CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3941|Reply: 3

Cicak didalam gua

[Copy link]
Post time 9-10-2014 02:06 PM | Show all posts |Read mode
Dalam kisah penghijrahan orang islam ke Madinah,Rasulullah S.A.W bersama Saidina Abu Bakar bersembunyi di Gua Thur untuk melarikan diri dari orang Quraisy yang ingin membunuh baginda.Tahukah semua apakah yang telah menyebabkan orang Quraisy mengesyaki Rasulullah didalam gua itu?

Untuk pengetahuan semua,dikatakan CICAK didalam gua itu telah mengeluarkan bunyi menyebabkan Rasulullah hampir diketahui.Tapi mujur dengan kuasa Allah,sang labah-labah telah membantu Rasulullah dengan membuat sarangnya di pintu gua itu menyebabkan orang Quraisy berpatah balik kerana yakin tiada manusia didalamnya disebabkan sarang labah-labah yang masih berkeadaan cantik itu.

Terdapat juga hadis mengatakan:

1. Riwayat dari Ummu Syarik: “Sesungguhnya Nabi S.A.W menyuruhnya membunuh cicak”.
2. Riwayat dari Amir Bin Saad dari ayahnya: “Sesungguhnya nabi s.a.w menyuruh membunuh cicak dan menamakannya sebagai Fuwaisiqah.”
3. Riwayat dari Abi Hurairah dari Nabi S.A.W: “Sesiapa yang membunuh cicak dengan sekali pukulan dituliskan baginya 100 kebajikan,dan membunuhnya dengan 2 kali pukulan dituliskan baginya kebajikan kurang dari yang pertama,dan membunuhnya dengan 3 pukulan, kebajikannya kurang dari yang kedua”.

Bukan sahaja itu kisah pengkhianatan CICAK.Terdapat riwayat dari Bukhari yang bersanadkan pada Ummu Syarik bahawa Rasulullah S.A.W. menyuruh untuk membunuh cicak. Baginda berkata: "Binatang itulah yang menyemburkan (api) kepada Ibrahim".

Imam Ahmad mengatakan bahawa Ismail meriwayat kepadanya yang diterima dari Ayyub dari Nafi',beliau berkata bahawa ada seorang perempuan datang kepada Aisyah R.A..Di kediaman beliau,perempuan itu melihat sebilah tombak tergantung.Dia bertanya:" Untuk apakah tombak itu?'.Aisyah R.A. menjawap:"Untuk membunuh cicak". Kemudian beliau mengatakan keterangan yang diterima dari Rasulullah S.A.W: "Ketika Nabi Ibrahim dilemparkan ke dalam api, seluruh binatang melata berusaha memadamkan api di sekitarnya.Hanya cicak yang tidak mahu.Binatang itu malah menyemburkan api kepadanya".

Jadi, jelas disini mengatakan cicak ini sentiasa mengkhianati rasul-Nya.Setelah ia mengkhianati Nabi Ibrahim,ia malah mengkhianati Rasulullah S.A.W..,a matlah wajar kita membunuhnya bukan?

Sumber: Kisah Para Nabi terbitan Nadi Minda Resources(NMR) karya terjemahan Ust.Johari Yaman dari karya asal Qishash Al-Anbiya'(Ibnu Kathir).


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2014 03:09 PM | Show all posts
Ada ustaz saya cakap, tak semua cicak kita dapat pahala bila dibunuh.

Seingat saya, hadith yang tetamu tanya Aisyah RA tu, ada extension dimana diterangkan sifat cicak tu. Iaitu cicak tu cicak padang pasir dan beracun.

Malah ustaz tu juga cakap, bila kita nak memahami teks hadith yang telah diterjemahkan dalam BM, kita kena tengok praktik dia jugak. Yang dimaksudkan ialah, fahami latar belakang hadith dan jugak praktik yang diamalkan sampai hari ni.

Dalam kes cicak ni, selain mengetahui latar belakang hadith ni, ustaz ni turut ceritakan pengalaman beliau dimana ahli2 hadith belah2 negara padang pasir nu dan faham hadith ni marah kalau dibunuhnya cicak rumah. Sebab hadith itu tidak merujuk cicak dirumah2 negara2 middle east apatah lagi negara tropika disebelah timur ni.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2014 03:56 PM | Show all posts
baulu posted on 9-10-2014 03:09 PM
Ada ustaz saya cakap, tak semua cicak kita dapat pahala bila dibunuh.

Seingat saya, hadith yang t ...

barangkali betul
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2014 05:49 PM | Show all posts
rumah sy banyak sangat cicak, adakala menyusahkan sebab tiap2 hari kena sapu najis dia ditepi2 tingkap. ada tak sesiapa boleh berikan penjelasan lagi sebab suami memang bunuh cicak dalam rumah. dan sekarang ni kan dah ada penyembur cicak dan ia memudahkan kita membunuh cicak.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 08:25 PM GMT+8 , Processed in 0.856596 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list