tidak marah?'

berani dia kata camni

Menurutnya, masyarakat terus menjatuhkan pelbagai hukum kepada penganjur kempen sentuh anjing hingga tersasar seolah-olah menganggap hanya mazhab Syafie satu-satunya aliran dalam Islam.


masalah media. Sebahagian media yang ketengahkan perkara itu (peserta cium, peluk anjing). Media tak ketengahkan proses sertu itu, apa yang diajar selepas itu dan proses pembelajaran oleh Ustaz (Ustaz Mohd Iqbal Parjin) itu apa intinya," katanya.

"Ketiga, orang-orang yang melenting tanpa usul periksa. Memberi respons tanpa bersabar. Tak tahu apa, hanya mendapat sedikit (fakta) daripada wartawan, dia sudah ulas. Sepatutnya, sabar dahulu. Pergilah cari bacaan dulu, cari apa penganjur punya cakap, kemudian barulah beri kenyataan," katanya.

APABILA DATANG SATU BERITA, MAKA SELIDIKILAH TERLEBIH DAHULU...................
    takkan perintah ALLAH dilanggar kot


sekadar utk AKAL digunakan seketika



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-10-2014 10:53 AM | Show all posts
mbhcsf posted on 29-10-2014 08:41 PM
Kempen sentuh anjing ada maksud terselindung
DARI JENDELA TOK KI  |  28 Oktober 2014 1:23 AM
  ...

KETUA Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha khuatir kempen ‘Saya Mahu Sentuh Anjing’ mempunyai agenda terselindung dan secara jelas dilihat cubaan mencipta budaya baharu sekali gus membawa kepada perbuatan menghina Islam.

kalau ia pun
agenda lama dan lapuk tak dibanteras lagi daaaaaa
arak, judi, KETIDAK ADILAN, RIBA, ...............
ni bukannya lagi perbuatan hina ISLAM
tapi jelas BUKAN ISLAM

Tambah beliau, kempen itu telah menimbulkan keresahan awam khususnya dalam kalangan umat Islam kerana jelas bercanggah dengan pegangan mazhab dan adat di negara ini. Mazhab Shafie melarang umat Islam menyentuh anjing secara sengaja kerana ‘menajiskan’ diri tanpa tujuan munasabah adalah haram.

Perbuatan tersebut samalah seperti orang yang se&#173;ngaja melakukan dosa dengan alasan akan bertaubat kemudian, katanya.

Analogi ini sangat menarik kerana dalam Islam mengikut mazhab Shafie kedudukan perkara ini adalah jelas. Tidak perlu fatwa baharu untuk membolehkan ia berlaku. Umat Islam di Malaysia sudah dididik sejak kecil lagi dengan hukum-hakam ini.

Tiba-tiba ia terjadi. Sudah tentu ada maksud terselin&#173;dung di sebalik kejadian ini. Bekas Mufti Perlis, Dr. Asri Zainal Abidin cuba membuat justifikasi. Ia mudah difahami kerana tokoh ini suka mengambil pendirian kontroversi atas banyak perkara.

Nurul Izzah Anwar, seorang ahli politik yang cukup kontroversi dengan tafsirannya sendiri suatu ketika dulu, melihat lunak akan kempen ini dan membuat kenyataan seolah-olah membolehkan ia berlaku.

Kenyataan-kenyataan tersebut secara halus mempertajamkan hubungan penganut mazhab Shafie yang menjadi anutan rasmi di Malaysia dengan yang bukan penganut mazhab Shafie yang telah sekian lama terjadi.

Tidak mustahil akan datang sekiranya hal ini dibenarkan maka kempen menyentuh khinzir akan terjadi.


ke situ akal ko ye???..............kan BERBURUK SANGKA tu perbuatan buruk!!!

Yang peliknya, orang Islam turut sama menaja dan menjayakan kempen kontroversi ini malah kelihatan bangga memeluk anjing seolah-olah sejak dari kecil lagi mereka tidak dididik bagaimana caranya menyantuni anjing.
Pada hemat penulis perkara ini bukan isu baik dari segi agama apa lagi budaya. Ia sudah diterima sebagai pegangan yang berbeza. Bila pihak penaja menjadikan ia suatu isu dan tidak dipantau pelaksanaannya oleh Majlis Agama Islam Selangor (JAIS) banyak pihak yang ditipu dan tertipu.


banyak lagi hal2 yg lebih besar yg ditipu atau tertipu
ada komen ke?

Akhir-akhir ini kian banyak tindakan menghina Islam terjadi. Islam sering menjadi agama yang disalah faham dan yang peliknya sesetengah tokoh Islam turut me&#173;nyumbang seolah-olah tidak dapat membezakan hal-hal yang usul (pokok) dengan hal-hal yang furu’ atau ranting.
Kalau ia tidak dibendung pengaruh liberalisme agama seperti yang sedang berlaku di lndonesia dan fahaman pluralisme agama (semua agama sama) akan menjadi-jadi di Malaysia dan ia bahaya bagi kesatuan umat (wahdah) di negara ini.


kesatuan umat???
kalau ulamak satu dunia boleh berpakat
dapat tegakkan ISLAM YG SATU, bukan yg 72 tuuuuuu
baru leh dinamakan AL SUNNAH WAL JAMAAH
iye kannnnnnnn


coretan kosong pagi khamis
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 04:26 PM | Show all posts
So....ustaz ni lebih kepada, ini bukan masalah besar sangat pun....ye? Ntahla ustaz~
Boleh jadi saya salah, tapi cadangan je la.... kalau kita nak tulis di forum...
kena letak tepi dulu pandangan peribadi kita pada anjing.
Hukum sebenar bukan terletak pada 'suka tak suka' kita kepada anjing.
Kita tak sanggup sembelih arnab, tak jadi sebab utk perbuatan tu jadi dosa.
Kita kembang tengkuk nak makan biawak pasir, tak jadikan benda tu haram.
Bukan apa, ada orang tak boleh dng anjing, (saya pun)
menulis bergelut nak kata dia rasa macam tu, sebab agama.
Kira kalau ada pendapat yg tak kena dengan perasaan dia pada anjing, tak payah cek dah, salah la pendapat tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2014 02:07 PM | Show all posts

Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman
13 hrs · Edited ·
"ZAKAT TAK IKUT SYAFIE KENAPA TAK MARAH ?": PENJELASAN SAYA.

Saya dilanda kesibukan seminggu dua ini maka tiada kesempatan untuk membaca komen-komen & perkembangan di facebook atau internet. Namun saya difahamkan dari beberapa kenalan bahawa terdapat orang yang keliru dengan laporan Sinar Harian yang menyiarkan kata-kata saya dalam satu artikel bertajuk “zakat tidak ikut mazhab Syafie kenapa tidak marah?”. Sedangkan konteks ayat saya ada jawapannya, iaitu “tidak perlu marah kerana ijtihad mazhab lain memang wujud, kita iktiraf dan kita boleh digunapakai di waktu wujud keperluan.”

Maka di kesempatan ini ingin saya jelaskan letak duduk pendirian dan kenyataan saya yang sebenar agar orang ramai yang bertanya akan respon saya, turut mendapat kejelasan berkenaan KONTEKS dan FOKUS kenyataan saya. Terima kasih bagi yang bertanya sebelum memberi komentar terhadap artikel terbabit kerana memang jelas bahawa tabayyun itu tuntutan Allah swt sebelum membuat bantahan, kritikan dan label.

Berikut adalah fokus kenyataan saya :-

1. Saya TIDAK SETUJU dengan kempen sentuh anjing dan TIDAK SETUJU JUGA DENGAN tajuk kempennya yang saya fikir sengaja dibuat sedemikian bagi kelihatan ‘Catchy’ & menarik peserta namun ia terlalu provokatif serta tidak wujud keperluan besar untuk penganjurannya dalam bentuk sedemikian. Selain itu, saya berpandangan lebih banyak isu lebih besar dan cara lebih SOPAN jika target menyedarkan berkenaan tatacara sertu dan seumpamanya ingin disampaikan kepada awam. Apapun, permohonan maaf dari Sdr Syed Azmi Al-Habshee wajar diterima dan patut meredakan keadaan.

2. Saya juga TIDAK MEMPERTAHANKAN program terbabit sebagaimana dilaporkan oleh akhbar The Star, tetapi apa yang saya cuba sampai dan pertahankan adalah WUJUDNYA IJTIHAD MAZHAB MALIKI & HANAFI dalam isu anjing yang perlu dihormati sebagai sebahagian dari keluasan Islam.

3. Saya turut berpegang kepada dalil-dalil dan ijtihad mazhab Syafie & Hanbali yang mengganggap kenajisan anjing dan hanya diharuskan menyentuh di ketika perlu seperti menyelamatkannya dan lain-lain keadaan memerlukan. Saya sendiri tidak pernah memegang anjing dan tiada keperluan untuk saya berbuat demikian, malah berdasarkan pengalaman peribadi ketika di United Kingdom saya & keluarga banyak berhadapan dengan masalah anjing yang agak liar kerana tuannya kurang bertanggungjawab. Antara pengalaman pahit itu, najis anjing yang bersepah di halaman belakang rumah, peristiwa anak saya hampir digigit anjing dan salakan yang mengganggu di waktu malam.

4. Walaupun saya tidak bersetuju dgn program itu, khususnya pada acara berselfie dengan anjing yang kemudiannya diupload ke media sosial seolah terlalu bergembira dengannya yang akan mencipta kontroversi di kalangan penduduk Muslim tempatan yang rata-rata menggangap anjing sebagai najis. Ironinya, saya melihat masyarakat kita juga terlalu terbawa-bawa dan BERLEBIHAN dalam MENGECAM sehingga pada hemat saya, melepasi sempadan yang dituntut dalam Islam kerana isu keharaman dan kenajisan anjing masih termasuk dalam isu khilaf di kalangan ulama mazhab.

Justeru, perlu difahami bahawa, SAYA TIDAK mempertahankan PROGRAM TERSEBUT atau INGIN MEMPOPULARKAN pandangan mazhab lain atau DEBAT isu anjing dalam hal ini, NAMUN saya hanya TIDAK SETUJU apabila ada yang secara agresif menolak mazhab ahli Sunnah wal jamaah selain Syafie dianggap seperti TIADA NILAI, TIDAK ISLAM, Islam liberal, PASTI DOSA BESAR dan seumpamanya. Bagi saya, keadaan ini jika dibiarkan bakal menjadikan kita masyarakat yang bermasalah jiwa, berpecah, punah ukhuwwah dan lemah intelektual. Tambahan pula, Nabi salla allahu ‘alaihi wasallam dalam hadisnya mengajar kita menta’wil yang baik terhadap saudara seislam kita terlebih dahulu sebelum tergesa-gesa menghukum dengan hukuman berat. Selain itu, penerimaan kepada wujudnya mazhab selain Syafie dan berbincang tentangnya BUKANLAH ciri label WAHABI sebagainya dimomokkan kepada masyarakat, malah di semua universiti seluruh dunia termasuk Malaysia, fakulti shariah dan fiqh akan membincangkan ijtihad pelbagai mazhab, adakah semua pensyarah dan mahasiswa yang membincangkannya tiba-tiba menjadi Wahabi kerana itu?. Sudah tentu tidak..Jika ada yang mengatakan ye, itu jelas, suatu kepincangan dalam kefahaman.

5. Atas keinginan memberi kefahaman kepada masyarakat khususnya orang awam yang kurang terdedah dengan isu khilafiyyah ini, maka saya secara spontan membawakan contoh ringkas menunjukkan wujudnya mazhab lain selain Syafie yang diterima pakai oleh ilmuwan & pihak berkuasa agama di dalam Negara dan negeri, maka contoh zakat menggunakan nilai menurut mazhab Hanafi dan bukan beras (iaitu mazhab Syafie). Saya turut menyebut contoh lain seperti ‘urbun (deposit boleh hangus), bai bi ta’ati (ijab qabul tanpa lafaz ketika beli barang mahal), Mudarib yudarib, Kafalah bil ujr (beri jaminan dengan upah), bernyanyi dengan alatan musik bertali dan banyak lagi (diharamkan oleh mazhab Syafie, termasuk Imam Nawawi kecuali Imam Ghazzali) dan beberapa lagi. (**Mungkin jika ada individu yang telah sudi masa mengulas isu kenapa zakat beralih ke mazhab Hanafi, juga boleh melanjutkan ulasan terhadap semua contoh yang saya sebut di atas dalam artikel mereka). Hakikatnya, ini semua hanyalah antara contoh Malaysia beralih ke mazhab lain, ye benar dengan wujud keperluan tapi fokus saya adalah WUJUD MAZHAB LAIN dalam Islam bukan bab keperluan kerana penganjur program terbabit mungkin boleh berhujjah (jika mereka ingin), pada hemat mereka telah wujud keperluan. Namun wartawan TIDAK DAPAT MENANGKAP contoh-contoh lain yang saya berikan lalu hanya disiar contoh zakat dan batal wudhu sewaktu haji.

6. Ingin diingatkan sekali lagi, saya tidak menjadikan isu zakat & semua yang saya sebutkan di atas sebagai ISU UTAMA tetapi FOKUSNYA ADALAH KEPADA WUJUD MAZHAB LAIN dalam dunia Islam DAN MEREKA JUGA adalah ahli Sunnah wal jamaah. Beralihnya seseorang ke ijtihad mazhab Syafie sama ada wujud keperluan dan hajat atau keyakinan individu berkelayakan terhadap dalil-dalil mazhab lain adalah perlu DIHORMATI, serta MESTI juga hormat kepada ijtihad ulama besar mazhab-mazhab lain selain MAZHAB Syafie di dunia Islam. Ini perlu dijelaskan kerana isu anjing tersebut mendapat perhatian ramai non-muslim (yang menjadi mad’u kita) dan muallaf yang sebahagian besar mereka kelihatan bimbang dan tidak tahu menahu tentang hal ini.

7. Saya juga SANGAT SETUJU dengan tindakan Majlis Fatwa yang mengambil mazhab Hanafi mengeluarkan zakat dalam nilai dan bukan beras dalam hal zakat fitrah. Malah saya turut bersetuju dengan wujudnya zakat pendapatan, zakat wang simpanan dan turut khilaf di kalangan ulama.

8. Saya suka mengingatkan sekali lagi bahawa contoh-contoh yang saya utarakan tersebut adalah supaya wartawan dan masyarakat awam yang tidak pernah atau kurang arif hal agama tetapi turut bersemangat memberi komentar dalam kes isu anjing agar berpada-pada dalam kritikan serta memahami WUJUDNYA mazhab lain dan adakalanya kita boleh berpindah ke mazhab tersebut dalam situasi tertentu. Dan apabila itu berlaku, mereka itu masih Islam dan tidak perlu dimarahi sebegitu teruk sehingga seolah sudah terkeluar Islam atau layak dibunuh dan disakiti.

Apa yang sangat pasti, filem tahyul dan hantu di tv, berpeluk cium bukan mahram, tidak menutup aurat dan mengempen siaran hiburan, iklan kempen riba, konsert lagha, rasuah, kos hadiah pegawai penguatkuasa dari mangsa dan sebagainya..semuanya HARAM LEBIH BESAR DARI isu anjing dan TIADA MAZHAB menyebut kehalalannya. Lebih wajar mendapat kritikan berterusan dari semua kita.

Akhirnya saya memohon keampunan Allah swt sekiranya kupasan wartawan hasil kefahaman mereka terhadap penjelasan ringkas saya membawa kekeliruan kepada masyarakat. Ada benarnya mungkin saya tersilap memberi penjelasan. Apapun, artikel terbabit sudah dipadamkan. Bagi mereka yang berlebihan mengutuk pula, semoga dapat sama-sama diperingatkan diri kita agar tiada yang bakal menjadi muflis di akhirat kelak dari akibat kata-kata kita sendiri. Wallahu ‘alam.

Salam Jumaat buat semua...dan sama-sama berdoa sewaktu waktu paling mustajab iaitu imam duduk antara dua khutbah dan selepas asar.

Terima kasih kerana membaca dengan tenang dan sehingga habis..moga diberkati waktu kita semua dengan yang bermanfaat untuk iman dan Islam kita.

Dr. Zaharuddin Abd Rahman
Jumaat 31 Oktober 2014 = 7 Muharram 1436 H
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Actually saya faham je apa yg disampaikan oleh dr zaharuddin

Sebab beliau berilmu dan boleh tarjih...dan muamalat tu ikut talfiq mazhab hanafi
So , ada masalah kah?

Yg problem ade yg gang gang bukan tau talfiq pun...pi dok cut and paste without knowing ade talfiq mazhab yg diboleh dan dilarang.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Dan org msia yg terdidik dlm sudut pandangan islan sunni tak lah taksub mazhab pun cumanya

Jejaga yaaa....nak talfiq tu ikut hawa nafsu ke atau nak capai kualiti ibadat tu taraf terbaik?
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
abbyhoney posted on 31-10-2014 02:07 PM
Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman
13 hrs · Edited ·
"ZAKAT TAK IKUT SYAFIE KENAPA TAK MARAH ?": ...

Benda ni better saudari cut and paste kat current isses sebab isu ini hangat didebatkan 2 hari lepas...depa guna hujah dr zaharuddin OUT OF CONTEXT
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
abbyhoney posted on 31-10-2014 02:07 PM
Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman
13 hrs · Edited ·
"ZAKAT TAK IKUT SYAFIE KENAPA TAK MARAH ?": ...

KAlau wartawan THE STAR menyalah tafsir kenyataan dr zaharuddin  dan siapa mereka? Teruknya etika kewartawanan.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
CUBA BACA NO. 5

So pihak yg bathil yg dok ambil hujah ni untuk back up belai belai anjig , anda sebenarnya salah.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2014 10:03 AM | Show all posts
mbhcsf posted on 31-10-2014 06:57 PM
Dan org msia yg terdidik dlm sudut pandangan islan sunni tak lah taksub mazhab pun cumanya

Jejaga ...

Dan org msia yg terdidik dlm sudut pandangan islan sunni tak lah taksub mazhab pun cumanya
Jejaga yaaa....nak talfiq tu ikut hawa nafsu ke atau nak capai kualiti ibadat tu taraf terbaik?


ramai ke yg terdidik camni???
atau tersangat ramai dok dlm tempurung jeeeeeeeeeeee

MEMAHAMI hanya satu pegangan, kita akan terikut pegangan itu
memahami beberapa pegangan, maka akal kita akan berjalan, mencari yg lebih baik
memahami apa yg dibuat
lagi baik dr mengikut tanpa alasan yg nyata!


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 08:34 PM GMT+8 , Processed in 1.876914 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list