View: 6067|Reply: 20
|
Tertipu dengan diet apa pendapat anda sharing bagi pendapat terimakasih
[Copy link]
|
|
Saya baru berjaya mendapat berat badan saya yang sesuai setelah banyak mencuba dan tertipu
jadi saya nak share dengan semua supaya ada munafaatnya
Saya telahpun pergi ke LWM...singkatan untuk satu syarikat yang menguruskan hal ehwal kurus-mengurus ni yang glamour kat Malaysia ni, yang selalu iklannya kat TV tu. Masa saya ke sana, saya telahpun diberikan satu sesi percuma. Nak tahu apa yang mereka buat?
1- Timbang berat badan
2- Sauna
3-Terapi elektrik
4-Khidmat nasihat jadual pemakanan
Kena pergi ke sesi pelangsingan tu satu hal. Nak membayar kos pelangsingan tu satu hal. Untuk 30 sesi yang sama, saya harus membayar RM13K kalau saya tak silap (kerana saya ingat2 lupa, kejadian dah lama dah). Wow! Bukan sedikit harga yang harus dibayar untuk kurus. Dan yang paling saya tak suka, dietnya yang nyampah. Kalau camgitu saya diet je kat rumah kan senang!
Saya pernah minum satu produk yang iklannya boleh kata hari-hari keluar kat surat khabar. Ada kesanke dengan pelaburannya? Mmm...sekali lagi produk itu turut menuntut kita berdiet tertentu. Ia hanya membuatkan kita kenyang seketika. Terpulang kepada kita untuk jaga diet kita jika mahu proses pelangsingan kita ini menjadi.
Kesimpulan yang saya boleh buat dari program dan produk yang saya ambil kalau nak kurus, kita sebenarnya yang menentukan sama ada kita boleh kurus atau tidak. Tak perlu menghabiskan duit banyak kepada program-program pelangsingan atau makan produk tertentu sebab kita juga boleh lakukannya di rumah dengan disiplin yang tinggi. Jika tiada disiplin, selepas habis program pelangsingan itu, kita boleh kembali gemuk seperti sebelumnya. Jadi inilah yang dapat saya senaraikan langkah-langkah untuk kurus:
1-Jaga pemakanan anda. Makanan yang berlemak dan berminyak hanya akan menambahkan berat badan (sehingga artikel ini ditulis, saya memang telah berjaya mengurangkan makan nasi lemak sejak sekian lama).
2-Jangan makan nasi. Kawan saya pernah berdiet tidak makan nasi dan kurus cepat. Katanya 3 minggu tak makan nasi, dia kurang 2kg. Kalau tak boleh tak makan nasi, almaklum perut Malaysia, boleh kurangkan jumlahnya.
3-Minum banyak air putih dan kurangkan air bergula.
4-Buah-buhan terutama epal hijau bagus untuk orang berdiet.
5-Makanan berserat seperti roti gandum dan bijirin bagus untuk penghadaman.
6-Berjalan kaki ke mana saja paling bagus untuk kurus.
7-Ajaklah kawan anda berdiet dengan anda. Kalau berdiet seorang, memang tak jalan.
8-Makan buah sebagai snek untuk gantikan goreng pisang etc.
9-Orang yang belum kahwin, kadar metabolismenya lebih tinggi, jadi kalau nak berdiet, mereka lebih cepat kurus. Orang yang beranak satu akan cepat kurus berbanding dengan orang beranak dua. Oleh itu, kalau nak berdiet, lebih baik diet masa muda-muda...haha
10-Bersenam bagus untuk kesihatan cuba makanan alternative diet yang berkesan
Last edited by JapaneseMY on 6-9-2014 01:03 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
tt jaga makan, maknanya makan jer apa yang tt suka tapi dalam kuantiti kecil supaya tak stress.
tapi terpaling penting kena bersenam.. kalau tak bersenam mmg jangan haraplah nak slim down.
kalau tt jenis suka join gym , boleh join program yang tt suka. sesetengah orang suka cardio dance , ada yang suka bollywood dance.. yang penting bersenam dan happy.
tae bo yang ni best jugak.. |
|
|
|
|
|
|
|
yang lain setuju kecuali berdiet ketika muda tu je. Aku masa muda tak payah diet pun, pergi kfc melantak minimum 3 ketul ayam goreng, satu hari makan 3 pinggan nasi, pun tetap ramping. Bila umur dah 40s ni, makan bercatu, exercise jogging hari2 pun masih tak turun2. Cuma stamina je lebih. |
|
|
|
|
|
|
|
diet akan menjadi kalau banyakkan membaca(ilmu) dengan berterusan (istiqamah)
tu je
tapi org selalu nk cepat kurus..tak nak lambat2..tu mudah terpedaya..kalau byk membaca tau la proses turun berat tu camne boleh terjadi,makan apa etc2,senam camne etc2 |
|
|
|
|
|
|
|
Really really watch apa kita makan is the key to staying slim kot. Plus, move more, exercise or adopt applied fitness, like buat kerja2 rumah yang kita pandang remeh tu. Whatever it takes to burn calories.
Apa2pun, dari pengalaman sendiri, kita punya diet & exercise regime ni mesti realistic dengan lifestyle kita, dan sesuatu yang kita boleh buat dalam jangka masa panjang (istiqamah). Orang lain punya kaedah mungkin tak sesuai dengan kita.
So carilah apa yang sesuai dan mampu kita buat without rasa terbeban. |
|
|
|
|
|
|
|
Nak slim down ni tak sesusah nak MAINTAIN berat & bentuk badan ideal.
Tu pasal skim cepat kurus, makan supplemen kurus, pil kurus segala ni buang duit je. |
|
|
|
|
|
|
|
try baca buku (french women don't get fat:the secret of eating for pleasure) yang ditulis oleh miraille gulliano...saya rasa suggestion dia senang jer untuk kita ikuti...lagipun statistik menunjukkan french women paling slim di europe...kita ubah jer la sikit dengan citarasa tempatan... |
|
|
|
|
|
|
|
diet ni actually bukan utk kurus semata..tp dia lebih kepada utk penukaran habit makan kt yg xsht kepada lbh sihat...healty eat style & healty lifestyle ni kt mampu nk kurus n maintain jgk... (walaupun iols kdg2 terbabas jgk ) |
|
|
|
|
|
|
|
newrulez88 posted on 15-9-2014 09:44 AM
diet ni actually bukan utk kurus semata..tp dia lebih kepada utk penukaran habit makan kt yg xsht ke ...
setuju.........
|
|
|
|
|
|
|
|
dalam tv kalau ada drama pasal owg gemok mesti tunjuk si gemok tu suka makan coklat .
HAHHHHH . xdak maknanya. mkn coklat xgemok pon. cuma boleh potong kaki dan sakit gigi ja .
serius . xcaya, try makan sebaldi coklat sehari . hehehe
key untuk kurus ni senang ja,
1- kurangkan nasi (kalau boleh tinggalkan terus)
2- fast food diharamkan
3- air masak diwajibkan minum banyak
4- main la apa2 sukan seminggu sekali yang mengeluarkan peloh (lebih kerap lebih bagus) contoh : badminton ka, netball ka, sorong papan tarik papan ka, hehehe Last edited by megatroncomey on 3-11-2014 05:12 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
saya x setuju dgn cara x makan nasi even notable ppl do mcm ustazah nor bahyah tu.for me,perut melayu tetap perut melayu gak,tetap kene makan nasik untuk kenyang.mmg ada perut melayu yg dah x makan nasik hari2 contoh mcm student2 kat oversea tempat mat saleh so they adapt dgn makanan yang mudah disediakan kat sana,dan diet menu harian dorang berkisar kepada persekitaran dan cuaca di sana
for me makan nasik dan lauk berkhasiat dan seimbang tu penting untuk nutrisi yang secukupnya.bila makan nasik lebih puas kenyang dan lebih bertenaga.bila puas kenyang xde la lapar mencucuk ulu hati sgt dan boleh tahan untuk next meal
pastikan makan nasik sekali saje pada siang hari dan dalam kuantiti yg kurang contoh separuh pinggan bersama lots of veggies dan sepotong ikan.lepastu lauk tu takleh berlemak bersantan berminyak berlinang2 .pilih lauk2 rebus,bakar,steam. camtulah.malam xleh makan nasik makanla buah ke dan apa2 yg x menggemukkan.burger2,nugget,cendol,kek yg penuh krim,air starbuck with cream tu semua jauhkan ....sebulan sekali boleh la
cadangan menu mkn malam seperti bihun goreng,bihun sup,salad tuna,salad kentang,salad buah,sandwhich telur ..semua ni buat makan dlm kuantiti sikit je Last edited by ana_w_houb on 4-11-2014 01:45 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Setuju..
Ini yg saya amal...kurangkan nasi sgt penting. sebab apa? Nasi karborhidrat iaitu GULA!!!
Elak minuman berkarbonat sebab byk GULA!!!
Elak fasfood sebab byk GULA!!!
Elak minuman ringan dlm tin atau botol sebab GULA!!!
sebenarnya GULA yg punca gemok/obesiti utama. bukan mknan berminyak semata2. Saya tetap makan makanan bergoreng tp sgt jarang mkn nasi, air bergas n fastfood. dr 70kg skrg maintain 58-59kg.
Namun sy xleh nak elak minuman manis! Caner nak elak gula tapi nak manis?
STEVIA!!!ini yg sy amik setiap hari. Bukan nak bisnes semata2. nak tau lebih khasiat pasal stevia blh baca fb page sy https://www.facebook.com/nilaistevia/?ref=aymt_homepage_panel
Sekadar nak share kebaikan stevia.
Jom Hindari GULA yg nyata membawa mudarat dr dulu, kini dan selamanya!
|
|
|
|
|
|
|
|
Lentix Cinnamon Drink Minuman Berlandaskan Sunnah
Ekstrak Herba Untuk Keseimbangan Badan
Harga Runcit
Semenanjung: RM127.10
Sabah/Sarawak: RM139.80
Minuman diet berkesan whatsapp 011 12846553 |
|
|
|
|
|
|
|
ai diet gak ni.. tapi makan je nasi..
makan sehari sekali je heavy meal..iaitu taim lunch makan nasi tapi dalam reasonable portion la.
pastu pagi minum milo.
malam minum fresh milk.
ada turun berat dalam 2 kilo lebih dalam masa 2 minggu. seluar dah longgar2 sikit.
ai nak cepat turun banyak n nak badan lean tak lembik2.. so baru start exercise guna weight and cross trainer
|
|
|
|
|
|
|
|
Assalam/Hellooo...
F3 Studio merupakn Class fitness & Aerobic utk Wanita yg ingin sentiasa Cantik & Slim....
Class kami terdiri dr Zumba, Piloxing, Aerodance,Body Toning, Bolly, Bootcamp dll...
Class setiap hari pukul 9-10mlm & Sabtu jam 9.30-10.30 pagi...
Studio kami sgt selesa, tertutup & bole bwk kanak2...
F3 Studio jg menyediakn rumah Sauna bg mrk yg ingin segera langsing selepas berZumba n Aerobic...
Jadi, bg Wanita yg ingin segera Cantik n slim...maka bolelah join F3 Studio yeaaa...krn kami menawarkn Yuran keahlian yg sgt berpatutan di samping Promosi Sauna serendah rm15 per entry...
* Bdn Korporat/ Comp/ Ngo/ Persendirian jg dialu-alukn...
* Bg mrk yg ingin menyewa Studio bg tujuan Shooting, Fotoshoot Model, kursus dsbnya F3 Studio amatlaa sesuai.
Berminat nak join F3 Studio...
Ctc/wassup Owner direct;
017-383 5636 Fida
@ rujuk fb ; Fida Farida / F3 Studio
fitness |
|
|
|
|
|
|
|
Tahan ke perut breakfast milo je nak tunggu lunch??
|
|
|
|
|
|
|
|
tahan.. minum milo memang amat2 mengenyangkan selama 3-4 jam.. buat milo kaw-kaw lah
|
|
|
|
|
|
|
|
Pergh hebat2.
Aku kalau makan kuew teow goreng breakfast pon da lapar around 11 -12 pm weh.
Kalau minum milo tatau la mcm mana nnt
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|