sebagai seorang isteri harus mengetahui bahawa biasanya kaum lelaki tidak mudah meluahkan perasaan sebenar mereka. Gerak balas terhadap satu masalah juga berbeza dengan kaum wanita yang mana wanita akan berbincang dengan kawan atau ahli keluarga tetapi lelaki hanya mendiamkan diri. Justeru, pasangan harus mempunyai seseorang yang dapat dipercayai dan boleh meluahkan perasaan kalian bersama-sama. Sekiranya pasangan dapat mengatasi masalah bersama-sama, hubungan keluarga akan bertambah intim.