CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2086|Reply: 9

Anak Angkat Dalam Islam

[Copy link]
Post time 29-8-2014 01:43 PM | Show all posts |Read mode
Assalammualaikum...nak mintak pendapat orang orang disini tentang masalah aku.

Aku anak angkat. Dari kecik dipelihara orang mak dan bapak angkat yang sangat baik dan penyayang. Mak angkat aku dah meninggal dan sekarang bapak angkat aku tinggal ngan aku . Aku dah kawin dan ada dua anak.

Masaalahnya sekarang, kakak angkat aku ni mmg tak suka aku. Dia nak amik bapak angkat aku tapi bapak angkat aku tak nak keluar dari rumah aku. Katanya dia nak pergi (meninggal) kat rumah aku. Aku no problem. Aku saying bapak angkat aku tu. Aku mmg anggap dia bapak aku yang betul. Hari hari aku di caci dan kakak angkat aku tu hari hari cakap aku ni anak angkat dan keluarga aku ngan bapak angkat aku ni bukan MAHRAM. Aku ni penyabar. Anak aku pun pernah jadi mangsa kakak angkat aku. Dia cakap atuk (bapak angkat aku) tu bukan atuk dia sebab aku ni anak angkat. Tu pun aku masih bersabar. Si Inah (kakak angkat aku la) tu cakap ngan adik beradik yang lain yang aku sekeluarga bukan MAHRAM dan adik beradik yang lain kena tanggong dosa sebab let aku jaga bapak angkat aku. Bapak angkat aku mmg tak nak ikut dorang, dorang ajak keluar but bapak angkat aku tak nak sebab takut dorang amik dia permenant. Si inah tu cakap aku dan isteri aku hasut bapak angkat aku suapaya jangan keluar dari rumah aku dan kami akan dapat balasan sebab buat macam tu. Aku tak peduli sebab  aku tak pernah nak hasut bapak angkat aku ni.Si inah tu siap cakap dia tak halalkan kalau bapak angkat aku tu meninggal dunia kat rumah aku.

Haizzz...sabar aku ni sgt tinggi....segala cemuhan dari inah tu aku diam je.

Apa pendapat korang? Apa yang aku nak buat? Aku tak nak bapak angkat aku sedih pasal ni. dan apa hak aku sebagai anak angkat dalam islam untuk menjaga bapak angkat aku tu.

Sedih gak aku sebab si inah tu pandang rendah kat aku sebab aku anak angkat.

Moga Allah swt beri aku dan family aku kesabaran yang tiada batasan. Aamiin.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2014 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam.

Isu bapa angkat yg hanya mahu tinggal dirumah anak angkat amat jarang kita dengar.

Zaman ini majoriti manusia pasti ada penyakit hati. Penyakit hati ini disebabkan oleh pelbagai faktor. Antara faktor sakit hati :
1) Harta dunia
2) Cemburu
3) Pilih Kasih

Seorg bapa pasti ada sebab utk tinggal bersama anak angkatnya. Antara sebabnya :
1) Anak sendiri kurang memberi kasih sayang.
2) Anak sendiri berkira2 dgn bapa sendiri
3) Anak sendiri mementing perut sendiri.

Cara menyelesaikan kes bapa angkat dan anak sendiri.

1) Panggil org tengah yg mana berbicara bagi pihak bapa dan anak angkat seterusnya meminta penjelasan terhadap anak kandung "kenapa bersangka buruk sedangkan bapanya sendiri HANYA mahu tinggal dirumah anak angkat?"

Dari segi hukum fiqh aurat, mana2 org tua yg TIADA MEMPUNYAI NAFSU, dan sudah terbiasa dgn batas2 aurat yg jelas merujuk kpd nafsu dan kepentingan memelihara hubungan silaturrahim dalam erti kata bertolak ansur perlu diperhalusi sedalam2nya.

Jika udah si bapa sendiri berkata, mahu mati dirumah anak angkatnya. Si anak sepatutnya BUAT CHECK LIST diri sendiri kenapa seorg ayah LEBIH SUKA TINGGAL dirumah anak angkatnya berbanding anak sendiri.

Seorg anak angkat yg dipelihara seperti anak sendiri MALAH sewaktu kecilnya DICEMUH OLEH KAKAK ANGKATNYA SENDIRI antara sebab utama seorang bapa MELUAT kepada perangai anak sendiri yg MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI.

Saya cadangkan, jika anak ayah itu datang ke rumah anda, berilah peluang mereka bersama di dlm rumah itu dan keluarlah seketika dari rumah itu utk seberapa waktu sehingga mereka selesaikan masaalah peribadi mereka.

Kasih sayang memang tidak boleh dijual beli. Mengorbankan kasih sayang kerana Allah lebih utama jika kita bersangka baik dgn ujianNya.

Wallah Hu'alam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-9-2014 08:22 AM | Show all posts
WAALAIKUMSALAM...Terima kasih AbangCute.

Actually dorang adik beradik dah berbincang...even orang tengah pun dah ada. Adik beradik yang lain semua setuju bapak aku tu duduk dengan aku sebab dia pilihkan. Dah berkali kali bapak aku tu cakap ngan si inah tu but dia nie degil.  Imaging inah & suaminya duduk seperti menyembah bapak angkat aku tu for 2 jam tuk pujuk bapak aku tu balik kerumah dia. Tapi bapak angkat aku masih tak nak.

In sha allah, aku and family tak hard up dengan harta bapak angkat aku tu sebab aku tahu aku tak der hak dlm harta dia. Tp aku tak kisah lah, tak terfikir pun pasal harta dia.

Kesian anak dan isteri aku. Isteri aku dah tak boleh tahan ngan perangai inah tu. So isteri aku cakap ni dah last dah, kalau si inah cemuh kita lagi, kita tak der pilihan but to send bapak aku kat rumah dia je. Isteri aku sayang bapak aku tu sebab dia pun tak der mak bapak. Cuma dia tak boleh tahan ngan inah tu. Kalau hari2 kena cemuh tak kan berkat hidup kita. Sepatutnya inah tu kena doa moga bapak dia berubah fikiran.

Tapi aku rasa isteri aku tak kan buat cam tu sebab bukan pertama kali isteri aku cakap cam tu.

Terima kasih abangcute. Aku dah tak tahu nak buat apa dah.


Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Wazzul posted on 2-9-2014 08:22 AM
WAALAIKUMSALAM...Terima kasih AbangCute.

Actually dorang adik beradik dah berbincang...even orang ...

Salam.

Alhamdullillah. Semoga Allah merahmati anda sekeluarga.

Bawah ini saya rasa cukup utk tuan sekeluarga. So lepas ni saya mungkin informal ketika berbicara pada TT ini.

Ingatlah falsafah ini dan sebarkan. Walaupun kpd isteri dan org yg membenci kita.

YG BAIK TAK SEMESTINYA BAIK,
YG TAK BAIK TAK SEMESTINYA TAK BAIK.

Perkara yg tak baik, jika kita bersangka baik, redha, bersabar dan menyerahkan segala urusan sesudah berusaha mengikut kehendakNya itulah sebaik2 taqwa kpd yg mahu beriman kpdNya.

Ubat sakit hati tak der dijual, tak mampu dibeli, tak mampu dicuri melainkan dgn kurniaan Allah. Jika kita percaya kpd Allah, dan jika menerima semua itu merupakan takdir yg datang dariNya, maka hati kita mudah utk mendapat ketenangan yg haq. Barulah datang makna keberkatan yg merupakan ujian ketika berada di dunia.

Pelan2 kita usahakan, pandang semua makhluk itu ciptaan Allah samaada baik atau buruk, pasti ada kebaikkannya. Tak mahu syurga dunia dan akhirat ke?

Baca, fahami dan laksanakan pelan2 apa yg terdpt di dlm Alquran dan Sunnah. Itulah antara antidote terbaik kpd setiap hati manusia yg mencari keberkatanNya. Dan jgn berhukum atas mana2 makhluk dari apa yg terdpt di dlm petunjukNya. Bukankah kita umat Islam yg diberikan ilmu hikmah kebijaksanaan?.

Carilah guru2 yg muktabar sehingga ke akhir hayat. Saya bukanlah guru yg baik utk rujukan anda. Dan kalau boleh tanamkan dalam diri sifat pelajar dan guru hanya kerana Allah ketika hidup didunia.

Ambillah mana2 nasihat yg memenuhi tuntutan Allah kpd kita agar kita sekeluarga bahagia bersama di dunia dan akhirat. Insya'allah.

Wallah Hu'alam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-9-2014 09:21 AM | Show all posts
Terima Kasih Abangcute.

In Sha Allah, sy akan cuba sedaya upaya tak mahu tak kan give up. Kesain orang tua tu dah berumur pun kena hidup tak tenang cam tu.

Terimah Kasih atas ansihat anda tu.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebaik2 guru yg dinamakan makhluk adalah Rasullullah saw. Tiadalah patut mana2 makhluk menyangka mereka adalah guru yg baik di atas muka bumi ini.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-9-2014 04:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Saya bersimpati dengan anda dan syabas kersna sabar...sabar itu memang hmm....sukar tapi indah.

part lain saya sambung jap Last edited by mbhcsf on 3-9-2014 06:16 AM

Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 05:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Assalamualaikum saudara,

Wow..caya laaa kesabaran saudara itu...see? Sabar tu, nilainya tinggi...sebab itu Allah berfirman yg   balasan  sabar itu adalah tiada batasan.

Dan saudara, memang dari pernyataan masalah saudara tu, well...bingit dan hati kita pun terkilan dengaq seranah dan tohmah, kan...dan saudara masih dan tetapkan memilih yg baik...syabas...

Pasa hemat saya secara peribadi, apa apa niat dan perbuatan baik saudara yakni untuk menjaga ayah angkat itu, tak jadi soal...teruskan sahaja

Cumanya yg fibangkitkan soal mahram tu i think...dari rujukan penceritaan saudara..tak jadi masalah kot jika dan hanya jika aspek aspek ini telah difahami
Cth 1.aspek aurat , part ni kene jage, dengan saudara perempuan angkat
2. Atas kapasiti saudara sebagai anak angkat hukum sah batal wuduk jika tersentuh nstal dgn saudara perempuan angkat
Aspek di atas tu , kalau anak angkat tu disusukan ketika bayi dan ini ada syarat..maka setelah dipenuhi syarat tersebut then hukum dah lain...

I kena semak balik...tang part ni kalau ade mase..but boleh check

Aspek 3. Bab pembahagian harta ni faraid...well...ini kena maklum dan bergantung budi bicara ayah dan anak anak dia...ini kalau saudara tidak  dan saya tidak fikir saudara kisah pun sebab nampak yg saudara ikhlas...so shouldn't be a problem kot. Last edited by mbhcsf on 3-9-2014 06:14 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2014 05:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau saudara dah sedia maklum akan aspek 1,2 dan 3, maka , terusksnlah menjaga untuk redha Allah.

I wish u well. Last edited by mbhcsf on 3-9-2014 06:13 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2014 08:29 AM | Show all posts
Terima Kasih mbhcsf.

In Sha Allah dan Alhamdulilah setakat ini sy memelihara bapak angkat tu secara ikhlas dan tidak mintak apa2 dari sesiapa pun. Dan saya akan terus ikhlas menjaga dia dengan sebaik baik dan semampu saya.

Doa kan untuk saya sekeluarga ok.

Thank you so much.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 09:53 PM GMT+8 , Processed in 0.285449 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list